Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik

Akademik

Cara nak semak Slip peperiksaan pelajar (SAPS ibu Bapa)

Zik · Feb 22, 2018 · 2 Comments

SAPS Ibubapa 2018: Semak Keputusan Peperiksaan Online

Apakah itu SAPS?

Slip Analis Peperiksaan Sekolah untuk ibu-bapa. Ini adalah untuk ibu bapa atau penjaga murid/pelajar sekolah sekarang ini memudahkan kita untuk tengok keputusan ujian sekolah diaorang nih. Senang betul sekarang nih. Online jer. Ya, kita sudah berada di zaman cyber, ianya satu kemajuan yang dicapai oleh pihak berwajib dalam melaksanakan tanggungjawab dan memudahkan kerja kita sekarang ini.

Tujuan :

Diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa serta murid membuat semakan secara terus melalui atas talian (online).

Pemantauan prestasi pembelajaran anak-anak.

Hal ini juga berikutan dengan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui serta memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan  melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

Key point dia adalah memudahkan dan pantau. Kalau teruk result tuh, itu yang kena ibu bapa atau penjaga take noted, mungkin kena bincang dengan cikgu atau nak kena tahu apa masalah pelajar tuh, atau mana subjek yang perlu diperbaiki kena tekankan kepada anak.

[Read more…] about Cara nak semak Slip peperiksaan pelajar (SAPS ibu Bapa)

Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Zik · Feb 20, 2018 · 2 Comments

CCRIS,

Apa itu CCRISS?

Ini memang menakutkan buat orang yang ada loan, termasuklah penulis sendiri. Hey takut weyh. Silap haribulan tak boleh keluar malaysia (itu memang dah tahulah kan), semua nak buat loan tak lepas, korang nak buat apa-apa banyak sangkut bro. Loan tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh. Nak makan boleh lah.

CCRISS singkatan kepada Central Credit Reference Information System.

CCRIS bermaksud laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa. Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan. Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak. Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator ‘0’ yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda ‘1’ bermaksud tertunggak satu bulan dan ‘2’ bermaksud tertunggak 2 bulan. Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda. Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS. Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP. Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

credit to carigold.com

[Read more…] about Cara nak semak CCRIS secara online dengan cepat dan pantas

Selamat menduduki peperiksaan spm 2017

Zik · Nov 6, 2017 · 1 Comment

Hari ini merupakan peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm). So buat semua calon spm tahun ini kita harapkan semua dapat lakukan dengan baik sekali. So disini aku ingin berkongsi gambar ucapan selamat maju jaya untuk semua calon. Aku dapat facebook. Haha. Copy paste je. Huhu

 

[Read more…] about Selamat menduduki peperiksaan spm 2017

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 50
  • Page 51
  • Page 52
  • Page 53
  • Page 54
  • Interim pages omitted …
  • Page 99
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.