Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Kadar zakat fitrah Johor, RM7 dan RM10 2021, 1442H

Kadar zakat fitrah Johor, RM7 dan RM10 2021, 1442H

Zik · Apr 29, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam negeri Johor (MAINJ) telah menetapkan kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 pada tahun ini. Ini Bermakna sama macam tahun lepas. Tiada kenaikan.

Bagi yang makan beras biasa, tempatan RM 7 seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanti, berkata kadar zakat fitrah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

Bagi yang makan beras wangi Basmathri, RM 10 seorang. 

Sementara, kadar RM10 bagi umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

Baca juga : Cara bayar zakat fitrah  Johor secara online 

“MAINJ mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi penetapan dua kadar zakat fitrah tahun ini.

“Kadar pembayaran zakat boleh dibuat menerusi tiga cara, iaitu dalam talian, amil zakat fitrah dan kaunter zakat MAINJ setiap daerah. Bayaran melalui atas talian boleh dibuat di Zakat Johor Online Payment di http://www.epayment.maij.gov.my.

“Tahun lepas bayaran zakat 100 peratus dibuat menerusi dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami banyak menerima aduan dari orang kampung menyatakan kesukaran mereka. Tahun ini seramai 1,648 amil telah dilantik seluruh negeri ini dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah.

Kalau nak bayar kepada amil, kena ikut SOP yang telah ditetapkan. 

Semua pihak termasuk amil dan pembayar zakat mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media selepas Majlis Tautan Ukhwah di Holiday Villa di sini, hari ini.

Target kutipan zakat fitrah RM 19.9 juta. 

Menurut Tosrin, pihaknya mensasarkan pungutan zakat fitrah pada tahun ini RM19.9 juta dengan anggaran 2.2 juta umat Islam di negeri ini.

Katanya sasaran itu mengambil kira keadaan ekonomi semasa, dengan nisbah 60 peratus adalah pembayar kadar RM10 dan 40 peratus bagi pembayar kadar RM7.

“Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

“MAINJ memperuntukkan sebanyak RM14.8 juta bantuan hari raya kepada fakir dan miskin pada tahun ini. Seramai 33,025 ketua keluarga layak menerima bantuan ini membabitkan 7,846 bagi keluarga fakir dan 25,179 bagi keluarga miskin.

“Selain itu, seramai 10,659 saudara baharu dan Orang Asli menerima bantuan raya RM300 setiap orang dengan jumlah perbelanjaan RM2.2 juta,” katanya.

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman berapa kena bayar zakat fitrah johor 2021, kadar zakat fitrah johor 2021, zakat fitrah 2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.