maulidur rasul 2017, salam maulidur rasul 1439 h 2017,

Allahumma Solli Ala Nabiyyina Muhammad
Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh

Tarikh Dan Tema Sambutan Maulidur Rasul 2017/ 1439H pada 1Disember 2017. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat yang kita tidak boleh lupa, dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2017 bersamaan dengan tahun 1439H akan disambut pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 menurut tarikh Kalendar Islam 2017 JAKIM. Ianya merupkan hari cuti umum buat rakyat Malaysia. Tema Sambutan Maulidur Rasul untuk kali ini adalah ”Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”. Tema tahun lepas adalah “Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah”.

Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya. Sesungguhnya, pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam. Kelahiran Nabi Muhammad SAW ini merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia seperti firman Allah SWT di dalam surah Al- Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud :

“Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah kejahilan masyarakat Arab pada ketika itu juga telah membawa satu transformasi yang terunggul di dalam lembaran sejarah dunia peradaban Islam. Risalah baginda berpaksikan wahyu Ilahi bertujuan untuk melahirkan umat Islam yang mengesakan Allah SWT tidak ternoktah di Semenanjung Tanah Arab sahaja, tetapi meliputi seluruh benua, bangsa dan keturunan di dunia ini.

Oleh itu, marilah kita mencontohi akhlak, sifat dan kepimpinan beliau dalam pelbagai aspek kehidupan. Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan para sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.

Hakikatnya, umat Islam pada hari ini mesti berpegang teguh dengan seluruh seruan dan akhlak Rasulullah SAW untuk menyelamatkan dunia yang sedang dihimpit oleh pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh dari hidayah Allah SWT.

Baru-baru ini, berlakunya kejadian letupan bom di Masjid Ar-Raudhah, Sinai Utara, Mesir yang telah mengorbankan 235 nyawa. Kita merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tersebut. Kita juga akan terus menyuarakan sokongan terhadap nasib saudara Islam kita yang ditindas seperti di Palestin dan etnik Muslim di Rohingya. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan keteguhan iman bagi saudara-saudara kita yang diuji dengan keperitan di mana sahaja mereka berada.

Sebagai iktibarnya, marilah kita mempertahankan kesucian agama Islam, sentiasa menjaga keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama kita bina. Yakinlah bahawa sikap persefahaman dan toleransi adalah tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara ini.

Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini, “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”, maka, makna perpaduan ini adalah sangat penting sebagai penghayatan yang dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatuan yang dimulakan dengan pembinaan asas dalam institusi kekeluargaan sehingga dapat menyemai semangat patriotisme di dalam diri.

Apakah masksud kesatuan Ummah kesejahteraan negara?

Kita semua adalah satu ummah (ummat islam terutamanya) perlunya ada tanamkan sifat bekerjasama untuk perpduan dalam menjaga kemaslahatan negara. Dalam membentuk satu masyarakat madani, seperti yang Rasullullah S.A.W telah terapkan dalam perjanjian Madinah. Kena tahu konsep ummah,:

  • Masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al Quran.
  • Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw.
  • Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani .
  • Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah.
  • Bilamana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat islam sahaja.

banner maulidur rasul 1439H 2017,

credit to artortoise

Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul dan komitmen perpaduan kita, Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati NEGARAKU yang tercinta ini dalam mencapai Par Excellence duniawi dan Par Excellence ukhrawi. Insya-Allah. Salam Maulidur Rasul 1439H/2017M.

Sekian, terima kasih.

credit to najibrazak.com,