Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / KEPELBAGAIAN KEGUNAAN POKOK

KEPELBAGAIAN KEGUNAAN POKOK

Zik · May 1, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Pokok bukan sebarang pokok. Lagi banyak pokok lagi bagus. Itu sebab bila kita balik kampung, kita punya ketenangan lain berbanding bila kita ditempat kerja kita tuh. berdentum dengan mesin lah. Itu belum gaduh lagi dengan bos-bos. So kita masih lagi mood pkp kali ini harap tak jadi orang yang tak siuman. Kita kupas mengenai pokok pada edisi kali ini.

Penanaman pokok melibatkan proses daripada menyemai biji benih, di mana setelah bercambah menjadi anak pokok akan dipindahkan ke kawasan lain untuk tujuan landskap dan tanam semula hutan.  Di Malaysia, pokok boleh ditanam sepanjang tahun.  Tidak seperti dikebanyakan negara di dunia ini, terdapat musim-musim yang sesuai untuk menanam pokok.  Terdapat tiga kategori penanaman pokok di Malaysia.

Pertama, menanam pokok di dalam skala yang besar untuk tujuan komersial seperti pokok getah dan pisang, di mana hasilnya menyumbang kepada ekonomi negara.  Kedua, menanam pokok sebagai hobi atau untuk kegunaan sendiri seperti pokok bunga dan sayur-sayuran sekeliling rumah.  Akhir sekali adalah menanam pokok untuk tujuan sosial.  Di Malaysia, penanaman pokok secara sosial dilaksanakan melalui program-program yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), korporat, sukarelawan, komuniti setempat dan pelajar, antaranya di taman-taman rekreasi, kawasan-kawasan perumahan, hutan, kampus-kampus institusi pengajian tinggi serta pejabat-pejabat.

tanam pokok

 

Kenapa Perlu Menanam Pokok?

Pokok berfungsi sebagai agen pembersihan sekali gus meningkatkan kualiti udara.  Gas-gas rumah hijau, seperti wap air, karbon dioksida dan metana yang berada di udara diserap oleh pokok melalui kulit serta daunnya.  Penyerapan gas-gas yang panas ini mengurangkan kesan perubahan iklim ke atas bumi.  Pokok memerlukan gas karbon dioksida untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis dan sebagai ganti mengeluarkan oksigen bagi kegunaan manusia serta haiwan.  Daun-daun pokok memerangkap habuk dan asap yang berkitar di udara. Ini menolong menghalang manusia dan haiwan daripada menghidu habuk serta asap tersebut yang boleh mengakibatkan masalah kepada sistem respiratori.

 

Berikut adalah contoh-contoh pokok yang boleh membersih dan meningkatkan kualiti udara.

 

jenis-jenis pokok

tanam pokok2

Akar dan sesetengah biji daripada buah pokok berfungsi untuk membersihkan air.  Akar pokok yang tumbuh sama ada di dalam air mahu pun berhampiran kawasan berair seperti sungai, tasik dan parit akan menyerap bahan-bahan cemar atau toksik.  Sebagai contoh, pokok Kangkong dan Semalu Air banyak ditanam di dalam parit-parit monsun di Langkawi di bawah anjuran Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi).  Pokok-pokok ini bertindak sebagai penapis semulajadi dengan menyerap nutrien seperti fosfat, nitrit, ammonia dan logam berat sekali gus menyahbau yang terdapat pada air.  Hasilnya, hanya air yang bersih sahaja mengalir masuk ke dalam sungai.  Akar pokok yang berada di cerun-cerun tanah tinggi pula bertindak memperlahankan penyerapan air ke dalam tanah.  Proses ini dapat menghalang daripada terjadinya tanah runtuh dan banjir lumpur apabila hujan lebat.

pokok kangkung

Begitu juga biji daripada pokok Moringa atau lebih dikenali dengan nama Kelor, boleh digunakan untuk membersihkan air.  Pokok Moringa telah mendapat gelaran sebagai ‘pokok ajaib’ kerana setiap bahagiannya boleh digunakan untuk tujuan tertentu.  Kajian oleh Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu mendapati bahawa biji pokok Moringa yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk mampu merawat air tercemar dari kilang.  Serbuk biji Moringa apabila bercampur dengan air tercemar akan menyerap bahan-bahan toksik lalu mendap ke dasar tangki kilang.  Hanya air bersih yang keluar dari kilang dan masuk ke dalam sungai.  Ini dapat mengelakkan risiko pencemaran air sungai.

pokok moringa

Pokok merupakan kediaman kepada beratus-ratus spesis flora dan fauna.  Bagi spesis-spesis ini, pokok merupakan tempat mereka tinggal, membiak dan sumber makanan.

 

sumbangan pokok kepada alam sekitar,

Selain daripada berperanan memelihara alam sekitar, pokok memberikan impak sosial ke atas manusia.  Industri pembalakan di kawasan-kawasan hutan membuka peluang pekerjaan yang menjana pendapatan kepada manusia.  Kayu-kayu balak tersebut akan diproses menjadi pelbagai bentuk barangan asas seperti untuk membina rumah dan membuat perabot.  Batang-batang kayu daripada pokok juga dijadikan bahan api untuk memasak dan memanaskan badan sewaktu musim sejuk di negara-negara bermusim.  Terdapat juga pokok seperti Moringa yang mempunyai daun dan buahnya dapat membekalkan nutrisi yang menyihatkan tubuh badan manusia.

 

Dari sudut kesihatan, seseorang pesakit akan lebih cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapinya apabila dapat melihat pokok-pokok di sekelilingnya.  Ini kerana daunnya yang berwarna hijau memberikan ketenangan, kesegaran dan kegembiraan kepada pesakit tersebut lantas mengurangkan rasa ‘stress’ atau tertekan.  Selain itu, manusia dan haiwan menjadikan pokok sebagai tempat berteduh daripada keterikan cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit.

Muhaidatul Ismah Ismail

26 April, 2020

 

Share this on WhatsApp

Alam sekitar fungsi pokok dalam kehidupan, kenapa perlu menanam pokok, KEPELBAGAIAN KEGUNAAN POKOK, peranan pokok

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.