Perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam pentas akhir piala malaysia 2016. Lepas nih takda lagi games kecuali Piala AFF suzuki yang kita nantikan juga bulan 11 nih start. Wahh satu-satu games tak sabar nak buat liputan juga. Bagaimana perjalanan dua pasukan ini dari peringkat kumpulan, peringkat suku akhir, separuh akhir dan hari ini menjadi penentuan dua pasukan gergasi yang akan bertanding malam ini.
Kedah mahu tebus kekalahan
Kedah mahu menebus kekalahan tahun lepas juga di final piala malaysia 2015. Skuad lang merah, pulun kedah pulun, Jurulatih Kedah tan Cheng Hoe mahukan yang terbaik dalam pentas akhir malam ini. Pastinya akan menurukan pemain yang betul-betul fit. Baddrol bakhtiar juga optimis mahukan kemenangan yang dicari.
Bagi Baddrol yang turut memainkan peranan selaku pengganti selepas Khairul Helmi Johari mengalami kecederaan, dia memberi amaran bahawa semangat kekeluargaan tinggi menjadi resipi kejayaan Kedah.
Malah, dia optimis selain barisan pemain muda yang semakin matang, jentera serangan mereka lebih mantap dengan kehadiran Thiago Augusto dan Shane Smeltz. Hurm kita tengok jerla permainan malam ini, harap lebih dramatik dan tiada unsur pergaduhan berlaku baik dari padang, luar padang. Huhu.
“Dengan gabungan pemain berpengalaman dan muda pada tahun ini, kami dapat menerapkan (keserasian) di antara kami yang dianggap seperti sebuah keluarga,” kata Baddrol.
Selangor mahu pertahan Kejuaraan. [Read more…] about Keputusan terkini Selangor vs Kedah piala malaysia 30/10/2016