Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434, 2012/2013Masihi

tema maal hijrah 1434  temamaalhijrah1434.png, maal hijrah 1434 maalhijrah1434.png, wasatiyyah tonggak kesatuan ummah, tema maal hijrah 1434 2012 masihi,

Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Assalamualaikum, pada 15 November 2012, bersamaan hari khamis ini kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam, bukan kalendar yang sekarang kita duk ikut nih, bulan 11 tue, Huhu.

Maksud bagi tema tahun ini.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

maal hijrah 1434 maalhijrah1434.png, wasatiyyah tonggak kesatuan ummah, tema maal hijrah 1434 2012 masihi,

 Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity” -perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik dan diampuni Allah.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah bukan pula bermaksud semata-mata iaitu bagi sama rata, tetapi adalah melalui pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.

 Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.

Jemput sertai sambutan maal hijrah di Putrajaya, peringkat kebangsaan. 

Seramai 4,500 peserta dari 143 kontinjen bakal menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah/2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis itu. Turut serta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman juga dijangka hadir.

Insyallah, semoga kita semua sempat pergi mesjid/surau mengaminkan imam baca doa akhir tahun dan awal tahun. Sedih, tahun nih tak dapat nak pergi, sebab kena kerja pulak. Semoga Allah ampunkan aku, aku akan doa jugalah lepas balik kerja nanti hari khamis nih. Amin.

maal hijrah 1434 maalhijrah1434.png, <a title=wasatiyyah tonggak kesatuan ummah, tema maal hijrah 1434 2012 masihi, " width="883" height="883" data-link="src{:fullsizeUrl} width{:rsWidth}
height{:rsHeight}" />

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +5 (from 5 votes)
Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434, 2012/2013Masihi, 10.0 out of 10 based on 1 rating
RSSJemput untuk subscribe

subscriber via RSS.
Fan PageJemput LIKE fan page Saya!! via Facebook.

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus By Zikri Husaini
Categorias Kerohanian/Keagamaan
Tags , , , , , , , .

8 Responses to Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1434, 2012/2013Masihi

  1. donnyien says:

    selamat menyambut maal hijrah dari saya juga..
    donnyien recently posted..Jozan maharaja lawak mega 2012 – episode 1My Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. etuza says:

    asalam salam maal hijrah cantik kad
    etuza recently posted..Hijrah lah kepada yang lebih baikMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. Shahrin Bin Abdullah says:

    Terima kasih atas info.. memang sangat detail..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. Bro Zulkbo says:

    Salam Maal Hijrah 1434
    semoga tahun ini menjanjikan
    kita menjadi insan lebih baik dari
    sebelumnya..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. salam maal hijrah bro.. :)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. Norizwan says:

    salam maal hijrah… :) moga setahun yang berlalu diberkati & moga setahun mendatang dirahmati…
    Norizwan recently posted..Rahsia awet muda nenek 70 tahun seperti 40 tahunMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. Razlan says:

    Memang detail info ne zik,selamat menyambut maal hijrah
    Razlan recently posted..Contoh Resume Jurujual KeretaMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  8. akubiomed says:

    Selamat menyambut Maal Hijrah.
    akubiomed recently posted..Zulfahmi Khairuddin dinobat sebagai ‘Most improved rider for Moto3′My Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge