Dah lama tak review-review program pengiklanan yang atau memang belum berkesempatan untuk buat review setiap program pengiklanan yang bagus untuk para blogger atau newbie yang baru baru berjinak dalam dunia blogging ini. Baru ada kesempatan, sebenarnya entri ini dah lama draft, kejap buat, kejap delete, edit balik, draft balik, ehh delete balik, draft., terus tak update.. tertinggal beberapa tahun.
Cadang aku nak aktif balik untuk program-program refferal, affialite beberapa produk tertentu jerla. Tapi masa pulak agak terhad sekarang ini. Kalau ada masa banyak, lupa pulak nak buatnya. Kadang-kadang malas terus nak buat. Itulah kita manusia sering bagi alasan. Kalau ada yang sering mencabar dengan komisen yang banyak, mungkin aku akan bersemangat semula, tengok tercabar bila blogger2 lain dah buat income yang lebat setiap bulan. Tapi itulah dalam blog, ada yang konsisten ada yang tak. So, kita sekarang ini kenalah fokus untuk pendapatan yang konsisten. (keje makan gajilah, haha).
Blog ini boleh dilihat menjana pendapatan pasif, untuk perjalanan yang makan masa yang agak panjang. Ada juga yang automatik terus berjaya, ada yang sikit-sikit lambat sampai ke destinasi. Blog sekarang sudah menjadi satu kuasa besar dinegara kita walaupun sekarang media social memang dominasi, terutamnya facebook. Tetapi blog ianya tetap revelan. Ahh sebelum aku mengarut lebih panjang. Kita terus kepada topik utama kita.
Yer , memang diakui bidvertiser bukanlah semegah google adsense yang kita ketahui memang lagi masyuk , tapi ada beberapa kelebihan dari bidvertiser nih. Kelebihan dan kekurangannya pun ada juga. Tapi ia boleh juga sebagai menggantikan alternatif sebagai pendapatan blog kalau adsense tak lepas, atau google adsense dah kena banned. Semua ada pendapat masing-masing. Memerlukan kesabaran dan teknik yang tertentu untuk berjaya.
Tidak ramai yang join.
Pada masa ini tidak ramai ramai blogger Malaysia menggunakan iklan Bidvertiser Make money from your Website or Blog with BidVertiser mungkin kerana beberapa masalah sebelum ini di mana terdapatnya iklan-iklan Bidvertiser yang telah diserang malware (2 tahun lepas kalau tak silap) turut memberi kesan ke atas prestasi blog. Dia akan keluar warning dekat google search engine. (infected). Namun sejak itu, Bidvertiser telah meningkatkan langkah keselamatan dan memperketatkan setiap website yang memaparkan iklan mereka mesti bebas dari sebarang masalah melalui security check di Google Webmaster.
lagi pada october 2016, google telah banned bagi yang letak iklan bidvertiser untuk tick mobile punya tuh, google akan consider tricky mno
Iklan Pop-up Bidvertiser ini hanya muncul sekali untuk setiap visitor, maka ia tidak mengganggu pengunjung sekiranya mereka ingin klik ke halaman-halaman lain.
Kelebihan bidvertiser yang lain:
- Pendaftarannya adalah percuma. (kalau ada pengiklanan third party kenakan bayaran, dah boleh abaikanlah. anggap jerla scam. huhu..
- Blog Bahasa Malaysia boleh apply untuk pengiklanan. Bahasa lain pun boleh, English lagilah boleh kan.
- Pembayaran minima yang lebih rendah iaitu USD10.00. Minimum 10 usd dia akan cashout bulan depannya, tapi dia bayar setiap bulan, maksudnya sebagai contoh, bulan ini kita dapat 15 usd contohnya, so akan dapat bulan depan. Dia forward. Yang penting lepas 10 usd, kalau tak lepas, dibawa forward ke bulan berikutnya sampailah cukup nisab 10 usd. haha
- Boleh membuat pengeluaran melalui paypal. payza, wire transfer, dan Check. (check kena cukup 100usd, dan wire transfer 500usd baru boleh cashout)
- Juga boleh menerima pembayaran melalui cek, nilai minima adalah USD 50.00 sahaja berbanding USD 100.00 untuk Google Adsense. (jenuh nak tunggu ). Tapi ada jer yang lepas dan lebih 100 usd sebulan dengan adsense (berlagak ler tuh).
- Iklan Bidvertiser sangat mudah untuk di paparkan. Terdapat banyak saiz iklan yang boleh di pilih.
- Tidak melalui proses review ketika mendaftar. Maksudnya disini ialah proses pendaftaran dan diterima sebagai publisher atau muncul iklan Bidvertiser tidak memerlukan waktu yang lama. Dia terus appear dekat website/blog kita tuh. Kalau adsense kan kadang-kadang ambil masa, baru dia muncul. huhu.
- Setelah LULUS, kita boleh terus ambil coding iklannya dan pasang di blog. Senang bro!!
- Harga per-kliknya juga agak mahal. Boleh lah.. dari takda langsung kan.
- Ada refferal program.
Yang ini memang aku suka,
Bila ada user/referral yang baru daftar under link korang tuh, dan dia dapat untuk 10usd yang pertama, sebagai publisher. pihak bidvertiser akan bagi korang 10 usd dalam akaun korang. dan bila dia dapat 50 usd, korang akan dapat 40 usd. Fuhh lumayan, tapi bukan senang under bawah kita yang akan sign up tuh. Kbanyakkanny atak aktif, dan juga tak berapa nak perform, kejap ada kejap takda. So disini pointnya ialah kita perlukan bimbingan dan support kepada yang sigup under korang tuh. Tapi kadang2 kita tak tahu siapa yang daftar under kita tuh. So, sebab tuh kadang2 kalau kita ada buat kelas blogging mingguan, bulanan atau tahunan, dekat situ kita boleh memantau anak buat kita macam mana perjalanan blogging diaoarang.
Lain pula bagi yang mereka yang daftar sebagai Advertiser. Sebagai advertiser, apabila dia mulakan kempen dan spend (membelanjakan) untuk 10usd pertama, pihak bidvertiser akan creditkan ke akaun korang 5 usd, dan bila dia spend 50 usd, korang akan datang 20usd.
Income korang akan update di bahagian refferral control panel, termasuk berapa kali clicks, ,berapa daf daftar, sebagai publisher ke, sebagai advertiser ker dan dia punya coversations.
Daftar sebagai advertiser.
Jika anda daftar sebagai advertiser,pihak dari bidvertiser akan bagi 20usd percuma untuk anda iklankan produk/services anda. Bidvertiser juga ada offer untuk percuma 20 usd bagi yang ada akaun ebay seller dapat 20 usd. untuk kita atau user yang lain mempromosikan barang anda di eBay , ebay store
So, ambil kesempatan ini untuk mencari teknik marketing affiliate program anda sendiri. Melalui seminar kelas blogging,gathering blogger, group blogging, fb ads ke, google adwords dan sebagainya. ini lebih kepada long term lah sebenarnya. Nak cari sebagai advertiser dan publisher baru bukan sesuatu yang mudah.
Mungkin untuk entri yang akan datang aku akan buat program online blogging, untuk semua newbie senang nak develop dan guide.
Kelemahan bidvertiser:
- Iklan yang keluar tidak menarik perhatian pembaca.
- Selain itu, paparan iklan Bidvertiser juga agak membosankan kerana kebanyakannya berkaitan permainan online dan download software. Ianya agak tidak bertepatan dengan majoriti niche blog di Malaysia. Yerla kebanyakkan Iklan yang tampil sering kurang sesuai dengan kategori atau niche blog,
- Lebih banyak iklan berbentuk download (sama seperti RevenueHits).
- Kadang kala sering timbul adalah iklan yang asal(standard), iaitu yang keluar cuma yang biasa tulis tuh “Make Money From Your Site”
- Oleh kerana Bidvertiser adalah iklan Pay Per Click (PPC) dan bergantung kepada jumlah‘impressions‘ maka paparan iklan seperti ini agak kurang berkesan dan menarik perhatian pengunjung.
- Maka cara untuk menjana pendapatan melalui iklan Bidvertiser ini tiada jalan lain selain dari menggunakan format iklan ‘Pop-up Under’ atau ‘Slider Ads’.
Ya! Tidak dinafikan, ada yang menyatakan iklan berformat sebegini agak menjengkelkan namun ini sahajalah cara untuk mendapatkan peluang pendapatan yang tinggi dengan Bidvertiser. Anda pasti tidak kisah akannya apabila melihat jumlah yang akan anda perolehi!.
Bagi pandangan peribadi, iklan Pop-up Innity lagi menjengkelkan apabila terpaksa menunggu masa yang ditetapkan sebelum iklan tersebut boleh dihilangkan. Lebih kurang 5 saatlah. Income takdalah nak kata banyak juga, tak. Sebab ia dapat dalam nilai ringgit, berbanding bidvertiser dollar beb.
Berapa kau dah dapat setakat ini ?
Nak kata banyak juta-juta tuh taklah, yang penting lepaslah 10 usd dalam sebulan tuh dah kira oklah. Aku pun adalah letak dekat blog ini dulu, tapi sejak ada kena serang malware, aku dah tak letak. Lagipun kalau letak, income adsense memang akan ada drop sikit dengan terganggu pulak pembaca. Mahunya tak kena maki … sabar jerla.. huhu.
Aku letak banyak dekat blogspot. Yang domain dot com pun ada jugak. Semua tuh dah jarang update.
Ada drop, sebab aku dah kurang letak di blog-blog yang lain..
Anda mempunyai blog atau website, bolehlah mencuba program pengiklanan Bivertiser ini, klik di sini. Boleh cuba try and error orang english cakap. Cuba tengok dalam 3-4 bulan. Kalau tak memberangsangkan leave it. Kalau ok, take it. Sebenarnya ianya semua bergantung kepada kita punya kepakaran bagaimana untuk menjadikan blog kita jadi sumber pendapatan yang lumayan. So disini pointnya ialah perlu mendapatkan traffic yang banyak barulah boleh dapat income yang banyak.
Berbeza dengan program affialate , tidak memerlukan traffic yang banyak sangat pun, tetapi memerlukan user, ataupun kualiti visitor yang betul-betul targetted itulah yang menjana pendapatan. Biasa yang targeted itu ialah dari yang memang mencari barang yang diperlukan.
Terpulang pada anda untuk menilanya. Pilihan di tangan anda sendiri.
Bersambung,
Iklan seperti sebenarnya sesuai untuk pengguna yang guna laptop atau pc, tapi kalau nak masuk site guna handphone, memang hancur sikit la iklannya nih. Menggerutu blognya , susah nak masuk, sebab site akan jadi kacau bilau. Sekarang ramai user online banyak guna hanphone jer lebih cepat dan senang. Untuk itu, sesuai untuk letak di blog yang khas. Untuk blog peribadi sebolehnya dielakkan sebab kita mungkin akan kehilangan rakan blogger, haha.. sebab susah nak komen.