• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tutorial Blog/Nuffnang / Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)

Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)

Zik · Jul 27, 2011 · 18 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

cat blogging, kucing main computer, cat blogging, picture cat, kucing cute

Tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal!!

Dalam peringkat yang kedua tip blogging terbaik ini, dilihat lebih kepada bagaimana untuk kita tangani dari pihak luar ataupun dari masalah dalaman blog kita itu sendiri. Politik dalam dunia blogging memang kita tidak boleh elakkan.

Musuh jangan dicari, kawan harus kita dekati.

Peringatan ini lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Sekiranya anda merupakan seorang pemilik blog yang mempunyai trafik yang tinggi anda mungkin mempunyai pengalaman di mana sesetengah pembaca blog anda meninggalkan komen-komen yang pedas dan berunsur cari gaduh. Di sini ada beberapa cadangkan beberapa cara bagi anda untuk menangani komen-komen seperti ini.

  1. Tenangkan diri anda sebelum memberi respon itu.  Kebanyakan mereka yang meninggalkan komen-komen seperti ini sememangnya mengharapkan anda merasa marah dan melawan kata-kata mereka. Jangan terperangkap. Sebaliknya, balas komen mereka selepas anda menenangkan diri anda agar tidak terjadi pergaduhan yang boleh menjejaskan kredibiliti blog anda.
  2. Bertolak ansur dengan kritik daripada pembaca blog anda. Jangan cepat melatah. Ambil pengajaran daripada kritik dan komen-komen yang ditinggalkan.
  3. Bertanggungjawab terhadap post anda. Biasanya pembaca tidak akan meninggalkan komen-komen pedas tanpa sebab. Jika alasan mereka relevan dan membuktikan bahawa anda sememangnya silap, jangan biarkan ego anda menjadi penghalang seterusnya membuatkan anda bersikap seperti menegakkan benang yang basah. Jangan malu untuk meminta maaf.
  4. Jangan buang komen-komen ini serta merta. Kadangkala komen-komen ini boleh membuatkan blog anda kelihatan lebih aktif dan menarik. Walaubagaimanapun, jika komen tersebut mengandungi bahasa yang terlalu kasar dan boleh menyinggung perasaan pembaca lain,  dicadangkan baik (delete) padamkan sahaja.
  5. Anda boleh membalas komen-komen ini dengan menukarkan perbualan kepada sesuatu yang lebih positif. Masukkan sekali gurauan bagi mengurangkan kemarahan pembaca tersebut. Respon dengan ramah. Jika kena caranya, apa salahnya bersetuju serba sedikit dengan pandangan mereka.
  6. Jangan kita membuat entri khas ketidak puas hatian kita merujuk kepada sipolan bin si polan walaupun ia bersifat umum, kadang-kadang ia mengaibkan. Cara tak kena beb. Seharusnya kita professional. Hantar terus melalaui email, karang ayat elok-elok dan minta berbincang. Kalau ianya terlalu mengaibkan atau menyebabkan kita sangat marah. Tanya beberapa rakan-rakan penulis yang lain dahulu. Jangan terus membabi buta, membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Sejujurnya, aku tak suka dan malas nak komen entri seperti itu. Aku akan berdiam diri dan tekan butang close. Habis cerita.
  7. Kalau nak elak orang komen di blog kita. Tutup jer ruangan komen kita itu. Habis cerita. Tapi seolah-oleh kita membuat dasar tutup pintu. Ada juga orang buat begitu, ada sebabnya ia mengikut jenis penulisan dan niche tertentu. Apepun, kadang-kadang mereka ada pendapat masing-masing yang harus kita terima. Itu terpulang.

Jangan lupa, pemberi komen ini semuanya manusia biasa seperti anda juga. Mereka juga mempunyai perasaan, dan kalau kena pada caranya, anda boleh melembutkan hati mereka dengan komen balas yang bijak. Disamping membuatkan anda kelihatan lebih berintegriti di mata pembaca lain, si pemberi komen juga mungkin akan menjadi pelawat setia blog anda.

Semoga tip blogging yang terbaik ini fasa kedua ini, anda dapat tangani dengan sebaiknya. Kalau anda tidak profesional dalam menanangi masalah ini. Baik tak payah berbloglah, jadi jer pembaca. Krtik jer penulisan orang di semua akhbar, blog-blog dan juga jadi penulis upahan (ghost writer).

Kita manusia biasa memang tidak lepas dari salah dan silap. Memohon ampun dan maaf kepada Allah, dan sentiasa berbuat baiklah sesama kalangan blogger, insyallah apa-apa masalah yang berlaku dapat kita atasi. Sekiranya ada salah, dan tidak faham, ataupun ingin menambah lagi. Anda di alu-alukan untuk memberi pandangan yang lebih mendalam dalam hal ini. Sekian terima kasih.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Tutorial Blog/Nuffnang anymous dalam blog, blogger baling batu sembunyi tangan, blogger cari pasal, masalah dengan komentar dalam blog, tangani komentar blogger anymous yang cari pasal, tangani masalah dalam blog, tip blogging terbaik, tips tangani blogger yang cari pasal, tips tangani blogger yang cari pasal dengan kita

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. zaryl says

    July 27, 2011 at 10:30 pm

    selalunya semua itu disebabkan perbezaan pendapat je. selebihnya antara cari publisiti murahan atau saja buat provokasi untuk puaskan nafsu.

    yang penting jangan melatah… (aku ingatkan diri aku sendiri) hehe

    Reply
  2. Norasikin says

    July 27, 2011 at 10:37 pm

    oooo rupa-rupanya kucing tu yg selalu jadi cik anon. Kalau saya dpt komen mcm tu, saya delete je. Kalau reply pun, bukan dia bukak blog saya semula utk baca respond saya. Org sakit jiwa kalau dilayan, dgn saya sendiri pun sakit jiwa dibuatnya

    Reply
  3. Fahmi Raazali says

    July 27, 2011 at 11:06 pm

    blog aku xpenah dpt komen panas2 lg 🙂

    Reply
  4. azura says

    July 27, 2011 at 11:08 pm

    cari pasal tu kira kurang beretika maka kita berhemah sahajalah….

    Reply
  5. anif says

    July 27, 2011 at 11:29 pm

    Provokasi kalau dibalas denrgan perbuatan yang serupa tentu akan meletuskan perang. Apa pun, komen yang melampau seharusnya dipadam.

    Reply
  6. Azah says

    July 27, 2011 at 11:32 pm

    selalu jugak tgk blogger yg buat entri khas utk komen si anon yg dia x suka tu… sampai melarat2 ke entri seterus dan seterusnya. tapi sebenarny dia tgh usaha nak tarik trafik yg berpanjangan dgn pergaduhan. hmm.. blogger macam ni bukan yg terbaik.

    Reply
  7. nizamghazi says

    July 28, 2011 at 12:33 am

    Tips berguna ni.
    Pernah kena komen ng omputih ala2 spam pun ada.
    Sekali bukak link website dia jual produk lak pulak

    Reply
  8. muhammad fakhruddin says

    July 28, 2011 at 1:33 am

    Setakat ini alhamdulillah sangat jarang mendapat komen-komen panas di blog. Pernah dapat sekali, cuma tips pertama begitu berguna menangani situasi yang memanaskan hati 🙂

    Reply
  9. Wan Gerrard says

    July 28, 2011 at 1:59 am

    mungkin cuba bagi pendapat berlainan je kot, kalau dah melampau delete je..huhu selalu dpt dari peminat man utd 😛

    Reply
  10. zulkbo says

    July 28, 2011 at 2:15 am

    salam..
    memang terbaik tips ni..
    tak sesia di carian hadapan..
    he he…

    DENGKI,BUSUK HATI,adalah
    resam orang kita..adehhh..
    bila orang berjaya mesti ada
    yang dengki…
    🙁

    Reply
  11. shamizu says

    July 28, 2011 at 5:06 am

    tips yang bagus zik. Blog kau yang famous nie ramailah yang nak cari pasal. Tapi sebab kau cool depa semua pun jadi cool jugak.

    Reply
  12. Esempoi says

    July 28, 2011 at 6:07 pm

    orang muda biasanya emosi
    orang tua cam aku nih, ok je.. haha
    eh dah tua ke aku nih.. kehkeh

    Reply
  13. tehr says

    July 29, 2011 at 12:52 am

    suka tips ni
    yang penting tenang dan balas komen dengan berhikmah

    Reply
  14. titan says

    July 30, 2011 at 11:41 pm

    biasalah tu…sabarkan aje..jangan kita plak melatah macam anon tersebut..

    Reply
  15. bEe says

    August 4, 2011 at 9:38 am

    Tips sgt berguna ni Zik!
    Kalau nak kekalkan hubungan dgn rakan blogger lain perlulah beringat2 😉

    Reply
  16. basofi says

    March 11, 2012 at 11:12 pm

    terimakasih atas nasehat2 yang diberikan.
    saya akan jadikan pedoman buat hari mendatang.
    salam ukhwah..

    Reply
    • Zik says

      March 12, 2012 at 12:22 am

      syukran2x….

      Reply

Trackbacks

  1. Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal) « news @ yoys says:
    July 28, 2011 at 1:51 am

    […] View original post here: Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal) […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Personal

Mereka yang sempoi June, 2011(tip blogging terbaik)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGMasa yang berlalu terlalu pantas, sudah separu…

Contest Tutorial Blog/Nuffnang

Tip blogging terbaik, fasa pertama

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Contest seo semakin menghampiri garis penamat…

Contest

Kemenangan Tip blogging terbaik bukan kebetulan, terima kasih semua!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Assalamualakum dan selamat sejahtera. Sedar t…

%d bloggers like this: