Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Drama

Drama

Sinopsis drama Maaf Tak Indah, Azlee Khairi ft Azar Azami.

Zik · Feb 12, 2020 · Leave a Comment

drama maaf tak indah,

Maaf Tak Indah ialah sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel karya Emy Roberto yang menampilkan gandingan kali pertama diantara Azar Azmi dan Azlee Khairi. Siri arahan Zamri Zakaria ini bakal memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 pada 12 Februari 2020, jam 10 malam bagi menggantikan drama Camelia yang sudah tamat 11 feb 2020.

TAJUK DRAMA: MAAF TAK INDAH
Jumlah Episod : 18 episod
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
WATAK DAN  PELAKON 
  • Azlee Khairi sebagai Raimie
  • Azar Azmi sebagai Syazan
  • Ruhainies sebagai Zila
  • Fizo Omar sebagai Jai
  • Zulkifli Ismail sebagai Rahim
  • Aida Khalida sebagai Sabariah
  • Mustapha Kamal sebagai Shariman
  • Didie Alias sebagai Safiah
  • Aleza Shadan sebagai Ros
  • Melanie Tan sebagai Cheryl
  • Pauline Tan sebagai Kelly
  • Yumna Ayuna sebagai Tijah
  • Tuan Zuhayr Al-Mundzair sebagai Adam
  • Cassia Nur Iman sebagai Tia

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza.

Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannnya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka. Lima tahun berlalu… Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan. “Saya nak jumpa Adam.”- Syazan

“Temankan saya untuk satu malam. How about that?” – Raimie Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie.  Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.

“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.” – Syazan Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?

Sinopsis

Syazan enggan menerima kehadiran anak dalam rumah tangga, namun bertentangan dengan pendirian suaminya, Raimie yang begitu mahukan zuriat.

Kerana itu, Syazan hampir kehilangan anak yang dikandung akibat tindakannya sendiri.

Ketika dia mula sedar, semuanya sudah terlewat.

Kebahagiaan perkahwinan yang dikecapi musnah apabila Raimie angkat kaki membawa diri bersama anak mereka.

Lima tahun berlalu dan mereka dipertemukan semula sambil dibayangi kenangan memori silam.

Syazan menyimpan kerinduan yang mendalam untuk bertemu semula dengan anaknya di bawah jagaan Raimie walaupun tahu ia mustahil untuk ditunaikan, apatah lagi dia juga menyimpan rahsia yang akhirnya sampai ke pengetahuan Raimie.

Komen pembaca novel ini.

[Read more…] about Sinopsis drama Maaf Tak Indah, Azlee Khairi ft Azar Azami.

Sinopsis Bukan Kahwin Paksa, Kamal Adli ft Hannah Delisha

Zik · Feb 11, 2020 · Leave a Comment

BUKAN KAHWIN PAKSA,
Drama (13 episod) adaptasi novel ‘Bukan Kahwin Paksa’ karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3, Februari 2020. Drama ini menggantikan Titian Takdir yang sudah habis minggu lepas.
Senarai Pelakon. 
Dibintangi oleh Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled.

[Read more…] about Sinopsis Bukan Kahwin Paksa, Kamal Adli ft Hannah Delisha

Persembahan Aman Ra , AJL 34 2020

Zik · Feb 10, 2020 · Leave a Comment

ANUGERAH JUARA LAGI, ajl logo,

Persembahan Aman ra dalam pentas AJL. Lagu dicipta oleh Navigator dalam lagu Budak flat. Dia punya rap laju, tapi semua sebutan dia sebut betul. Paduw.

Bangun: Konsep yang betul, rap yang memberi motivasi kepada yang mendengar sebenarnya. BUDAK FLAT BANGUN!
Bangun Aman Ra. AJL 34 2020

[Read more…] about Persembahan Aman Ra , AJL 34 2020

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 20
  • Page 21
  • Page 22
  • Page 23
  • Page 24
  • Interim pages omitted …
  • Page 56
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.