• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Apa itu elektrolit dan kepentinganya

Apa itu elektrolit dan kepentinganya

Zik · Sep 4, 2011 · 13 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

unta, unta 100 plus, minuman isotonik, 100 plus minuman isotonik, minuman elektrolik

Apakah itu eletrolik?

Ia adalah suatu zat yang larut atau terurai ke dalam bentuk ion-ion dan kemudiannya larutan menjadi konduktor elektrik, ion-ion merupakan atom-atom bermuatan elektrik. Elektrolit kebiasaannya berbentuk air, asam, basa, garam, atau berupa senyawa kimia lainnya.

Senang cerita, di setiap minuman isotonik biasanya tertulis di botol-botolnya (sila rujuk di tepi botol) mengandungi elektrolit. Biasa air yang ada elektrolit macam 100 plus lah. Itu memang ada. Yang lain-lain tuh kurang periksa.Air berkabonat bukan ya!! Itu berapa sudu teh, tak tahulah. Sempena raya-raya nih elakkan minum air bergas. Minum air biasa sudah.

Elektrolit,  unsur kimia yang dicampurkan ke dalam minuman isotonik. Ia boleh berupa vitamin atau mineral. Isotonik, ‘iso’-nya sendiri bererti unsur tambahan  sepenuhnya larut (tidak mengendap) dalam minuman itu. ‘tonik’-nya, suplemen penambah vitalitas atau daya tahan tubuh.

Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi

Proses perpeluhan dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindak balas dalam membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37°C.

Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh Elektrolit pada asasnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Kita boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:

  • Natrium
  • Kalium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Klorida
  • Fosfat
  • Sulfat

Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan sekiranya berlaku sedikit perbezaan. Digalakkan kita untuk menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.

Kepentingan elektrolit.

  1. Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.
  2. Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.
  3. Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.

Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat diterangkan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.

Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.

Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.

Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah, dan masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.

Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan anda.

Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.

Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.

Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.

Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua.

Sangat penting bagi mengekalkan tahap hidrasi tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti yang ada di Malaysia ini. Tapi sekarang ini, cuaca pun agak tak menentu, kadang-kadang suhu terlalu panas. Yang penting ialah pengambilan elektrolit-elektrolit utama mesti dikekalkan untuk kekal terhidrasi.

sumber 100plus

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan Antara gejala kekurangan kalium, elektrolit, elektrolit dalam kesihatan, Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi, kepentingan elektrolit, komponen elektrolit utama, perpeluhan, proses elektrolit

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. EddyGeek says

    September 4, 2011 at 7:49 pm

    oh agak unik entri ni. amat bermanfaat untuk pemahaman sepenuhnya, cuma agak panjang. 🙂

    Reply
  2. ohcikgu says

    September 4, 2011 at 8:44 pm

    kita semua memerlukan elektrolit nih. ni sains darjah 5 ni. hehe..

    Reply
  3. zulkbo says

    September 4, 2011 at 10:05 pm

    salam..
    suka juga minum minuman ni
    yang pasti bila badan rasa nak demam
    confirm saya langgah sebotol besar

    Reply
  4. nizamghazi says

    September 5, 2011 at 5:28 am

    Kelakar gile unta tu.
    “Ana haus , mana minuman isotonik ana” terbahak2 aku
    Byk jugak khaisiat 100 plus ni.
    Ada orang ckp klu dmm elok minum, tpi ak minum lgi dmm teruk

    Reply
  5. FD says

    September 5, 2011 at 5:36 am

    nk tmbah sikit. garam2 di dlm elektrolit tuh mcm sodium (natrium), potassium (kalium) itu diperlukan oleh Adrenal Gland untuk membebaskan hormon aldosterone di mana ia diperlukan untuk penghasilan tenaga juga.. sebab tuh org kat hospital diberikan air garam (sodium chloride) sebab nak pastikan tenaga itu sentiasa ada.. sekian ^.^

    Reply
  6. W.R says

    September 5, 2011 at 9:11 am

    minuman yang wajib bagi setiap atlet terutama bdk2 main bola

    Reply
  7. Ali ridha says

    September 5, 2011 at 12:20 pm

    badan kita memerlukan juga elektrolik.
    ehhmmm…..masa demam dulu ada minum
    air jenis ni.

    Reply
  8. Nadia says

    September 5, 2011 at 12:26 pm

    Manfaat betul info ne ,ingatkan elektrolit ne diguna sebai air bateri ..aduii silap2

    Reply
  9. kopisoda says

    September 5, 2011 at 4:28 pm

    yelah. cuaca skang ni pun tak berapa elok sangat. banyak perkara la kita nak kena jaga & ambil kira.

    Reply
  10. tehr says

    September 5, 2011 at 6:35 pm

    kalau demam memang ada doktor cadangkan minum 100 plus ni
    aku pernah juga bagi kat anak

    Reply
    • akubiomed says

      September 6, 2011 at 9:10 am

      Betul tuh bro kalau anak demam saya akan belikan 100 plus supaya dapat memulihkan tenaga dan hidrasi kerana demam panas.

      Kalau terkena demam Denggi pun digalakkan kerap mengambil 100plus

      Reply
  11. ardzham says

    September 6, 2011 at 11:42 am

    Kalau demam atau sakit kepala elok minum 100 plus ni, tapi kena campur air masaklah bukan minum terus dari botol, itu yang doktor bagitau saya.

    Reply
  12. mancai says

    September 6, 2011 at 3:29 pm

    perfect la bro….tq2, apapun sentiasalah menjaga kesihatan…

    Reply

Leave a Reply to ardzham Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kesihatan

Tips elak mabuk laut

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGMabuk laut Salam semua. Kali ini ingin berkong…

Kesihatan

Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya…

Kesihatan

Tips kekal hidrasi sepanjang hari- dibulan ramadhan

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Untuk kekal hidrasi sepanjang hari bukanlah m…

%d bloggers like this: