Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

Zik · Apr 21, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PENGURUSAN SAMPAH,

CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menuntut rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan sempena menyambut bulan Ramadhan bagi umat Islam, pasti kuantiti pembaziran serta pembuangan sisa makanan menjadi semakin meningkat.  Ini kerana para suri rumah kerap memasak di rumah serta nafsu makan yang tidak terkawal.  Maka, bagi mengatasi masalah pembaziran dan pembuangan sisa makanan, berikut digariskan kaedah atau panduan buat seisi rumah:

waste management,

1.MEMBUAT SENARAI BARANG

Ini sangat penting. Sebelum keluar membeli barangan, lihat dahulu simpanan makanan dan kemudian sediakan senarai yang perlu dibeli.  Ini adalah untuk mengelakkan daripada membeli barang makanan yang berlebihan dan mengelakkan pembaziran.

2. KURANGKAN PEMBELIAN

Digalakkan tidak membuat pembelian terlalu berlebihan kerana dikhuatiri makanan tersebut akan luput tempoh penggunaan atau menjadi rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Belilah pada kadar yang mencukupi untuk sekeluarga dan disarankan agar membuat pembelian lebih kerap, contohnya, pembelian setiap minggu.

waste management,

3. SUSUN ATUR BARANG MAKANAN

Sebaik-baiknya barang makanan yang dibeli terlebih dahulu disusun di barisan hadapan sama ada di dalam peti sejuk atau kabinet agar ianya boleh digunakan atau dimakan lebih awal.  Manakala, makanan yang dibeli kemudian pula disusun di barisan belakang.

4. MERANCANG MENU MAKANAN

Membuat perancangan tentang makanan yang bakal dihidangkan secara mingguan dapat membantu suri rumah menyediakan senarai bahan mentah yang tepat untuk dibeli.  Ini akan mengelakkan pembelian tidak dirancang yang akhirnya mengakibatkan berlakunya pembaziran.

5. SAIZ HIDANGAN

Saiz makanan yang dihidang mestilah berpatutan, tidak terlalu berlebihan dan mencukupi untuk seisi keluarga.  Seandainya berlebihan, makanan tersebut dikhuatiri akan berakhir ke dalam tong sampah.

6. TAHU KAEDAH PENYIMPANAN BARANG MAKANAN YANG BETUL

Cara penyimpanan yang betul akan menghalang barang makanan tersebut daripada menjadi cepat rosak.  Sebagai contoh, lebihan makanan yang sudah dimasak hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup.  Kemudian, bekas tersebut diletakkan di dalam peti sejuk agar boleh dimakan semula keesokkan harinya.  Begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan mestilah dibungkus di dalam bekas kedap udara terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.

7. PELAJARI KAEDAH MENJADIKAN MAKANAN TAHAN LAMA

Bahan mentah seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan akan tahan lama sekiranya di simpan di dalam ruangan dingin beku dan peti sejuk.  Begitu juga keadaannya lebihan makanan yang dimasak menjadi tahan lama apabila disimpan di dalam peti sejuk.  Barang makanan yang berlebihan boleh dijadikan jeruk seperti mangga muda atau dibuat jem, contohnya nenas dan epal.  Tulang temulang ayam, lembu dan kambing sangat enak dimasak sup.  Dengan kaedah ini, makanan tersebut tidak akan terbuang.

lebihan makanan yang dimasak,

8. LEBIHAN MAKANAN YANG DIMASAK

Sekiranya makanan yang dimasak berlebih, simpan di dalam peti sejuk kerana boleh dimakan keesokkan harinya setelah dipanaskan semula.  Ataupun, makanan yang berlebihan itu boleh dibawa sebagai bekalan ke tempat kerja.  Memasak makanan untuk dimakan selama satu atau dua hari boleh mengurangkan pembaziran sambil menjimatkan belanja.

 

9. FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG

Makanan yang sudah tamat tempoh tidak semestinya perlu dibuang serta merta.  Ianya masih boleh dimakan atau digunakan beberapa hari lagi selepas tarikh tamat penggunaannya selagi keadaan fizikal, bau dan rasa masih elok.  Penggunaan deria seperti mata, hidung dan lidah dapat menentukan makanan yang masih boleh dimakan.  Sebagai contoh, roti, masih boleh dimakan beberapa hari lagi setelah tempoh penggunaannya tamat atau boleh juga dijadikan serbuk roti, jemput-jemput roti atau puding roti.

 

10. REKOD BARANG MAKANAN YANG SELALU DIBUANG

Suri rumah digalakkan untuk membuat nota mengenai barang-barang makanan yang kerap dibuang dari dapur rumah.  Nota ini adalah sebagai peringatan agar kuantiti pembelian ke atasnya dapat dikurangkan pada masa hadapan untuk menghindarkan pembaziran makanan.

11. PENGKOMPOSAN

Bahagian-bahagian makanan yang tidak dikehendaki seperti batang sayur, kulit buah, hampas serbuk kopi serta teh dan baki makanan yang sudah dimasak boleh ditukar menjadi baja kompos.  Baja kompos daripada bahan-bahan terbuang ini amat kaya dengan nutrien untuk tumbuh-tumbuhan.

kreativiti,

12. KREATIVITI

Memasak juga memerlukan kreativiti seorang tukang masak untuk menjadikan makanan yang disediakan lebih enak lagi berkhasiat.  Terdapat bahagian-bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dikehendaki sekiranya dicampur ke dalam masakan akan menjadikannya bertambah enak serta lebih nutrisi.

13. PRODUK PENJAGAAN KULIT

Buah avocado yang terlampau ranum apabila dicampurkan dengan sedikit madu boleh digunakan sebagai ‘scrub’ muka dan badan.  Begitu juga dengan mencampurkan hampas serbuk kopi, sedikit gula dan minyak zaitun, boleh menghasilkan ‘scrub’ badan.  Kaedah ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran makanan tetapi juga menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan kerosakan kulit akibat penggunaan krim berasaskan bahan kimia.

Amat mudah bagi kita untuk membuang makanan sekiranya ia rosak, tidak diingini atau berlebihan.  Namun, adakah kita terfikir bahawa dengan kurangnya pembaziran makanan memberi kebaikan kepada alam sekitar dan manusia sendiri.  Kadar perlepasan gas karbon dioksida ke udara akan berkurangan dan penggunaan tanah baharu, air serta sumber-sumber lain untuk aktiviti bercucuk tanam dapat dikurangkan.  Membuat ‘scrub’ muka dan badan sendiri serta jem untuk sapuan pada roti daripada makanan yang tidak diingini menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan rumahtangga.  Saiz hidangan makanan yang seimbang dan berpatutan setiap kali pada waktu makan akan dapat memberikan berat badan yang ideal kepada individu sekali gus mengelakkan terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi.

Muhaidatul Ismah Ismail

17 April, 2020 

Share this on WhatsApp

Alam sekitar cara kurangkan sampah di rumah sisa makanan, CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH, kurangkan pembaziran sampah dirumah, kurangkan sisa makanan dirumah

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.