Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Ekonomi

Ekonomi

Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

perintah kawalan pegerakan,

SHAH ALAM – Sepanjang dua minggu lalu, Malaysia sudah menyaksikan peningkatan jumlah kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) yang agak tinggi sebanyak 2,495 kes dengan jumlah kumulatif setakat semalam adalah 4,119 kes.  Perang dingin yang sangat dahsyat ini bukan sesuatu yang mudah, sebab tak nampak secara kasar.

Peningkatan jumlah kes lebih 50 peratus itu sudah pasti mengundang keresahan banyak pihak meskipun Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan usaha melandaikan lekuk epidemik dengan kaedah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu mula menampakkan kejayaan.

Baca juga: Kes terkini covid19 2020

Menyedari keperluan memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dilaksanakan kerajaan dengan berkesan, sebahagian besar rakyat negara ini mengakui kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini demi keselamatan Malaysia.

Hakikat itu diakui Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpandangan PKP perlu diteruskan sehingga kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa risiko penularan kembali pandemik Covid-19 tiada lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, keputusan menghentikan pelaksanaan PKP tidak boleh dibuat hanya setelah tiada lagi kes jangkitan Covid-19 direkodkan KKM.

“Sekiranya inisiatif sedemikian diambil, PKP pastinya akan dilaksanakan dalam tempoh lama kerana usaha kerajaan memulihkan sepenuhnya kes Covid-19 perlu mengambil masa berbulan-bulan.

“Saya fikir kerajaan perlu diberi kepercayaan untuk memutuskan tempoh waktu bersesuaian bagi menghentikan PKP, namun buat masa kini PKP perlu diteruskan demi keselamatan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, kebimbangan berlaku ledakan gelombang penularan susulan Covid-19 menjadi faktor utama kewajaran kerajaan meneruskan PKP selepas 14 April ini. [Read more…] about Langkah PKP wajar diteruskan, wajar atau tidak?

BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

bsn

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada kosong peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas oleh wabak COVID-19.

Pemansuhan itu adalah komitmen BSN dalam menyokong penuh inisiatif dan keprihatinan kerajaan menyalurkan bantuan kepada usahawan mikro di Malaysia yang telah terjejas oleh wabak COVID-19 melalui Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahanyang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani berkata langkah itu untuk menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan yang telah menyediakan pakej prihatin PKS tambahan sebanyak RM10 bilion dan diharapkan dapat terus membantu meringankan beban kewangan PKS.

“Sebagai antara industri yang menyumbang dengan signifikan kepada ekonomi negara, BSN berharap PKS dapat menggunakan peluang ini untuk kekal mampan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[Read more…] about BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin

Ekonomi negara akan lemah , jika PKNP dilanjut -pakar ekonomi

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

kalkulator, calculator, ekonomi, bajet,

Tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap perniagaan atau syarikat-syarikat kecil jika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan, malah ia akan melemahkan ekonomi negara. Itu kita kena akui, tetapi dalam hal ini, kita tak boleh pentingkan diri. Sebab ia melibatkan nyawa. Sebab masa dalam pkp ini, ramai yang ingkar dengan arahan kerajaan. Polis dan tentera tidak boleh kompromi dalam hal ini.

Menurut penganalisis ekonomi Prof Barjoyai Bardai, selain hampir semua sektor terjejas, sektor perusahaan kecil juga kini hampir lumpuh akibat krisis Covid-19.

“Sektor (perusahaan) sederhana kecil (PKS), perniagaan sederhana saja yang tinggal, perniagaan kecil juga sudah hampir lumpuh.

“Maknanya ekonomi jadi semakin lemah kalau kita melanjutkan tempoh PKP.

“Kalau tambah dua minggu atau satu bulan lagi, keadaannya tidaklah banyak berubah, semakin teruk maknanya. Cuma usaha untuk memulihkannya nanti akan menjadi semakin susah,” [Read more…] about Ekonomi negara akan lemah , jika PKNP dilanjut -pakar ekonomi

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 13
  • Page 14
  • Page 15
  • Page 16
  • Page 17
  • Interim pages omitted …
  • Page 69
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.