
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Zik · · Leave a Comment

Zik · · Leave a Comment

Sinopsis drama Peninggalan Arwah untuk minggu ini. Drama ini pengarahnya ialah Along Kamaruddin. Banyak pengajaran dari drama ini sebenarnya yang kita boleh dapat.
Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya. Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya, Fatihah dan Faris, selepas berkahwin dengan Liyana. Fatihah dan Faris tinggal bersama neneknya, Zainab di kampung sejak kematian ibu mereka, Farah yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Semasa hidupnya, Farah atas dasar percayakan suaminya telah meletak nama Azrul pada harta bendanya. Dia berpendapat anak-anaknya masih kecil dan sukar untuk menguruskan harta itu nanti. Walhal jika mengikut undang-undang faraid harta isteri yang meninggal akan dibahagikan kepada suami, anak-anak dan ibu bapa si mati jika masih hidup. Mengikut hukum yang telah ditetapkan. Azrul tidak amanah kerana menikmati kemewahan itu sendiri.
Zik · · Leave a Comment

Maaf Tak Indah ialah sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel karya Emy Roberto yang menampilkan gandingan kali pertama diantara Azar Azmi dan Azlee Khairi. Siri arahan Zamri Zakaria ini bakal memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 12 Februari 2020, jam 10 malam bagi menggantikan drama Camelia yang sudah tamat 11 feb 2020.
Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza.
Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannnya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka. Lima tahun berlalu… Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan. “Saya nak jumpa Adam.”- Syazan
“Temankan saya untuk satu malam. How about that?” – Raimie Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.
“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.” – Syazan Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?
Syazan enggan menerima kehadiran anak dalam rumah tangga, namun bertentangan dengan pendirian suaminya, Raimie yang begitu mahukan zuriat.
Kerana itu, Syazan hampir kehilangan anak yang dikandung akibat tindakannya sendiri.
Ketika dia mula sedar, semuanya sudah terlewat.
Kebahagiaan perkahwinan yang dikecapi musnah apabila Raimie angkat kaki membawa diri bersama anak mereka.
Lima tahun berlalu dan mereka dipertemukan semula sambil dibayangi kenangan memori silam.
Syazan menyimpan kerinduan yang mendalam untuk bertemu semula dengan anaknya di bawah jagaan Raimie walaupun tahu ia mustahil untuk ditunaikan, apatah lagi dia juga menyimpan rahsia yang akhirnya sampai ke pengetahuan Raimie.
Komen pembaca novel ini.
[Read more…] about Sinopsis drama Maaf Tak Indah, Azlee Khairi ft Azar Azami.