Perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam pentas akhir piala malaysia 2016. Lepas nih takda lagi games kecuali Piala AFF suzuki yang kita nantikan juga bulan 11 nih start. Wahh satu-satu games tak sabar nak buat liputan juga. Bagaimana perjalanan dua pasukan ini dari peringkat kumpulan, peringkat suku akhir, separuh akhir dan hari ini menjadi penentuan dua pasukan gergasi yang akan bertanding malam ini.
Kedah mahu tebus kekalahan
Kedah mahu menebus kekalahan tahun lepas juga di final piala malaysia 2015. Skuad lang merah, pulun kedah pulun, Jurulatih Kedah tan Cheng Hoe mahukan yang terbaik dalam pentas akhir malam ini. Pastinya akan menurukan pemain yang betul-betul fit. Baddrol bakhtiar juga optimis mahukan kemenangan yang dicari.
Bagi Baddrol yang turut memainkan peranan selaku pengganti selepas Khairul Helmi Johari mengalami kecederaan, dia memberi amaran bahawa semangat kekeluargaan tinggi menjadi resipi kejayaan Kedah.
Malah, dia optimis selain barisan pemain muda yang semakin matang, jentera serangan mereka lebih mantap dengan kehadiran Thiago Augusto dan Shane Smeltz. Hurm kita tengok jerla permainan malam ini, harap lebih dramatik dan tiada unsur pergaduhan berlaku baik dari padang, luar padang. Huhu.
“Dengan gabungan pemain berpengalaman dan muda pada tahun ini, kami dapat menerapkan (keserasian) di antara kami yang dianggap seperti sebuah keluarga,” kata Baddrol.
Selangor mahu pertahan Kejuaraan.
Semestinya the red giant mahu mempertahankan piala malaysia yang dimenanginya tahun lepas. Kemungkinan besar, andik akan menjadi captain malam ini. K Gunalan mahu anak buahnya memanfaatkan peluang yang ada harus bagi yang terbaik malam ini. Selain mencari gelaran yang ke 34 untuk piala malaysia kali ini, Shahrul Kalam dilihat tidak mahu menoleh dan memperdulikan apa orang kata piala kampung katanya. Tetapi dia mahu berikan yang terbaik dalam aksi malam ini nanti. Tapi dia injured, so ganti dengan Andik.
Pemain import dari Indonesia itu melihat kejuaraan musim lalu sebagai suntikan keyakinan tinggi untuk mereka bersikap positif tanpa sebarang tekanan. Andik sedia memimpun pasukan selangor bukan demi wang, tapi atas dasar this is football. Cewahh.
“Prestasi saya semakin meningkat sehingga dapat membawa Selangor ke final.
“Tanggungjawab saya semakin besar kerana menggalas tugas untuk menggantikan Shahrom Kalam yang tercedera.
Keputusan terkini perlawanan:
KEDAH (1) VS (1) SELANGOR
Rizal 52″
Ahmad Hazwan bakri 60″
Mengheret ke masa tambahan. Adakah akan ada sepakan penalti??
Penalty :
Selangor
- Ugo Ukah /
- Patrick Ronaldinho /
- Azmi Muslim X
- Mauro Olivi /
- Veenod /
- Hafiz Kamal x
- Andik /
- Rizal Fahmi x
Kedah
- Shane Smeltz X
- Bang /
- Farhan Roslan /
- Liridon /
- Baddrol bakhtiar /
- Amirul Hisyam X
- Haalim Shaari /
- Rizal Ghazali /
Keputusan penuh Kedah menang 2-1 Selangor melalui penentuan penalti menang 6-5.
Tahniah kedah juara piala malaysia 2016!!!
Nantikannya malam ini nanti. Boleh tonton secara live di tonton.com.my
semoga tak ada apa yang berlaku. Terima kemenangan dan kekalahan dengan terbuka
wah !..Kedah jadi juara…bagus la kalau begtu
Saya selaku rakyat Selangor ingin mengucapkan Tahniah kepada Kedah . Hehe . Kasi can Kedah.
badrol bakhtiar main best…sukaa….