Dalam keusahawanan perlu adanya cabaran, seperti dalam perlumbaan, silap langkah pasti akan tersungkur! Tetapi tidak boleh berputus asa.
Cabaran seorang usahawan perlu diharungi,dari segi dalaman dan luaran.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Asam garam dalam perniagaan/keusahawanan.
Pelbagai rintangan dan cabaran harus di tempuh dan di lalui biarpun sangat pahit untuk ditelan. Ungkapan ini di ertikan sebagai salah satu anjakan paradigma yang perlu ada untuk terus berjaya dalam bidang usahawan. Cabaran inilah yang menjadikan kita lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan dan penyelidikan yang lebih mendalam dalam konteks asam garam dalam business usahawan.
Cabaran keusahawanan.
Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang suka kepada cabaran. Cabaran kepada usahawan diibaratkan seperti layang-layang dengan angin. Lebih kuat angin (cabaran), maka lagi lebih tinggi layang-layang (perniagaan) akan terbang, maka semakin seronoklah pemain layang-layang (usahawan) itu.
Jenis dan bentuk cabaran. [Read more…] about Cabaran keusahawan