• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Maaf Tak Indah, Azlee Khairi ft Azar Azami.

Sinopsis drama Maaf Tak Indah, Azlee Khairi ft Azar Azami.

Zik · Feb 12, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
drama maaf tak indah,

Maaf Tak Indah ialah sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel karya Emy Roberto yang menampilkan gandingan kali pertama diantara Azar Azmi dan Azlee Khairi. Siri arahan Zamri Zakaria ini bakal memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 12 Februari 2020, jam 10 malam bagi menggantikan drama Camelia yang sudah tamat 11 feb 2020.

TAJUK DRAMA: MAAF TAK INDAH
Jumlah Episod : 18 episod
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
WATAK DAN  PELAKON 
  • Azlee Khairi sebagai Raimie
  • Azar Azmi sebagai Syazan
  • Ruhainies sebagai Zila
  • Fizo Omar sebagai Jai
  • Zulkifli Ismail sebagai Rahim
  • Aida Khalida sebagai Sabariah
  • Mustapha Kamal sebagai Shariman
  • Didie Alias sebagai Safiah
  • Aleza Shadan sebagai Ros
  • Melanie Tan sebagai Cheryl
  • Pauline Tan sebagai Kelly
  • Yumna Ayuna sebagai Tijah
  • Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam
  • Cassia Nur Iman sebagai Tia

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza.

Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannnya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka. Lima tahun berlalu… Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan. “Saya nak jumpa Adam.”- Syazan

“Temankan saya untuk satu malam. How about that?” – Raimie Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie.  Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.

“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.” – Syazan Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?

Sinopsis

Syazan enggan menerima kehadiran anak dalam rumah tangga, namun bertentangan dengan pendirian suaminya, Raimie yang begitu mahukan zuriat.

Kerana itu, Syazan hampir kehilangan anak yang dikandung akibat tindakannya sendiri.

Ketika dia mula sedar, semuanya sudah terlewat.

Kebahagiaan perkahwinan yang dikecapi musnah apabila Raimie angkat kaki membawa diri bersama anak mereka.

Lima tahun berlalu dan mereka dipertemukan semula sambil dibayangi kenangan memori silam.

Syazan menyimpan kerinduan yang mendalam untuk bertemu semula dengan anaknya di bawah jagaan Raimie walaupun tahu ia mustahil untuk ditunaikan, apatah lagi dia juga menyimpan rahsia yang akhirnya sampai ke pengetahuan Raimie.

Komen pembaca novel ini.

Mula-mula N sakit hati betul dengan perangai Syazan yang tak macam manusia. And I was thinking sama ada N akan suka or not dengan novel ni sebab awal-awal lagi dah tak suka heroin. But when things went down the drain for her, N jatuh kesian sampai rasa macam nak nangis for her.

And pada masa yang sama, dari N rasa kesian pada Raimie, perasaan tu terus bertukar menjadi benci pada Raimie. Pada N, dia terlalu kejam and N rasa Syazan deserves someone better! N jadik rimas dengan watak Raimie yang tak tahu malu tu.

Kudos to Emy Roberto for creating an amazing female lead character like Syazan. Even when shit the fan for her, dia masih boleh berdiri with her own two feet. Apa yang Syazan tak sanggup buat sebagai seorang ibu? That scene with the chocolate (rasanya Kinder Bueno) saaaaangattt touching.

Out of spite, Raimie mula ada affair dengan Zila dan merancang untuk berkahwin selepas menceraikan Syazan.

Awalnya, terus terang saya kata, saya betul2 jengkel dengan Syazan for being an utter spoilt brat which led to the above incidents. Tapi her sufferings dan keinsafan dia, sebelum dan sesudah bercerai, almost make up for all her immaturity and irresponsibility di masa lalu.

Babak kedua, mereka ketemu kembali. Kali ni hingga akhir buku, honestly, dari sebelum bercerai lagi, kejengkelan saya beralih arah kepada Raimie. Salah siapa jika Syazan jadi sebegitu sebelum dan sesudah bercerai?

Saya rasa yg buat saya bertambah jengkel bila Raimie meletakkan syarat jika Syazan ingin melihat anak yg dahulunya cuba di buang dari rahim, dia harus menemani Raimie untuk satu malam. Jika lihat dari sudut kasar, cara Raimie ibarat meletakkan Syazan seolah2 Syazan ni murahan walhal Raimie berbuat begitu bagi melepaskan rindu, dendam dan segala sakit hatinya pada Syazan. Dan terus menerus menyakitkan hati Syazan. Hanya kerana ego. Cinta yang masih ada, di ketepikan.

Well, endingnya, nak kata puas, tak puas hati juga lah. Nak kata sebaliknya pun payah. Apapun it ended well.

tak tahu nak marah siapa.
kejap geram dengan syaza
kejap sakit hati dengan raimie.
tapi scene tia dengan adam tu,
memang mengalir air mata. !_!
sebak giler….
sungguh, maaf itu ada keindahnya yang tersendiri.

tapi saya lebih suka kalau scene2 awal tu dipanjangkan sikit antara raimie dan syaza. sebab rasa pendek je. bab 1 dah terus masuk konflik.

 

#MaafTakIndah…..berpisah bila Raimie yakin yg Syazan bkn lg pilihan terbaik utk menjd isteri apatah ibu kpd anak2nya.. Khilafnya Syazan bila sanggup mahu membuang Adam dlm kandungan krn tdk sedia menjd ibu! Tp Adam lahir juga dlm keadaan tdk sempurna!


Sayang berubah marah, Cinta berubah benci! putuslah ikatan mereka tapi ada sesuatu yg masih mengikat mereka selain Adam!


5 thn merindu Adam, Syazan tahan hati dan sabar krn sedar dosa yg dilakukan! Tia menjdkan Syazan kuat utk melalui hari2nya..Hilang suami, famili dan anak bkn suatu yg mudah utk seorg Syazan! Namun Syazan tdk mengalah demi Tia, Kala famili sendiri membuangnya jauh dia masih ada bekas mentua sebagai pendorong buat Syazan kuat n tabah!


Bertemu kembali! Syazan terlalu ingin bertemu Adam! Ray pula masih belum dpt maafkn Syazan!Dan bila Ray tau ttg Tia, Syazan tahu dia tk blh diamkan kenyataan…Ray akhirnya izinkan Syazan temui Adam! 5 thn tk akan padam rindu ibu pd anaknya…5 thn tk mampu meluntur kasih ibu pd anaknya! 5 thn terlalu cukup tempoh utk menyedarkan Syazan n Raimie yg mereka masih ada cinta!


keseluruhan? citer ni mainkan emosi saya, rasa bergolak jiwa dgn karenah Raimie…terharu dgn perhatian mentua Syazan..kagum dgn semangat Syazan..geram pd keluarga Syazan…hilang masa n serik dgn khilaf jdkan Syazan wanita kuat jiwanya! .bestttt..suka MTI..tahniah Emy Roberto

 

Mengisahkan tentang kehidupan ray dan syazan. Kerana kesilapannya syazan dihukum oleh ray. Bagi ray kesalahan syazan itu terlalu besar. Syazan ingin membunuh zuriat mereka sendiri. ?

Dengan izin Allah, bayi itu selamat dilahirkan. Tetapi bayi itu cacat. Orang kata naluri seorang ibu.. Saat melihat anaknya, hati syazan diterpa rasa bersalah. Lantas kemaafan dipohon dari suami, namun ray keras hati untuk berikan kemaafan, walau syazan melutut memohon keampunan.

Syazan diceraikan, di buang keluarga sendiri. Syazan mulakan hidup baharu. Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Rasa yang pernah ada dulu muncul semula. Tapi yang ray tak tahu, ada rahsia besar yang syazan sembunyikan dari dia.

Apakah rahsia itu? Semuanya terjawab dalam naskhah Maaf tak indah ini.

Adakala memberi peluang kedua itu harus. Mana tahu peluang kedua itu akan lebih membahagiakan kita? Kan?

 

buku pbakl pertama yang dibaca. hanya memerlukan kurang dari 3 jam untuk membaca. tapi kesannya terasa sampai sekarang. Raimie dan Syaza sama2 tak sempurna. kehadiran Adam sepatutnya merapatkan lagi hubungan mereka tapi sayangnya kerana Adam mereka terpisah hampir 5 tahun lamanya. kehadiran Tia kembali mengikat mereka. saya suka permainan emosi dalam cerita ni. mesti best kalau cerita ni diadaptasi. sebab suka, duka, marah, geram, sayang dan cinta diadun dengan lengkap. tahniah ER!
 Dari Novel :

“Boleh saya jumpa Adam?” Syazan mengharap.

“Dah lama tak jumpa Adam. Saya….saya rindu dia

…” Syazan mengawal nada suara yang bergetar. Oh air mata sila jangan menitis. Asal sebut tentang Adam senang sangat tubir mata berair.

“Adam is fine.” Raimie larikan pandangan ke arah lain. Dia tak kalah dengan wajah menghadap Syazan. Pada masa yang sama pintu lift terbuka. Baru dia nak menapak masuk, lengannya ditahan Syazan. “Ray. Kejap.” “Saya nak jumpa Adam.”

Syazan masih mengharap. “Untuk apa?” Dah tahu sebab tapi Raimie bertanya juga. “Saya rindu dia.” Raimie senyum senget. Dia tepis perlahan tangan Syazan. Berdiri menghadap wajah bekas isteri yang tampak tenang. Pintu lift yang sudah tertutup semula tak dipedulikan.

“Hari jadi Adam esok. Jumpa kejap pun tak apa. Tapi bagilah saya peluang untuk jumpa Adam. Please.” Sejak bercerai, dah tak pernah berjumpa dengan Adam. Satu juta alasan yang Raimie akan berikan padanya. Tapi kali ini dia tak nak berdiam, sebab rindu pada Adam dah tak tertahan. Raimie merapat. Senyum senget masih tak padam dari bibirnya sebelum dia tunduk dan merapatkan wajah mereka berdua. “Saya ada satu syarat.”

Raimie menduga. “Apa dia?” Tolonglah jangan syarat luar alam. Syazan lawan pandangan mata Raimie. “Awak kena jumpa saya dulu sebelum jumpa Adam.” Oh, kacang aje tu! hati Syazan dah berbunga. Baru nak senyum, ayat Raimie seterusnya buat dia rasa macam nak muntah hijau.

“Temankan saya untuk satu malam. How about that?” Raimie sengih. Syazan terkejut tapi dia paksa diri untuk turut tersengih. Dia mendekat, hinggakan Raimie terpaksa berundur setapak. Boleh aje kalau bekas suami aku ni teringin nak kena hempuk dengan lesung batu.

 

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka.

Lima tahun berlalu..

Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan.
“Saya nak jumpanAdam.”-Syazan.

“Temankan saya untuk satu malam. How bout that?”-Raimie.

Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.
“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.”n Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?

LAGU TEMA/ OST MAAF TAK INDAH 
Maaf – Adira Suhaimi

 

Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu akhirnya menyedarkan Syazan. Tangisan pertama anaknya ketika dilahirkan menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Namun dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Syazan tidak dibenarkan untuk menyentuh atau menjaga Adam. Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Raimie akhirnya menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Sewaktu Syazan diceraikan dia sedang mengandung namun Syazan mengambil keputusan untuk menyimpan berita tersebut kerana dia yakin jika Raimie tahu Raimie akan mengambil anak itu daripadanya. Setelah lima tahun mereka berjumpa semula dan Raimie terkejut kerana Syazan mempunyai seorang anak. Setelah diselidiki akhirnya Raimie mengetahui bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya. Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaan  sepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.

Sedih tau rasa di jiwa sepanjang membaca novel ni. Tidaklah tebal. Nipis sahaja. Saya boleh habiskan membaca dalam dua jam sebab mula saja pembacaan…hati ku diruntun rasa pilu hu hu…..tapi saya suka he he…HAPPY ENDING.

# Novel ini mengajar saya erti sebuah kemaafan dan penyesalan. Betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan kata-kata maaf tetapi belum tentu semudah itu kita akan mampu untuk melupakan apa yang telah berlaku. Bak kata orang…hati yang terluka itu terlalu sukar untuk diubati.

#Sebuah rasa penyesalan sangat sakit untuk kita lalui. Kesilapan demi kesilapan…kesalahan demi kesalahan yang telah kita lakukan akan menjadi bayangan penyesalan yang sentiasa mencengkam memori kehidupan kita.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama Azlee Khairi ft Azar Azami., Sinopsis drama Maaf Tak Indah, sinopsis maaf tak indah, sinopsis novel maaf ak indah

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021
  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Drama

Sinopsis penuh drama kekasih paksa rela slot akasia tv3, remy ishak dan intan najuwa

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Drama bersiri Kekasih Paksa Rela merupakan sl…

Drama

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam, Kamal Adli ft Puteri Aishah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Drama adaptasi novel Utusan Cinta Buat Adam k…

Drama

Tonton online Hero Seorang cinderella episod11

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Apa yang terjadi pada ian>> Jeng- jeng.…

%d bloggers like this: