Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

3 jenis tahap puasa

Zik · Aug 11, 2010 · 54 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini kita menyambut bulan puasa 1431 Hijrah /2010 Masihi. Hari ini ingin membicarakan tentang tahap-tahap puasa.

Ada terdapat 3 jenis tahap puasa.

Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan:

  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.

Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya. [Read more…] about 3 jenis tahap puasa

Selamat menyambut bulan ramadhan

Zik · Aug 8, 2010 · 63 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini. Di kesempatan ini, ingin memohon salah dah silap sekiranya ada, tersalah kata, menyinggung perasaan sesiapa sahaja, yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ramadhan Tahun ini lebih bermakna.

Mengharapkan tahun ini, ramadhan lebih bermakna untuk kita pertingkatkan amalan kerohanian kita berbanding amalan duniawi kita. Insyallah, jika kita ikhlas melakukan ibadah Allah kerana keredhaan semata-mata, pastinya ada keberkatan.

Dalam sebuah hadits yang lain daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa itu bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenar-benarnya ialah menahan diri daripada kata-kata yang sia-sia dan kata-kata yang keji.”

Sembahyang terawikh. [Read more…] about Selamat menyambut bulan ramadhan

Siapa ahli zikir?

Zik · Aug 5, 2010 · 34 Comments

credit picture dari www.beritajakarta.com

Salam semua, diharapkan anda semua sihat sejahtera.

Kita serba tahu, siapa para ilmuan dan juga para tokoh-tokoh ilmuan dan para pemikir yang banyak sumbangannya kepada negara. Namun kita terlupa, bahawa ahli zikir merupakan satu ahli sangat tinggi darjatnya berbanding ahli ilmuan , seperti doktor, professor dan sebagainya.

Maksud yang ingin aku sampaikan ialah, ilmu Islam yang disampaikan sekarang ini sudah hilang rohnya. Sudah tidak berperanan lagi menyuluh kehidupan. Hanya jadi bahan mental exercise (rohani yang kosong). Sebab itu, kalau kita tengok dan lihat sesetengah orang itu, apabila makin tinggi ilmu semakin sombong riak dan takbur, bukannya semakin merendah diri.

Dah tak ambil kira dalam aspek keikhlasan dan soal menimbulkan rasa kehambaan seperti rasa rendah diri, rasa hina dan malu di depan Tuhan. Masyaallah, tuan-tuan banyak mengucaplah!!

“Orang yang ada rasa takut dan malu dengan Allah akan meninggalkan maksiat. Orang yang merasai Allah melihatnya, tentu tak berani nak gelapkan duit, rasuah, berzina, berkhianat.”

“Macamana pulak dengan senario hari ini, terutamanya di Negara kita ramai yang sembahyang, tapi masih pemarah, masih sombong, masih mengumpat dan masih buat maksiat?” Wallahuallam.

Siapa ahli zikir? [Read more…] about Siapa ahli zikir?

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 70
  • Page 71
  • Page 72
  • Page 73
  • Page 74
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.