• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tutorial Blog/Nuffnang / Panduan buat duit dengan blog part2 (cara buat duit blog) Pengiklanan third party

Panduan buat duit dengan blog part2 (cara buat duit blog) Pengiklanan third party

Zik · Mar 18, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

buat duit dengan blog, make money with blog, duit blog,

Buat duit dengan blog buat omongan kosong lagi sekarang ini. Ada yang sudah menjana pendapatan 10 ribu sebulan. Kiranya menjadi pendapatan tetap, kerja tetaplah macam tuh. Ada juga yang buat secara part time jer, bila ada masa lapang dia akan blogging. Ada juga rakan aku tuh, kerja kerajaan memang gaji dah besar dah. Tapi masih juga blogging, dan income blogging dia jangan cakaplah memang banyak. Tapi still juga masih kerja kerajaan. Sebab blogging bagi dia sekadar mengisi masa lapang dan itu memang passion dia. Itu hak masing-masinglah, takpela aku jadikan sebagai inspirasi.

Lain pulak ceritanya dengan aku pasal buat duit dengan blog ini. Banyak ragamnya. Huhu, korang kalau rasa tak mampu untuk baca, jangan bacalah. Memang panjang berjela-jela aku akan story mory nih. Seperti yang lain, aku ketika masih menulis entri ini, aku adalah penulis part time blog lagi. masih lagi dengan kerja makan gaji. Tapi ada banyak buat kerja online juga, niaga online. Itu semua akan diperbincangkan untuk entri akan datang barangkali.

Sambungan dari part1 buat duit dengan blog

Part1 adalah general jer sebenarnya. Memangla ada cerita semua aspek. Tetapi tidak menyeluruh dan cara bagaimana untuk implimentasikannya. Ada yang senang ada susah, ada yang ambil makan masa ada yang senang jer terus buat duit.

Semuanya itu memerlukan strategi dan cara yang betul.

Pengiklanan pihak ketiga (third party) .

Ini memang ramai orang buat, boleh dikatakan hampir 95%peratus blogger malaysia letak iklan third party. Contoh pihak ketiga nih banyak, cuma yang betul2 buat duit tak banyak sebenarnya. Semua tuh memerlukan traffic yang tinggi selain punyai skill individu bagaimana nak tingkatkan jumlah click tuh bukan mudah. Ia kebarangkalian untuk mendapat click per cpc tuh banyak ialah dengan adanya blog niche.

Pengalaman buat duit dengan blog.

Ok. untuk edisi kali ini aku nak sharing pengalaman aku buat duit dengan blog dari blogspot sampailah guna wordpress, dan juga platform yang lain. Biasalah dalam blogging ini ada suka dan duka.

Local, dalam negara.

Buat duit dengan Nuffnang .

menggunakan platform blogspot pada ketika itu, iaitu blog pertama dalam blogspot ialah zikrihusaini.blogspot.my Ini adalah pengalaman yang pertama sekali aku dengan blog. Buat duit dengan nuffnang pada asalnya aku ingat macam boleh ke tak buat duit dengan blog nih. Aku ada google pengiklanan dengan nuffnang. Aku menggunakan platform nuffnang dengan sebagai third party lah. Sebab nak dapatkan pengiklanan dari company atau personal pada permulaan blogging memang takda langsung. Sebabnya aku punya traffic pada mula-mula pun tak konsisten.

Jumlah aku dapat dengan nuffnang lebih kurang seribu lebih juga. Ambil masa juga dia nak naik earning blog tuh. Mula-mula naik dari 25posen, tak naik-naik. Aku heran jugak kenapa ada blogger lain boleh update blog buat entri pasal nuffnang nih, dapat naik dalam rm 20 ringgit seminggu. Untuk makluman nuffnang dia akan update earning dalam seminggu sekali kalau tak silap akulah masa dulu tuh. Sekarang aku kurang pasti.

Aku sepatutnya cerita bila dah dapat check tuh.  Dulu memang eksaited gilerlah masa first time nak dapat cheque pertama dari nuffnang nih. Bukan senang. Sayang pulak aku tak ambil gambar. Last aku cashout kalau tak silap tahun 2011 kot. Itulah last, dan aku tamatkan riwayat dengan nuffnang.

Entry mengenai nuffnang.

Tunggu angpaw dari nuffnang 

Cheque angpaw dari nuffnang sudah sampai 

Jana pendapatan blog dengan nuffnang. 

Kelebihan nuffnang.

  1. Dia support untuk blog bahasa malaysia, dan english.
  2. Bukan scam. yer kalau tak mana mahunya semua orang nak register.
  3. Ada graph traffic dan keyword analytics macam google analysistc tapi lagi details sebab ada keyword yang masuk tuh.
  4. Ada buffered earning (sekarang dipanggil…), yang ini para blogger memang suka kalau ada buffered earning. Ia ibarat iklan kempen yang berlangsung dalam blog kita tuh. Boleh dapat dalam berpuluh-puluh ringgit tuh kalau kita dapat. Nak tahu kena login dekat dashboard blog kita . (dululah, sekarang tak tahu ada lagi ke tak?).
  5. Join free, bukan bayar pun.
  6. Minimum cashout rm 50ringgit.
  7. Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk The Largest Bloggers Gathering.
  8. Berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.

Aku tinggalkan nuffnang, sebab masa tuh aku dah dapat apply innity. Aku mahu terbang lebih tinggi. Yer aku akui nuffnang banyak kenangan bersama nuffnang. Ada kempen, aku tak joinlah, aku tak rajin join event yang dianjurkan oleh Nuffnang. Masa tuh nuffnang memang jadi kegilaan para blogger. Zaman 2008- 2011 lebih kurang gitulah.

Kelemahan nuffnang.

  1. Proses cashout terlalu lama. Kena pakai check, buang masa dalam 60 hari baru dapat. Dah dapat nak kena clearkan cheque dulu pergi bank pulak dah buang masa, duit, parking dan sebagainya.
  2. Traffic tinggi, tapi income? sikitlah, tak berbaloi-baloi. Kena yang dapat traffic tinggi , mahu nuffnang nak bayar?? huhu..
  3. Tidak boleh meletakkan iklan yang sama konsep seperti syarikat pengiklanan Nuffnang seperti Advertlets, Innity dan Mangga Ads. Kesannya boleh menyebabkan status anda sebagai Glitterati ditarik balik.
  4. Iklan yang jarang muncul hanya pada masa tertentu sahaja.
  5. Iklan kempen CPM atau Buffered Earning sangat sukar diperolehi.
  6. Perlu kerap menjawab survey untuk memudahkan peluang anda mendapat Buffered Earning.
  7. Kemaskini untuk jumlah Earning yang lama mengambil masa satu minggu iaitu setiap hari Isnin atau setelah tamat sesuatu kempen.

Ada yang menjana pendapatan dengan nuffnang lebih kurang 1000- 10000 sebulan. Masa tuh siapa yang dapat atau rajin join event diaorang dapatlah banyak bayaran campur dengan traffic blog. masa tuh anak emas nuffnang kenny ooi, cik epal, dark batman, cikgu eyriqazz, Beautiful Nara (femes masa tuh, sekarang pun femes jugak) dan sewaktu dengannya. Kita bukan blogger yang rajin dengan nuffnang sebab kita ini lebih kepada underground blogger.

Nak join nuffnang? Untuk blogger permulaan dulu aku rasa bolehlah join, tapi aku tak galakkan. Lebih baik join under dollar punya lagi berbaloi. Tengok entri dibawah ini nanti.

Buat duit blog dengan Innity.

Innity bukan calang-calang blogger boleh dapat. Aku masa tuh traffic pun dah kencang jugakla (biasa-biasa jer bruhh). Masa tuh requirement untuk lulus belum tinggi lagilah macam sekarang ini. Masa tuh requirement kalau tak silap dala sebulan mestilah sekurang-kurangnya 20 ribu unique visitor dan pageviews lebih kurang 50 k. Aku pun dah lupa. Sekarng makin tinggi kalau tak silap 40 ribu unique visitor dan pagevies dalam 200ribu,. Apepun semua itu bergantung kepada budi bicara pihak innity.

Aku sekali jer apply terus lulus dalam 2-3 jam aku apply. Ada yang apply berkali-kali tak lepas. Kena tunggu berapa bulan baru boleh apply balik. Bukan senang.

Cara nak dapatkan traffic tinggi dengan blog? Aku ada cerita sedikit tuh pasal tingkatkan traffic blog masih lagi part 1 dan ianya terlalu basic(asas). Untuk tinggi traffic ini memerlukan masa yang lama. Bagi aku ialah dapatkan kualiti entri yang padat dengan info itu lagi baik dari entri yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Buat kaw-kaw punya. Ibarat killer entri lah senang cerita.

Aku punya suggestion untuk dapatkan traffic banyak buat pasal tutorial. Cara-cara. Itu memang banyak carian google. Contohnya cara nak pakai tudung shawl. Contonya jerla. Buat part1, part 2, ianya bersambung-sambung. Selain itu, tajuk-tajuk sebolehnya elakkan yang terlalu hype, tapi isi hampeh . Itu yang orang selalu marah dekat media sosial , facebooklah.

Kalau korang buat entri yang ,mantap, aku yakin dan percaya mesti ramai yang share dan like korang punya entri meletup di facebook. Tapi kalau boleh kita dapatkan entri yang lebih mesra google,, search engine . Bukan mudah,tetapi kena tahu pasal SEO , kena belajar lagi dan lagi pasal SEO ini. Memanglah SEO sekarang ini sudah berubah algorithm dia. Tapi basic dia masih sama lagi. Korang kena banyak belajar lagi pasal dunia seo ini ok.

Dah confident nak register innity??

Daftar disini.

Mahu ingat yer, mesti dapatkan traffic yang kencang dulu, dan juga kualiti kontent. Pihak innity tidak akan senang-senang nak bagi lepas. Sebab dia nak bagi win-win situation. Kita untung , dia pun untung. Cewwahh..

Pendapat mengenai innity.

Ada jatuh bangun juga mengenai innity.

Dulu masa ramai juga yang lepas innity tuh, kita terkena serangan malware dengan blog kita pun kena serang juga. Menjajau nak clearkan malware dekat blog tuh. Terpaksa login dari belakang, untuk buang code innity sementara waktu tuh. Income memang ada drop lah . Mahu tak mahu kenalah buang kejap kasi pihak innity clearkan masalah ini.

Income .

Banyak juga aku dapat, pernah sebulan sekali aku dapat duit dengan innity. Minimum cash out masa tuh hingga sekarang tetap sama rm 100.00 sekarang dua bulan sekali baru dia cashout yang penting cukup 100. Baru boleh dia cashout . Sekarang alhamdulillah, aku dalam setiap dua bulan memang mesti lepas untuk lebih rm 100 dalam sebulan. Income tak boleh nak screen shot, sebab takdibenarkan dalam innity kalau tak silap akulah.

Kelebihan

  1. Masuk terus bank in.
  2. Bukan scam
  3. Lagi traffic tinggi, lagilah banyak income (ikut campaign). cpm, cpc, etc. huhu
  4. 2 bulan sekali cashout rm 100 minimum.

Total dalam ribu-ribu jugakla. Tapi belum puluh ribu semuaya. Aku tak kira lah dari mula sampai sekarang .Sehingga hari ini aku masih lagi menggunakan innity dalam pendapatan blogging ini. Menggunakan platform wordpress zikrihusaini.com

Luar negara, USD dollar. 

Untuk pengikalanan luar nagara lagi masyuk sebenarnya sebab ianya dibayar dengan dollar. Ikutrequirement miniumu kena cukupkan berapa dalam tenpoh-tempoh tertentu ikut syarikat jugalah. Ada yang hari-hari, ada yang bulan, ada yang kena cukup 10 usd dah boleh cashout , ada yang kena cukup 100 usd sebulan baru boleh cashout. Semua tuh masing-masing punya syarikat syarat. Sebab diapun nak pusing mpodal atau didia punya cash flow kewangan dia ok.

Bidvertiser.

Merupakan alternatif bagi blogger yang tak lepas untuk apply Adsense. Yang bagusnya bidvertiser dia boleh cashout melalui paypal jer pun boleh. Minimum 10 usd dalam sebulan dah lepas dia akan cashout dalam bulan berikutnya. Dia cashout setiap sebulan bila dah lepas 10 usd. Pengalaman dengan bidvertiser nih ada jatuh bangun jugalah. Ada pernah juga kena serang malware macam innity tuh juga.

Baca lanjut mengenai bidvertiser disini. Aku dah story banyak pasal bidverser sebelum ini.

Aku ada letak di blog ini pada asalnya. Mula-mula aku ingatkan scam ke Rupa-rupanya tak. Aku dah tak letak kat blog ini sebab banyak sangat letak iklan dekat blog orang akan komplen pulak. Itu yang kita kena jaga hati pembaca para blogger dan juga visitor. Lagipun sekarang nih pun orang dah komplen jugak tuh. Aku letak innity dengan adsense jer sekarang nih. Cuma selingan kadang-kadang untuk program affiliate ada juga (kadang-kadang). Akan dikupas untuk part 3 ke yang akan datang pasal affiliate ini.

income bidvertiser, pendapatan bidvertiser.com, jumlah earning bidvertiser.com, bukti pendapatan bidvertiser.com Income dengan bidvertiser , masih relevant dan boleh jadi passive income.

Ingat semua manis jer ker. Semua ini buat terus dapat duit ke? Ada juga program-program yang scam.

Contohnya ialah Advertlets. (Josm Lim) 

Ini aku tak ralat dan tak kisah pun, aku tak letak dengan blog utama, letak di blog suka-suka jer. Memang dah tahu adverlets nih pun kira pesaing nuffnang pada waktu itulah. So aku tak campur dengan letak iklan nuffnang dalam blog. Ada juga blogger yang letak dua sekali gus.

Tak pernah cashout,dalam berapa ringgit jer aku dapat kot. Pasword pun aku dah lupalah, haha. Sekali bila aku blogwalking, ramai yang komplen dari advertles nih memang kes banyak yang tak bayar dekat lblogger yang sudah boleh cashout. Dia agak liat nak bayar, kecuali dia punya penjilat tegar dia jer. Aku pun malas nak cakap banyak ,terus buang code, fokus iklan yang lain, macam bidvertiser.com.

Ada yang dia bayar, tapi dia punya timeframe nak bayar tuh memang cukup lama. Dahla pakai check, tunggu punya tunggu. Lama beb. Masa tuh cikgu titan pun ada buat entri ,barulah dia bayar, itupun dia tak habis bayar. Advertlers adalah gagal dan SCAM.

Cubalah korang google pasal josh lim tuh. Josh Lim penipu ke apa ke. Adalah keluar benda yang tak elok didengar. Tak tahulah Adverlets tuh masih wujud ke atau dah bankrup?? haha. teruk betul kan aku.

Local kebanyakkan ada juga yang bayar, ada juga yang dah bankrup sebab tak dapat nak tarik advertiser. Ikutkan ada banyak lagi company syarikat pengiklanan yang buat untuk blogger malaysia. Macam mangga ads, panduan 701. dan sebagainya. Tapi semua tuh dah bungkus. Sebab bukan senang nak bertahan dengan syarikat macam ini. Pesaing ada. Tapi kita kena pandai cari advertiser itu jer yang boleh kasi up untuk syarikat third party pengiklanan dalam dunia blogging.

Nuffnang we miss you. 

Yang masih bertahan sehingga sekarang ialah nuffnang jer yang dekat malaysia nih.  Yang lain aku kurang periksa. Walau apasekalipun , aku tetap salute pada nuffnang sehingga ke hari ini masih lagi bertahan tambah dengan ianya bukan scam. Dan macam-macam suka duka aku bersama dengan nuffnang ini.

Daftar dan buat duit dengan nuffnang.com.my

Buat dengan Popads.net.

Buat duit dengan PopAds.net merupakan buat duit online dengan blog yang paling senang sekali. Sebab traffic dalam sehari 100 uv pun dah boleh dapat earning dalam berapa sen gitulah.Apa yang penting ia boleh ganti adsense sebagai alternative kita kalau nak apply adsense pun bukan sesuatu yang mudah gitu. Lagipun ia dbayar dengan USD bro!!. 1 usd lebih kurang rm 4.30 ketika entry ini ditulislah kan. 10 usd dah rm 40 lebih tuh. Kan lumayan!
Kelebihan daftar popads.net!
1. Senang nak approve, tak payah tunggu dua tiga hari. Nak approve . 
Tak macam adsense, dan yang lain-lain punya program pengiklanan, terlalu leceh, banyak cekadak. Banyak peraturan nak kita kena follow. Tiu tak boleh, ini tak boleh. Silap sikit , kena warning, kena repair balik content apa yang patut. Nak tengok contentlah, nak tengok traffic, nak tengok theme dan sebagainya . Ianya banyak membuang masa sebagai kita yang nak cepat terus buat duit dengan blog nih. Tak sabar bro! .Sebab apa ianya menjadi pilihan untuk kita buat duit dengan popads.net ini ialah senang nak approve website blog kita yang kita nak apply tuh. Cuma isi beberapa details, tunggu berapa jam, dah approve website kita tuh. Kalau tak lepas pun boleh apply lagi, kena betulkan beberapa setting yang kita salah set tuh. Kemudian, kita apply lagi, tak lama terus approve. Boleh cuba banyak kali sampai lulus.
2. Cashout on the spot. 24 jam!
Yang keduanya ialah kita boleh keluarkan duit kita yang dah dapat tuh sehari jer apply terus boleh cashout masuk ke akaun paypal, payza, payoneer dan sewaktu dengannya. Yang penting dah lepas 5 usd untuk paypal akaun lah. Lagi cepat korang cashout, lagi cepat dia terus transfer ke akaun paypal kita. Dalam 2 jam , kalau cepatlah kita apply cashout, Boleh guna paypal akaun, payza, payoneer (100 usd minimum).
3. Earning update time to time. (live). 
Maksudnya ialah earning yang kita dapat tuh, dia terus update dekat dashboard popads.net kita tuh. Memang senang dan kita terus dapat tahu berapa duit yang kita dapat dalam sehari, ikut setiap minit dia akaun update live earning kita sama seperti google adsense.
4. Support yang cepat dan tangkas.
Ada apa-apa masalah korang boleh terus refer ke technical support. Tanya ada apa masalah, tak keluar coding ke macam ne, apa-apalah. nak tanya.
5. Bukan scam. 
Popads.net bukanlah program scam yang kita kenal. Lagipun aku dah cashout dekat 7 kali. Ini aku kasi tunjuk kat korang bawah ini bukti aku dah dapat cashout dalam sebulan banyak kali cashout. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang 2 minggu sekali. Kadang -kadang kalau terdesar sehari jer aku dah boleh cashout terus. Lagi banyak cepat cashflow dapat duit jer, dan request keluar duit selalu, lagi cepat dia approve untuk masuk terus ke akaun korang contohnya paypal.

6. Referral system. 

Hah yang ini aku suka, bila korang dah gunakan pengiklanan dengan popads.net ini, korang pun boleh promote suruh orang lain , blogger yang lain daftar popads.net. Korang juga akan dapat komisen, 10 percent dari income dari yang mereka daftar under link yang akan diberikan dalam refereal section. Yang ini tak wajib promote. Tapi kalau boleh kita usahakan dapatkan income jer , dari duk promote, belum tentu blogger lain akan join. Tapi bila korang buat post, kemudian promote dekat blog lain ke yang femes. Boleh jadi, kira dah jadi passive income tuh kalau ramai yang join. Tapi bukan mudah, aku lebih menyarankan korang letak je iklan , macam biasa. Buat earning kaw-kaw sampai dapat seratus usd sehari Lepas tuh buat entri, pasal popads.net , income yang ke 13, 500 usd contonhnya lah.. Hah, mesti ramai yang nak daftar dengan popads.net ini.
Aku sudah dapat dalam ratus usd untuk pengiklanan popads.net ini. Tak banyak, sebab iklan ini menjengkelkan pengguna mobile terutamanya. Itulah kelemahan iklan popads.net ini. Selain itu, ia kadang-kadang keluar iklan yang tak sepatutnya tuh. Huhu.

Daftar disini:
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Boleh ke pasang iklan popads.net campur dengan adsense? 

Jawapan aku , boleh sudah tentu. Cuma dari segi earning adsense korang tuh akan drop. Kalau asalnya traffic sama, dapat dalam 1 usd sehari contohnya, kemungkinan besar earning adsense korang tuh akan turun tak sampai 1 usd, bahkan dalam seposen jer kot?

Minimum cash out .
Paling sikit minumum untuk cashout ialah 5 usd. Kalau guna paypal punya akaun. Secara kesimpulannya ialah:
  1. $5 untuk PayPal
  2. $20 untuk Payoneer
  3. $2,000 untuk Wire Transfer (bank akaun korang tuh)
  4. $5 untuk Payza
Senang giler dan cepat masuk ke dalam akaun paypal korang tuh ha .  Jom daftar disini.
Buat duit blog dengan revenuehits.com 

RevenueHits tidak seperti rangkaian pengiklanan yang lain adalah rangkaian pengiklanan berasaskan prestasi. Ia adalah satu rangkaian pengiklanan CPA berdasarkan yang membayar sekitar $ 20 usd dalam eCPM yang membantu anda membuat duit dengan blogging.
Tidak kira apa jenis laman web yang anda miliki, Revenuehits memaparkan iklan / menawarkan bergantung kepada traffic  yang dibawa oleh penerbit dan bukan pengiklan keperluan. Sejak Revenuhits ialah Kontekstual Rangkaian Iklan Geo disasarkan dan, ia disesuaikan mengikut trafik blog anda menerima lebih daripada apa yang anda bawa masuk trafik pengiklan yang memerlukannya.

Apakah senang untuk mendaftar dengan RevenueHits?

Jika anda telah digunakan untuk mana-mana rangkaian pengiklanan seperti Google Adsense atau Media Iklan, anda tahu betapa sukarnya dan banyak benda yang korang kena ikut dan konsisten untuk mendaftar dan kemudian tunggu kelulusan sebelum anda boleh mula membuat Duit dari blog.
Paling teruk langsung tak  dapat apa hanya buang data untuk laman web anda je.. Tetapi dengan RevenueHits anda boleh cuba. Mengapa?
Kerana ia tidak mempunyai apa-apa keperluan dan hampir mana-mana laman di bawah matahari boleh mendaftar dengan RevenueHits dan mula membuat duit dari blog dari hari pertama anda join.
Minimum cash out. 
Dalam rm 20 usd korang dah boleh cashout untuk program seperti revenuehits.com. Bila dah cukup dah boleh request button di dalam dashboard revenuehits.com.
Walau bagaimanapun, jika anda telah memulakan blog baru, saya tidak akan mengesyorkan pergi dengan rangkaian ini atau dalam hal ini mana-mana rangkaian. Jika anda mempunyai apa-apa kesukaran dalam membeli domain, ciri-ciri hosting rumit atau ingin berhijrah dari blogger untuk WordPress, anda boleh mendapatkan perkhidmatan  klik di sini untuk revenuehits.com . 
Kelemahan.
Cashout terlalu tinggi, dalam rm 20 usd dah cukup baru boleh keluar duit, tapi tunggu bulan depan baru boleh dapat. Kalau traffik tinggi boleh lah enang cukup 20 usd sebulan dapat.
Mobile traffic diperlukan. dan tidak mesra pengguna.
Ianya menjadi sulit dan bengang untuk pengguna mobile, sebabnya sekarang ini memang ramai pengguna handphone dalam dunia online sekarang ini.
Daftar dibawah ini:

Buat duit dengan blog, Adsense.

Adsense merupakan titik tolak diantara idaman para blogger. Ramai yang cuba apply tapi tak lepas dan tak berjaya buat duit dengan blog. Aku pernah dulu mula-mula apply pakai blogspot mula-mula pakai blog bm. Itu kesilapan aku. Memang tak lepas. Kiranya aku dah mula apply masa zaman nuffnang dulu jugak tuh. Tapi bila dah tak lepas aku buat account lain. Buat blog dalam bahasa english.

Aku buat post dalam berapa post. biarkan dia dalam selang dua tiga bulan Barulah aku apply. Sekali apply jer terus google adsenseapprove.

Kesilapan aku. 

Aku tak usahakan buat duit dengan adsense ini. Masa tuh adsense tak berapa nak femes rasanya. Tapi masa tuh sifu aku ada tunjuk dan bagi suruh apply dan buat dekat blog. Yerla blog english aku agak lemah nak menaip. Ada topik yang nak dibincangkan tapi macam ambil masa yang sangat lama.

Dah aku biarkan blog niche english tuh, 2-3 tahun aku biarkan. Tiap tahun aku habiskan duit bayar hosting dan domain macam tuh jer. Kiranya aku menanggung kerugian jer untuk beberapa tahun. Aku usahakan sebaik mungkin dengan nuffnang jerla masa tuh.

Aku mula serius dengan adsense bila google adsense dah boleh dengan blog bahasa malaysia. Tahun berapa tuh aku tak ingat 2012 kalau tak silap. Aku biarkan jer letak dekat blog BM ini, zikrihusaini.com dan juga letak di blog niche yang lain tuh boleh tahan juga income dia. Nak cukupkan 100 usd tuh perit jugak.

Ambil masa dalam 4-5 bulan untuk cashout. Masa first tuh aku ingatkan tak boleh nak cashout. Sebab masa tuh kita dalam zaman pakai  Western Union. Siap tanya aku punya bos, sifu aku macam mana nak keluarkan duit dari adsense. Nasib baik boleh keluar. Tapi itu kenanganlah bagi aku tuh, sebab nak kena isi borang. nama pun jangan salah tulis tuh.

Kemudian google adsense dah boleh pakai wire transfer. Masuk terus bank in. Senang . Aku pakai terus alternative tuh. Yerla aku masa agak terhad kan. So terus setting ke auto payment wire transfer.

adsense, pendapatan income adsense

Bukti adsense masuk setiap bulan ke akaun bank. Masyuk woo setiap bulan dapat lebih 100 usd .

Nak dapatkan 100 usd tuh satu cabaran yang agak sukar sebenarnya. Bukan senang nak dapatkan 100 usd. So, aku start create buat content yang lebih umpph di blog niche tuh. Barulah boleh dapat dalam sekitar 5usd sehari untuk google adsense. Semua tuh ambil masa , bukan sehari dua. Makan tahun, dalam 4, 5 tahun.

Tapi kunci kejayaan dalam meneruskan buat duit dengan blog bukanlah pengiklanan semata-mata. Boleh jer buat duit dengan cara lain dengan blog. Untuk masa ini aku masih lagi menggunakan khidmat google adsense sebagai pendapatan aktif aku. Tapi untuk akan datang, mungkin aku sudah tidak guna lagi. Tapi kita tak tahu sampai bila. Kita kena create content yang lebih mantap untuk dapatkan reader yang pembaca setia blog itu bukan usaha yang senang dan mudah.

Aku juga melalui proses pembelajaran dari masa ke semasa untuk pergi lebih jauh dengan. Belajar dari ebook buat duit dengan blog adsense.

Share this on WhatsApp

Tutorial Blog/Nuffnang buat duit blog dengan pengiklanan, buat duit dengan, buat duit dengan blog pakai wordpress, cara buat duit dengan blog, cara buat duit dengan blog dengan medium pengiklanan, cara nak buat duit dengan blog pakai blogspot, panduan buat duit dengan blog

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anuar says

    March 18, 2018 at 4:07 pm

    Ada byk peluang buat duit dengan blog ni sebenarnya… cuma tinggal nak kena rajin jer..

    Reply
  2. encikhafiz.com says

    March 19, 2018 at 9:04 am

    Adsense tu lubuk duit, hehehe. dan advertlets aku rasa paling !##%$%& sekali 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss