Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Ekonomi

Ekonomi

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Zik · Oct 14, 2019 · 9 Comments

Semak kelayakan PSP secara online.

PUTRAJAYA: Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari beberapa hari lepas membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

[Read more…] about Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Bajet 2020, Skim Perumahan Belia Dilanjutkan disember 2021

Zik · Oct 12, 2019 · Leave a Comment

 

bajet 2020, belanjawan 2020,

KERAJAAN akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional mulai 1 Jan, 2020 sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu belia memiliki rumah pertama. Ini satu insiatif yang baik selain memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, skim itu juga menawarkan jaminan pinjaman 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama, terhad kepada 10,000 unit rumah.

Katanya, melalui kerjasama sektor swasta, kerajaan juga melancarkan Kempen Pemilikan Rumah di mana pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10 peratus untuk hartanah yang layak dan akan dipadankan dengan pengecualian duti setem,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat,  semalam, 11.10.2019 .

skim perumahan belia 2020,

“Setakat ini, kira-kira 21,000 unit rumah bernilai RM13.44 bilion telah berjaya dijual di bawah kempen ini yang melebihi sasaran jualan awal RM3 bilion. Oleh itu kerajaan juga telah melanjutkan tarikh akhir kempen ini selama enam bulan lagi daripada 30 Jun kepada 31 Dis tahun ini.”

Lim berkata bagi membantu mereka yang tidak mampu membayar deposit 10 peratus dan sukar mendapatkan akses pembiayaan pembelian rumah, kerajaan juga akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki. [Read more…] about Bajet 2020, Skim Perumahan Belia Dilanjutkan disember 2021

Bajet 2020, Diskaun 18% di semua lebuh raya Plus

Zik · Oct 12, 2019 · Leave a Comment

bajet 2020, belanjawan 2020,

Rakyat bakal diberikan diskaun purata sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik Plus sebagai usaha merealisasikan penghapusan tol secara berperingkat seperti dijanjikan kerajaan. Memang susah dan agak mustahil untuk hapus tol 100%. Namun kita ada sedikit lega dan gembira apa yang telah diumumkan oleh badan kerajaan kali ini. Tapi kena ingat tol plus tau. Tol yang lain-lain tuh tak dapat diskaun 18%. Duke, Guthrie , Kesas Gamuda je apa tuh ha.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

“Selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan (PH), rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik Plus,” kata Lim dalam pembentangannya.  [Read more…] about Bajet 2020, Diskaun 18% di semua lebuh raya Plus

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 17
  • Page 18
  • Page 19
  • Page 20
  • Page 21
  • Interim pages omitted …
  • Page 69
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.