Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Buat duit dengan youtube, susah ke senang?

Buat duit dengan youtube, susah ke senang?

Zik · Sep 7, 2015 · 12 Comments

Share this on WhatsApp

buat duit dengan youtube, youtube, duit youtube, Nampak macam senang, tapi tak susah juga sebenarnya kalau kena pada caranya. Yang penting kita kena kreatif dan perlukan waktu untuk menjadikan youtube kita itu sebagai sumber pendapatan kita. Semua orang tahu apa itu youtube. Hari-hari bukak youtube, dengar lagu, tengok movies, tengok iklan ke, cara-cara memasak, animal planet lah dan macam-macam lah.

Perlu tahu fungsi youtube.

Bila kita jadi orang yang upload video, kita mahukan views yang tinggi dan jadikan video itu viral seperti virus. Tetapi youtube adalah youtube, bukan facebook. Zaman sekarang orang banyak bukak fb. Tengok video fb pun ada jugak. Tetapi youtube lagi banyak pilihannya dan lebih tersusun dari segi kategori yang ingin kita tonton melalui butang search. Tinggal taip jer apa video korang nak, nanti keluarlah video yang korang nak tengok tuh. Ada banyak pilihan.

Yang menjadi pilihan , mungkin ialah duration dia, kualiti video dia, views yang banyak mesti orang lagi pilih yang lagi banyak views. Si pengupload (akaun youtube) dan banyak faktor juga.

Apa yang penting ialah korang kena ada akaun google dan daftar dalam youtube.com. Senang cerita akaun adsense pun ada sekali harung katanya. Secara ringkasnya. Cara nak buat duit Youtube.

  • Kena ada akaun youtube/gmail.
  • Akaun adsense.
  • Upload video lah.
  • Kena ada internet yang stabi/ laju bak hang

Macam mana skillnya?? Download, upload, ?? Nak download cerita guna tools apa? Lepas tuh upload je ke?? Ada beberapa perkara yang kita kena take note iaitu berkaitan dengan copyright dan term-term yang lain kita perlu elakkan. Lagu tuh kalau boleh kita edit dulu dari moview maker ke.

Macam mana boleh buat duit??

Bila ada orang views tengok kita video dengan jumlah views yang banyak. Maka dapatlah duit (usd). So minimum ialah 100 usd untuk kita cash out. Contohnya satu video kita upload, tiba-tiba video kita nih ramai sangat orang views , jadi viral. Isunya simple jer, kisah kancil dan sang buaya (contoh jerla) . Mungkin jadi viral sebab ia video nih dah lama orang tak tengok, dulu dekat tv jer. So bila ada satu person yang punyai banyak view audience dari fans dia sendiri dan dia share video korang. Views akan tambah dan masyukla. Apepun ia bergantung kepada views negara. Kadar rate duit yang akan dapat tak sama untuk setiap negara. Yang penting mesti kena ada views yang banyak, baru duit tuh ada. Huhu

Copyright.

Ini memang kena ambil serius. Janganlah kita tak buat langsung homework. Download , lepas tuh upload. Cuba jadi kreatif. Namun ada yang kita kena ambil note kadang-kadang ianya adalah hak penyiaran dari sesebuah stesen swasta, kerajaan. Diaoarang ada hak untuk claim video itu. Apa yang pihak youtube akan lakukan ialah block video yang kita penat-penat upload sejam dua. Yang kedua ialah akaun youtube korang mungkin akan diblock. So perkara ini sebolehnya dielakkan. Kadang-kadang video kita dah ok, cuma disebabkan ialah ia mengandungi kontens perkauman, keagaman, extrismist yang terlampau menjadikan video kita akan disekat.

Cuba buat video sendiri.

Itu lagi terbaik sebenarnya macam kebanyakkan sekarang nih malaysia dah ramai sangat youtubers. Jadi ala-ala matlufti, anuar hadi, afiq says, aiman azlan, maria elena, mentol pecah, kyo propaganda, Joseph germani, Aman Wan dan banyakkkk lagi. Memang kreatif diaoarng nih. Semua tuh nama-nama besar dalam malaysia lah. Promote sikit untuk geng youtuber malaysia. Luar negara buat per. Huhu.

So korang nak buat video sekarang mudah je, guna smart phone yang korang selalu online tuh dah boleh dah. Cuma nak dengan tak nak jer. Dengan idea yang ingin diketengahkan dalam video itu sahaja yang perlu korang masukkan. Mungkin boleh dengan isu semasa, kelakar ke, pasal tutorial ke, tips memasak ke, ahh banyak jer. cuma korang jer yang nak kena usahakan.

Kadang-kadangla.

Kebiasaannya anda akan menerima undangan daripada google adsense jika channel youtube anda mempunyai jumlah view yang banyak. Tetapi kalau korang tidak mendapat undangan tersebut, anda masih boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan akaun google adsense.

Tambahkan lagi Populariti Channel Youtube Anda

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan populariti channel youtube korang nih bila dah ada nih. Percuma boleh , berbayar pun boleh kalau banyak modal dan korang betul-betul serius dalam nak buat duit dengan youtube nih. Kena betul-betul fokus satu-satu bidang dulu kalau nak berjaya. Kena cipta satu brand sendiri.

Kalau yang free nih

  1. Memuatnaik video yang unik dan menarik. Paling penting bagi aku ialah kualiti video yang dihasilkan dari resolusi dan imej video tersebut. So korang kena dapatkan video camera yang lebih bagus dia punya HD dia tuh. Haha
  2. Fokus kepada niche dan minat anda. Jika kau betul betul minat atau master dalam sesuatu bidang. Aku bagi contoh yang senang ialah kalau korang pandai memasak. Buatlah video memasak ala-ala chef wan gitu. Santai jer. Kalau tak pandai memasak, suruh mak korang masak. Korang sebelah jadi pengacara , cakaplah  apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nih. Kretiviti diperlukan. So sebelum buat apa-apa video sendiri nih, kena plan betul kasi gempak video nih.
  3. Kumpul ramai subcriber untuk channel youtube anda. Semakin ramai subcriber semakin besarlah peluang anda untuk mendapatkan duit dari youtube. Promosikan channel youtube anda ke social media yang lain seperti whatssap, telegram, facebook, istagram dan macam-macam lagilah. Huhu

Berbayar.

Mungkin boleh melalui google adwords, fb ads, sewa iklan di blog-blog femes, iklan di tv3 (hamboi banyak budget kau). Ingat datuk syukri terlajak laris ker, ok byee. So semuanya ini on cost. Sebolehnya kita kena buat budget dan tengok kemampuan kita untuk menaikkan rating akaun youtube kita tuh. Pelan-pelan kayuh.

So dia punya keyword nya ialah mesti kena buat. Tak buat tak jadilah semua tuh.

Ikutkan aku nak bagi semua tips dan teknik-teknik ninja yang baik punya dalam cara nak buat duit dengan youtube nih. Tapi aku kena simpan korang kena dapatkan ebook ini iaitu “Teknik Mudah Buat Duit Dengan Youtube 4 angka Sebulan” 

Biarpun ianya berbayar, tetapi berbaloi-baloi. Sebab pulangan yang korang akan dapat berlipat kali ganda. Pokoknya korang kena lakukan, dan ada kesungguhan untuk buat duit dengan youtube ini. Jangan fikir nak dapatkan pulangan jer dulu. Biar lambat, asalkan dia punya graf kita akan nampak sedikit-sedikit peningkatan tuh. Kena konsisten dan dapatkan sebanyak mungkin video yang kreatif, biarpun bukan video yang viral dan trending. Tetapi disebabkan kita sudah ada volume fans sendiri dan orang ketagih dengan kita punya karya video sendiri, mereka akan tertunggu-tunggu dengan video kita.

Apa lagi, dapatkan segera. Terlajak laris. Hehe.

Share this on WhatsApp

Tips dan trick buat duit dengan youtube, cara buat duit dengan facebook, cara mudah buat duit dengan youtube, cara nak buat duit dengan youtube, ebook buat duit dengan youtube, jana pendapatan dengan youtube, panduan percuma buat duit dengan youtube, teknik buat duit dengan youtube

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Mus says

    September 8, 2015 at 11:43 am

    pernah sy share 1 video di Youtube.. ABC News, CNN ada minta kebenaran nak guna. dan dorang akan buat bayaran royalti.
    Tapi sayang, video tu bukan saya punya. hurm..

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2015 at 8:52 pm

      sayangnya bro… kalau tak masyuk tuh..hehe

      Reply
  2. akubiomed says

    September 8, 2015 at 12:51 pm

    Menjadi trend membuat video Youtube yang lebih santai terutama memilih genre komedi.

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2015 at 8:54 pm

      biasa memang suka yang kelakar2 punya.. mesti jadi viral…

      Reply
  3. sabree hussin says

    September 8, 2015 at 10:29 pm

    masa awal-awal dulu, aku pernah main belasah je upload video. Aku download video dari Daily Motion kemudian, upload kat YouTube.

    Yes, setengah video memang ada copyright

    Dan setengah video yang protected tu pulak, bila kita dah siap upload, tiba-tiba dia jadi video pasal binatang pulak. Padahal video asal dia benda lain.

    Reply
    • Zik says

      September 8, 2015 at 10:32 pm

      tiba2 pulak jadi pasal binatang..

      Reply
  4. Hafizul says

    September 9, 2015 at 3:59 pm

    Huhu..saya pulak teringin nak jadi terkenal di Utube.. tapi sayang..segan pulak nak tonjolkan wajah yang hensem ni…

    Reply
    • Zik says

      September 9, 2015 at 8:36 pm

      pulaknya..hehe.. tak payah tunjuk muka pun boleh..

      Reply
  5. farzli says

    September 9, 2015 at 6:16 pm

    bab tu aku dah mula berjinak2 ngan youtube..

    tapi tak berapa reti lagi..

    kalo tengok stats malaysia, derang lebih nak hiburan dgn yg kelakar..

    Reply
    • Zik says

      September 9, 2015 at 8:35 pm

      aku nak cuba ketengahkan konsep yang lain… insyallah akan diusahakan.. huhu

      Reply
  6. Uncle Zuan says

    September 9, 2015 at 11:17 pm

    wah boleh buat duit rupanya dengan youtube 😀

    Reply
  7. titan says

    September 15, 2015 at 7:52 am

    kena rajin tambah video kat youtube la lepas ni. hoho..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.