Tak susah dan tak semudah abc kalau kita dah laluinya. Apepun usaha dan strategi diperlukan untuk kita pergi jauh dalam dunia adsense ini. Amboi ayat macam pro je. Apepun sedikit sebanyak ada juga pengalaman cashout cara dulu dan sekarang lebih mudah. Walaupun ada cas , oklah bagi aku janji masuk dalam akaun maybank aku terus. Huhu. Kalau dulu nak kena isi borang, pergi bank yang ada western union tuh ha. Pung-pang, blur aku nak isi.
Sekarang lagi senang, blog bahasa malaysia/melayu pun google dah senang approve untuk kasi tapau buat duit dengan adsense nih. Tapi dengan blog bm nih kadar rate nya agak sedikit, melainkan kita ada traffic yang kencang dan juga targeted. Lagipun, di malaysia kita yang guna google adwords boleh dikatakan tahap yang serius juga.
Sedikit tips/panduan
Apa yang aku sarankan , perlu ada blog niche. Ini penting, kalau betul-betul kita serius smahu buat duit dengan adsense nih. Tak perlu tinggi-tinggi traffic, yang penting ialah targeted. Kalau korang nak tahu zikrihusaini.com ada pasang jugak adsense nih. Tapi berapa sen jer sehari boleh kaut, itupun traffic berapa jer nih. Huhu. Pastikan niche yang korang buat tuh, korang betul-betul master dan kenalah update. Update biarlah quality dari kuantiti tapi takda hasil.
So, memang bantuan dari blog niche yang lain membantu untuk mencukupkan 100 usd dalam dua tiga bulan sekali. walaupun traffic tak banyak mana pun. Tapi maintain gitu. Tipsnya ialah blog english salah satu nya. Yang lain tuh kena pandai setting dari segi target audience kita. Sekarang masih lagi mencuba mencapai target sebulan sekali cash out. Fuhh susah tuh. Jangan terkejar keyword yang sedang trending jer. Cuba dapatkan traffic yang lebih organic. Biarkan entri yang kita post tuh, agak lambat untuk disiapkan, yang penting ialah kepuasan kita bila kita baca sendiri. Fuhh, rasa puas. Itu bila dah tahap gaban lah kot. Ambik sedikit masa buat entri tuh. Kasi upmmh , cukup semua perisa.
Ini adalah pendapatan aku sendiri pada bulan 7 hari tuh punya. Masa nih rate 1 usd bersamaan dengan RM3.75. Sekarang nih 1usd bersamaan RM 4.32 lebih kuranglah.(ketika entry ini ditulis, akan datang tahu rate berapa agaknya??)>
Tips lain , kena dapatkan ebook panduan adsense version 2.5 dari brader shamsuriyadi nih memang pro. So korang kena bersyukur, sebab di malaysia dah ada orang yang buatkan panduan adsense dalam bahasa melayu gitu. So, kita lebih senang dan faham untuk praktikkan. Kita jer nih nak tak nak jer. Banyak jer dalihnya.
Tekan disini untuk maklumat lanjut.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Khairul Zamri says
Serius tak mahir sangat bab adsense ni bukan mudah juga kalau tak ada panduan yang betul
Tehr says
memang nak kena cari guru terbaik yang ada banyak pengalaman berguna
baru la kita juga boleh berjaya
Uncle Zuan says
pernah tru, tapi iklan tak naik2 pun
Zik says
ada nak kena setting sikit coding dia.. kalau blog bm lah.. blog english.. tak payah setting.
akubiomed says
Sekarang ini blog bahasa Melayu sudah boleh pasang Adsense. Secara terang-terang boleh letak kod Adsense di blog. 🙂
Raihanah Ahmad says
ada coding ek, bagus juga camni kan
lyrics says
traffic dah tinggi..tp nak dpt 1usd seubulan pun susah..hahahah
Zik says
yeke.. mungkin sebab keyword dia senang..
Blogger Top Star says
Rupanya bukan senang nak dapat income mencanak daripada adsense.
perlu kerja keras untuk dapatkannya.
Dila says
wah memangsukar jugak rupanya
shah says
xleh bukak la link rajaadsense tu..cmner nk beli tuh?
Zik says
Boleh beli disini..
https://buy.onpay.my/order/form/revive/259