Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin

BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin

Zik · Apr 9, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
bsn

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) memansuhkan kadar faedah dua peratus kepada kosong peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas oleh wabak COVID-19.

Pemansuhan itu adalah komitmen BSN dalam menyokong penuh inisiatif dan keprihatinan kerajaan menyalurkan bantuan kepada usahawan mikro di Malaysia yang telah terjejas oleh wabak COVID-19 melalui Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tambahanyang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani berkata langkah itu untuk menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan yang telah menyediakan pakej prihatin PKS tambahan sebanyak RM10 bilion dan diharapkan dapat terus membantu meringankan beban kewangan PKS.

“Sebagai antara industri yang menyumbang dengan signifikan kepada ekonomi negara, BSN berharap PKS dapat menggunakan peluang ini untuk kekal mampan dalam menghadapi cabaran ekonomi yang melanda ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di bawah BSN Micro/i Kredit Prihatin, sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum disediakan bagi setiap usahawan mikro dalam pelbagai segmen dengan tempoh pinjaman atau pembiayaan antara satu hingga 5.5 tahun.

Katanya, BSN akan terus memainkan peranannya untuk membantu PKS dan usahawan mikro.

Katanya BSN telah menetapkan beberapa syarat kelayakan untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin iaitu usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19; perusahaan Mikro (milikan tunggal, Perkongsian atau Syarikat Sdn. Bhd); perusahaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia; perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa dan perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada enam bulan.

Kelayakan untuk memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah seperti berikut:

1) Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

2) Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd

3) Dimiliki oleh warganegara Malaysia

4) Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh atau separuh masa

5) Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.

Sementara itu, berikut adalah langkah-langkah bagi membuat permohonan BSN Micro/i Kredit Prihatin: 

2) Semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
  3. Penyata Akaun Bank Syarikat untuk tiga (3) bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

Katanya PKS yang ingin memohon perlu melayari laman Facebook BSN untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran untuk dihubungi.

“Selain itu, semak juga dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan seperti sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan kad pengenalan semua pengarah, pemilik tunggal atau rakan kongsi, penyata akaun bank untuk tiga bulan terkini dan lain-lain dokumen sekiranya diperlukan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai dan pelanggan bahawa permohonan perlu dilakukan melalui BSN sahaja, serta sentiasa berwaspada dengan pihak yang cuba menipu dengan menyamar sebagai Pegawai BSN. – BERNAMA

 

Share this on WhatsApp

Ekonomi BSN mansuh kadar faedah dua peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin, kadar 0 faedah bsn micro/i kredit prihatin

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.