Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan Sarawak [1] vs pahang [3] separuh akhir1, 2013

Keputusan Sarawak [1] vs pahang [3] separuh akhir1, 2013

Zik · Oct 19, 2013 · 19 Comments

Share this on WhatsApp

image

Pertarungan epik dua pasukan yang bertemu dipahang sebagai tuan rumah.

Keputusan tamat:

Pahang (3) vs (1) Sarawak

Jaringan

  • Azamuddin akil 29, 33 Pahang
  • Matias conti 39 Pahang
  • Mohd Sahrol 43, Sarawak

Ulasan sekali imbas

Pahang yang bermula dengan baik sekali. Azamuddin akil menjaringkan 2 gol berharga dan matias conti 1 gol. Gol pertama terhasil gerakan solo yang cantik dari siapa aku tak pasti, keeper dapat menampan sepakan pertama, kedua, bola tuh dah ketengah, kemudian matias conti cuit sikit bola tuh, dan disudahkkan oleh azamuddin akil tengah tandukkannya yang deras. Kalau dia tak kacau pun dah gol.

Gol kedua pahang juga dijaringkan oleh azamuddin akil juga, apabila hantaran lintang dari tengah bijak azamuddin menyudahnya dengan tandukkan kesebelah kiri. Memang ngam-ngam beb.

Gol ketiga, kesilapan penjaga gol yang meluru kedepan membawa padah, matias conti terus membuat sepakan bola lambung, tak sempat keeper nak turun dan tahan bola itu terlalu tinggi dan masuk kedalam gol.

Gol tunggal sarawak.

Sarawak tidak berputus asa dalam mencari gol. Dalam minit ke 40, Mohammad Shahrol Saperi menjaringkan gol buat sarawak, dalam mengurangkan defisit jurang gol hasil dari hantaran oleh junior edlstar dan dia meluru menyepak dari luar kotak penalti. Sepakan dia terkena defend pahang, dan penjaga gol keliru dia ketepi kanan, tetapi bola sudah masuk tengah. 3-1 ketika itu.

Separuh masa kedua.

Tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat perlawanan. Selain itu pahang ada membuat pertukaran pemain 10 minit terakhir, Rentak permainan macam dah slow dan tiada juga percubaan yang merbahaya selain sarawak ada satu peluang keemasan yang disia-siakan depan mata jer. Hadui rugi jer.

Ini bermakna pahang membawa bekalan 2 gol kelebihan dari sarawak yang punyai kelebihan 1 gol pelawat. Kita tengok nanti perlawanan di sarawak, macam mana agaknya?? Sudah tentu sarawak tidak akan memberi laluan mudah buat pahang untuk mara ke pentas akhir nanti. Macam-macam boleh berlaku.

 Jom layan video gol highlights games malam tadi nih.

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan pahang vs sarawak piala malaysia 2013, pahang 3 sarawak 1 piala malaysia 2013, pahang vs sarawak 2013, separuh akhir piala malaysia pahang vs sarawak, video gol pahang vs sarawak piala malaysia 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. blogger lelaki says

    October 20, 2013 at 12:09 pm

    sarawak main xmacam sebelum ni…hu3..mungkin mereka akan bermain lebih baik ditempat sendiri nanti

    Reply
    • Zik says

      October 20, 2013 at 5:08 pm

      boleh jadi…. main disarawak pastinya akan sengit nanti.. kita tunggu jerla.. huhu

      Reply
  2. Khairul Zamri says

    October 20, 2013 at 3:56 pm

    tak sangka sarawak makin hebat sekarang ini

    Reply
    • Zik says

      October 20, 2013 at 5:57 pm

      boleh tahan.. jurulatih dia pun power…

      Reply
      • hafizmd says

        October 20, 2013 at 8:42 pm

        setuju…kita boleh tgk…kalau coach bagus…team pun nampak power

        robert alberts ni pun power masa latih kedah dulu…kan?

        Reply
  3. hafidz says

    October 20, 2013 at 4:53 pm

    gol ke-3 dari conti memang superb.
    Apapun tahniah Pahang. Ada baki 90 minit lagi untuk di tempuh. Good Luck skuad Tok Gajah! 🙂

    Reply
    • Zik says

      October 20, 2013 at 5:26 pm

      keeper pun silap … memang makanan contilah jawabnya..

      Reply
      • hafizmd says

        October 20, 2013 at 8:42 pm

        conti mmg nampak cool jer score…tak kalut….dah jadi top scorer piala malaysia takat ni..

        Reply
  4. BUNDA says

    October 20, 2013 at 7:52 pm

    Assalamualaikum, bunda singgah…

    Reply
  5. hafizmd says

    October 20, 2013 at 8:43 pm

    tahniah Pahang. Kita tunggu sabtu ni pulak….yeah!

    Reply
    • Zik says

      October 20, 2013 at 10:42 pm

      sengit pastinya.. ngap sayop!!!

      Reply
  6. Security Guard says

    October 20, 2013 at 10:49 pm

    rasanya seperti Pahang ketemu final..huhu Apa2 pun kita mengharap Sarawak beri tentangan sengit di tempat sendiri.

    Reply
    • Zik says

      October 21, 2013 at 12:33 am

      tempat sendiri katanya berhantu.. belum ada rekod kalah lagi katanya… entahla.. bola itu bulat… kelantan pun belum confirm lagi walaupun ditempat sendiri… kita tak pasti macam mana pergi dia kan??

      Reply
  7. pahan says

    October 21, 2013 at 12:00 am

    aku dah kecewa sangat malam tadi ngan sarawak. tak patut keeper keluar.

    Reply
    • Zik says

      October 21, 2013 at 12:32 am

      dia pun tak expect sebenarnya..terpaksa keluar awal ingatkan takda player turun…

      Reply
  8. Juan says

    October 21, 2013 at 12:12 am

    serawak pon nampak bangkit sekarang nih

    Reply
    • Zik says

      October 21, 2013 at 12:32 am

      sarawak semakin meningkat naik…

      Reply
  9. titan says

    October 21, 2013 at 3:01 pm

    patut leh tambah gol lagi pahang tu..

    Reply
  10. kakiblog says

    October 22, 2013 at 1:04 am

    saya harap Sarawak mampu bangkit untuk perlawanan kedua

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.