Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik

Akademik

KARANGAN- FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Zik · Sep 21, 2022 · Leave a Comment

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum semasa sekolah ini kalau ikut jujurlah, ramai pelajar tak berminat nak turut serta. Terutamanya yang budak-budak nakal nih. Budak-budak nerd biasalah mesti suka tuh.

Namun ianya sebenarnya ada faedahnya dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Nak-nak sekarang ini ada TP 1-6 (untuk sekolah rendah) , petaksiran dalam bilik darjah. Semua tuh dikira markah dan dinilai oleh Guru.

Huraikan faedah menyertai aktiviti kokurikulum disekolah. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba.

ISI KARANGAN.

[Read more…] about KARANGAN- FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Karangan Surat Rasmi- Memohon Biasiswa Persekolahan

Zik · Sep 21, 2022 · Leave a Comment

BIASISWA SEKOLAH

Biasiswa ini biasanya diberikan kepada mereka yang keluarga mereka ada masalah kewangan. Anda ada memohon biasiswa , namun permohonan anda telah ditolak oleh pihak sekolah. Kegagalan permohonan ini pastinya mengecewakan anda. Tulis surat karangan rasmi bagaimana merayu dan pihak sekolah dapat mempertimbangkan semula tawaran biasiswa kepada anda yang betul-betul memerlukan bantuan biasiswa ini.

Tulis surat itu selengkapnya.

 

2240 Jalan Ahmad Maslan,

Kampung Lorong Harimau, 83610 Muar,

Johor Darul Takzim.

___________________________________________________________________________________________________________________________

Tuan Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru

83610 Muar,

Johor Darul Takzim.

18 JULAI 2023

Tuan, Rayuan Permohonan Biasaswa Persekolahan Merujuk perkara di atas, saya Arbaayah binti Basiran pelajar Tingkatan 5 Cekal ingin membuat rayuan terhadap permohonan biasiswa persekolahan. Rayuan ini saya buat setelah Jawatankuasa Biasiswa Sekolah baru-baru ini telah memutuskan bahawa saya tidak layak untuk memperoleh biasiswa persekolahan.

2.         Saya amat memerlukan biasiswa persekolahan tersebut bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga saya. Hal ini demikian kerana, pendapatan bapa saya sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM 750.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Lima Puluh Sahaja) tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Dengan peningkatan kos taraf hidup, kadar tersebut amat kecil untuk membeli barangan keperluan kami sekeluarga. Tambahan pula, keluarga saya masih menyewa rumah dan perlu membayar RM 250.00 untuk sewa rumah tersebut. Oleh sebab itu, kami sekeluarga terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Kehidupan keluarga saya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 3.

3.               Saya juga amat memerlukan biasiswa tersebut untuk membeli barangan keperluan pembelajaran saya. Hal ini demikian kerana, keadaan kewangan bapa saya yang tidak stabil menyebabkan saya tidak mampu untuk membeli buku-buku dan peralatan sekolah. Malahan, yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga tidak mampu dibayar kerana kesempitan hidup. Hal ini amat menekan saya kerana guru tingkatan saya kerap meminta yuran berkenaan. Keadaan ini menyebabkan saya tidak dapat memberikan fokus terhadap pembelajaran. Natijahnya, keputusan peperiksaan semakin merosot sehingga mendapat teguran daripada guru-guru yang prihatin. Saya memahami keadaan ini tetapi saya tidak mampu untuk menanganinya.

4.                Ketiadaan wang biasiswa ini menyebabkan saya terpaksa bekerja sambilan pada sebelah petang di gerai makan. Saya bekerja dari pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam. Saya memperoleh gaji sebanyak RM 15.00 sehari. Tujuan saya bekerja ini adalah untuk mencari wang saku. Namun begitu, pekerjaan ini meletihkan saya sehingga saya tidak dapat memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Malahan, banyak kerja rumah yang tidak dapat saya siapkan kerana kepenatan bekerja. Tahap kesihatan saya semakin terjejas kerana kekurangan rehat. Saya bimbang jika keadaan ini berterusan akan memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan saya.

5.                 Sehubungan itu, saya ingin merayu kepada pihak tuan agar menimbangkan permohonan biasiswa saya ini semua. Saya sangat memerlukan wang biasiswa tersebut untuk mengurangkan beban kewangan keluarga saya. Malahan, wang biasiswa ini membolehkan saya fokus terhadap pelajaran saya. Dengan wang biasiswa tersebut, saya tidak perlu lagi memerah keringat dan bersengkang mata untuk mencari wang. Saya berjanji akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran kerana saya yakin bahawa saya mampu memperoleh keputusan yang cemerlang.

6.                  Saya berharap agar rayuan saya ini mendapat perhatian dan tindakan yang segera daripada pihak tuan. Saya bersedia berjumpa dengan tuan jika diperlukan untuk memberikan keterangan lanjut. Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Arbaayah…. (ARBAAYAH BINTI BASIRAN)

Yang Benar ,

. . . . .Fattah . . . . . . . .

(Muhammad Fattah Amin bin Remy Ishak )

KARANGAN- KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH DIANTARA KAUM

Zik · Sep 14, 2022 · Leave a Comment

perpaduan utuh

Topik ini berat juga sebenarnya. Tapi negara kita malaysia sangat unik, berbilang bangsa dan kaum. Namun ada segelintir yang tak suka dengan keadaan negara kita , mereka jadi batu api.

Perbincangan mengenai topik ini adalah mengenai huraikan kepentingan perpaduan kaum kepada negara yang berbilang bangsa. Tajuk karangan anda hendaklah dari 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH ANTARA KAUM.

[Read more…] about KARANGAN- KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH DIANTARA KAUM

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Interim pages omitted …
  • Page 99
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.