Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / SELAMAT HARI GURU 16, MEI 2019 , Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

SELAMAT HARI GURU 16, MEI 2019 , Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.

Zik · May 2, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang pada bulan yang lepas, telah memperkenalkan Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu:

Tema Hari Guru 2019.

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”

Guru yang diibaratkan Obor menyalakan api memberi petunjuk kepada setiap murid-murid /pelajar dalam membimbing mereka ke tahap yang optimum menabur bakti kepada negara kita yang dicintai.

“Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat”,

Guru dipandang mulia dan berperanan penting dalam membina dan membentuk kualiti anak didik dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan.

“Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya. Sejajar dengan itu, tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Gelaran obor hemah kepada guru menggambarkan tentang kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion keguruan”,

Logo Hari Guru 2019

logo-hari-guru-2019

Logo Ini Memberi Maksud:

  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Icon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat.
  • Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.
  • hash tag terima kasih guru.#terimakasihguru. Bermaksud , ucapan dari semua pelajar, berterima kasih diatas segala pengorbanan guru selama ini. Bukan kerana nama, wang ringgit dan juga ganjaran semata-mata. Ikhlas dari hati.

Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun, ia merupakan sambutan yang paling bermakna buat guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

Pengorbanan dan jasa guru sebenarnya tidak pernah padam dalam hati sanubari pelajar-pelajarnya.

Semoga info berkenaan Tema Hari Guru 2019 ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan sambutan hari ini.

Namun, oleh kerana Hari guru tahun ini jatuh lagi pada bulan ramadhan, ada yang sudah membuat sambutan hari guru sekarang ini awal bulan mei. Ada juga sekolah yang buat selepas raya, combine dengan hari raya, senang.

SELAMAT HARI GURU di seluruh dunia, tidak kira anda berada dimana.

Share this on WhatsApp

Akademik logo hari guru 2019, maksud tema guru obor hemah menyinari pertiwi, maksud tema hari guru 2019, selamat hari guru 2019, tema hari guru 2019, ucapan hari guru 2019, ucapan selamat hari guru 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.