• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara nak bayar zakat fitrah secara online selangor 2020

Cara nak bayar zakat fitrah secara online selangor 2020

Zik · May 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

Berikut adalah cara untuk bayar zakat fitrah bagi negeri selangor darul ehsan. Menunaikan zakat merupakan rukun islam yang ke 4 bagi mereka yang mampu.  Ada banyak link website untuk selangor bagi membayar zakat fitrah bagi tahun ini 2020. Boleh bayar melalui apps boost pun boleh.

LZS (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR) telah menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian bagi memudahkan umat Islam membayar zakat terutama semasa PKP. Menjimatkan masa, kos, dan terhindar dari tularnya wabak covid19. Mufti pun sudah membuat muzakarah, dibolehkan untuk membayar zakat fitrah tahun ini secara online.

Tetapi ada juga buka kaunter secara tertutup bagi mereka yang tak pandai nak bayar secara online ini. Cuma nak kena jaga dari segi social distanding, tangan mungkin kena pakai sarung , pakai facemask. Cuma agak terbatas, tak macam sebelum ini. Ikut garis panduan yang telah ditetapkan. 

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan zakat fitrah bagi umat Islam di Selangor tahun ini kekal RM7 seperti tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Saipolyazan M Yusop berkata, ia selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengekalkan kadar zakat fitrah pada tahun ini.

“Penetapan kadar zakat fitrah RM7 berdasarkan harga bagi 2.6kg beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan masyarakat di Selangor,” katanya pada sidang media.

LZS menggalakkan golongan yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

Saipolyazan berkata secara tidak langsung umat Islam berpeluang melakukan kebaikan dalam meraih keberkatan Ramadan.

“Kadar zakat fitrah sebanyak RM14.00 seorang bagi individu yang makan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, atau beras wangi, atau RM21.00 seorang bagi individu yang makan beras basmathi, beras Jepun, atau beras merah,” katanya.

Dalam pada itu, LZS sedar ramai orang Islam hilang punca pendapatan dan mungkin termasuk dalam golongan tidak berkemampuan semasa perintah kawalan pergerakan dan kesan wabak Covid-19 ke atas ekonomi.

Oleh itu, individu yang terbatas kemampuan ekonomi ketika ini boleh menunaikan kewajipan zakat fitrah mengikut kemampuan diri dan keluarga.

Senarai tempat yang boleh bayar zakat secara online.

  • EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my
  • Perbankan internet di 9 bank iaitu Public Bank, Hong Leong Bank,
    Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance Bank
  • Portal MyEg
  • Pos Online
  • Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.

LZS turut menempatkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan masyarakat mengakses terus platform pembayaran atas talian EzakatPay.

Umat Islam juga boleh membuat pembayaran fidyah secara dalam talian di EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my.

Panduan cara bayar zakat fitrah selangor darul Ehsan. 

Zakat selangor.my

pergi ke tempat bayar zakat fitrah disini.

cara bayar zakat fitrah selangor

 

Masukkan details peribadi anda.

  1. NAMA PENUH
  2. NO KAD PENGENALAN,
  3. NO TELEPON DAN
  4. PILIH JENIS ZAKAT.
  5. PILIH ZAKAT FITRAH,
  6. OK TEKAN BUTANG SETERUSNYA.

CARA BAYAR Zakat selangor,

Pilih jenis beras yang korang makan. Beras harian ya. Rm 7, Rm 14, dan Rm 21. Biasa macam saya, memang makan beras biasa. So rm 7, bagi yang makan beras wangi dan basmathi sila jujurkan diri anda.

 

cara bayar zakat fitrah selangor,

Bahagian tanggungan itu termasuk diri anda sendiri bagi yang berkeluarga. Kalau ada anak angkat itu pun dikira tanggungan.

Dibawah itu ada tulis jumlah bayaran. Dan confirm semua, tekan butang seterusnya proceed ke stage ketiga. Bayaran.

cara bayar zakat fitrah selangor

Ada tiga kaedah pembayaran zakat fitrah secara online ini, iaitu fpx, guna ewallet touch and go dan Jom pay. Ikut mana-mana yang senang lah ok. Rasa guna apps pun ok kalau e wallet korang ada duit. Tak cukup boleh topup jer kan.

Resit.

resit zakat fitrah selangor,

Last sekali bila dah buat bayaran melalui apps touch and go , jom pay atau fpx payment. Nanti dia akan ke resit bayaran zakat. Korang boleh print atau simpan as pdf file format.

Sekian itu sahaja. Mudah bukan??

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman bayar zakat selangor, cara bayar zakat fitrah secara talian, cara bayar zakat fitrah selangor secara online 2020, panduan bayar zakat fitrah selangor 2020, tutorial cara bayar zakat fitrah selangor secara online 2020

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: