Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Alam sekitar

Alam sekitar

PENCEMARAN ALAM SEKITAR HASIL PERBUATAN MANUSIA

Zik · May 17, 2020 · Leave a Comment

lori sampah, lori buang sampah

Adakah kita sama ada sedar atau pun tidak, banyak perbuatan yang dilakukan oleh manusia telah mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar.  Perbuatan tersebut telah menjadi amalan kebiasaan yang seandainya tidak diubah, dikhuatiri nanti tiada kebaikan akan dapat diwariskan kepada generasi muda kelak. Sebenarnya itu yang membimbangkan kita sebagai generasi sekarang ini,

Kepelbagaian kaedah pembuangan sisa minyak masak dari rumah

  1. Pembuangan sisa minyak masak dari sinki dapur

Sisa minyak masak yang dibuang ke dalam sinki dapur akan melekat pada dinding saluran paip air dan tangki-tangki kumbahan di kawasan perumahan.  Lama kelamaan lapisan sisa minyak masak tersebut menjadi tebal dan mengeras menyebabkan saluran paip air serta tangki-tangki kumbahan menjadi tersumbat.  Ibarat lemak yang dimakan menebal di dalam saluran darah.

[Read more…] about PENCEMARAN ALAM SEKITAR HASIL PERBUATAN MANUSIA

KEPELBAGAIAN KEGUNAAN POKOK

Zik · May 1, 2020 · Leave a Comment

Pokok bukan sebarang pokok. Lagi banyak pokok lagi bagus. Itu sebab bila kita balik kampung, kita punya ketenangan lain berbanding bila kita ditempat kerja kita tuh. berdentum dengan mesin lah. Itu belum gaduh lagi dengan bos-bos. So kita masih lagi mood pkp kali ini harap tak jadi orang yang tak siuman. Kita kupas mengenai pokok pada edisi kali ini.

Penanaman pokok melibatkan proses daripada menyemai biji benih, di mana setelah bercambah menjadi anak pokok akan dipindahkan ke kawasan lain untuk tujuan landskap dan tanam semula hutan.  Di Malaysia, pokok boleh ditanam sepanjang tahun.  Tidak seperti dikebanyakan negara di dunia ini, terdapat musim-musim yang sesuai untuk menanam pokok.  Terdapat tiga kategori penanaman pokok di Malaysia.

Pertama, menanam pokok di dalam skala yang besar untuk tujuan komersial seperti pokok getah dan pisang, di mana hasilnya menyumbang kepada ekonomi negara.  Kedua, menanam pokok sebagai hobi atau untuk kegunaan sendiri seperti pokok bunga dan sayur-sayuran sekeliling rumah.  Akhir sekali adalah menanam pokok untuk tujuan sosial.  Di Malaysia, penanaman pokok secara sosial dilaksanakan melalui program-program yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), korporat, sukarelawan, komuniti setempat dan pelajar, antaranya di taman-taman rekreasi, kawasan-kawasan perumahan, hutan, kampus-kampus institusi pengajian tinggi serta pejabat-pejabat. [Read more…] about KEPELBAGAIAN KEGUNAAN POKOK

CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

Zik · Apr 21, 2020 · Leave a Comment

PENGURUSAN SAMPAH,

CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan sempena menyambut bulan Ramadhan bagi umat Islam, pasti kuantiti pembaziran serta pembuangan sisa makanan menjadi semakin meningkat.  Ini kerana para suri rumah kerap memasak di rumah serta nafsu makan yang tidak terkawal.  Maka, bagi mengatasi masalah pembaziran dan pembuangan sisa makanan, berikut digariskan kaedah atau panduan buat seisi rumah:

waste management,

1.MEMBUAT SENARAI BARANG

Ini sangat penting. Sebelum keluar membeli barangan, lihat dahulu simpanan makanan dan kemudian sediakan senarai yang perlu dibeli.  Ini adalah untuk mengelakkan daripada membeli barang makanan yang berlebihan dan mengelakkan pembaziran.

[Read more…] about CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Interim pages omitted …
  • Page 24
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.