Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik / Sejarah

Sejarah

Kesan Kolonialisme

Zik · Oct 20, 2019 · Leave a Comment

kolonialisme

Kesan Kolonialisme

1.0 Pengenalan

Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke-19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Kesan-kesan Negatif

2.1 Raja Kehilangan Kuasa  [Read more…] about Kesan Kolonialisme

Kemahiran Proses Sains ,Memerhati dan Mengelas

Zik · Oct 9, 2019 · Leave a Comment

Memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang satu fenomena dengan menggunakan semua ata sebahagian daripada deria.

Deria-deria tersebut ialah mata, telinga, hidung, kulit dan Lidah. Setiap deria mempunyai fungsi yang tertentu.

  • Mata -Melihat
  • Telinga -Mendengar
  • Hidung- Menghidu
  • Kulit- Menyentuh dan merasa
  • Lidah – Merasa

Alat atau instrumen boleh digunakan untuk membantu deria semasa membuat pemerhatian.

Contoh :

Memerhati perubahan pada lilin yang bernyala

Kaedah:

  1. Sebatang lilin dinyalakan dengan menggunakan mancis.
  2. Bahagian bawah lilin bernyala dilekatkan pada sebuah piring petri.
  3. Perubahan yang berlaku pada lilin yang bernyala itu diperhatikan

Pemerhatian [Read more…] about Kemahiran Proses Sains ,Memerhati dan Mengelas

Kepentingan Hijrah dalam tamadun Islam

Zik · Oct 2, 2019 · Leave a Comment

Soalan : Berikan kepentingan Hijrah dalam Tamadun Islam.

Pengertian Hijrah:

  • Hijrah dari segi bahasa ialah: berpindah.
  • Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.
  • Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin
  • Orang – orang Islam yang berpindah dari Makkah ke Yathrib dinamakan Muhajirin, sementara orang – orang Islam yang menerima kedatangan saudara – saudara Islam Makkah dinamakan Ansar.
  • Kamus Bahasa Melayu
    Definisi : perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. berhijrah 1 berpindah dr Mekah ke Madinah (bkn Nabi Muhammad SAW). 2 meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: Mereka ~ ke bandar utk mencari pekerjaan. menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain. perhijrahan perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan; pemindahan. penghijrah orang yg berhijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
    1. Hijrah membolehkan kegiatan dakwah dan amalan ibadatdilakukan secara bebas tanpa sebarang halangan.
    2. a) Sebelum hijrah, kegiatan dakwah dan amalan ibadat Islam tersekat akibat tentangan kaum Quraisy Makkah,
    3. b) Madinah dijadikan pusat menyebaran Islam yang baru.
    4. Hijrah telah menyatupadukan penduduk Madinahyang terdiri daripada pelbagai kaum,budaya dan agama.
    5. a) Sebelum hijrah, amalan konsep assabiah memecahbelahkan masyarakat Arab.
    6. b) Suku Aus dan Khazraj yang sering bergaduh atas perkara yang kecil akhirnya dapat disatukan.
    7. Hijrah berjaya mewujudkan persaudaraan Islam yang erat.
    8. a) Ini jelas ditonjolkan oleh kesediaan orang Islam Madinah memberikan bantuan kepeada orang Islam yang berhijrah dari Makkah.
    9. b) Orang Islam Madinah telah diberi gelaran golongan Ansar oleh Nabi MUhammad s.a.w. sementara orang Islam dari Makkah diberi gelaran golongan Muhajirin.

[Read more…] about Kepentingan Hijrah dalam tamadun Islam

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.