Jenis-jenis ikan kelisa dan kepercayaan orang china

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

kelisa, ikan kelisa, fish gold, kelisa emas, ikan arowarna , ikan emas , ikan kelisa yang paling mahal

Ikan kelisa yang merupakan diantara ikan yang mempunyai harga yang sangat bernilai dan juga dikatakan boleh membawa tuah buat orang china yang meletakkannya di kedai-kedai ataupun di rumah sebagai medium terapi atau untuk sekadar hobi menjadikannya ia satu asset yang sangat bernilai untuk tatapan umum.

Ia bukan sahaja dari kulitnya yang cantik, tetapi mempunyai 101 ciri-ciri yang menarik untuk didedahkan (next episode k).  Seronok sebenarnya kalau kita teliti ikan nie, macam cool lah pulak. Tapi, jangan lupa bagi makan ya, kalau nak jaga ikan-ikan perhiasan nie.

Nama sebenar ikan kelisa

Ia lebih dikenali sebagai Arowana Asia. Manakala di Republik Indonesia dikenali sebagai ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kayangan serta beberapa nama lain lagi, adalah ikan hiasan eksotik klasik bermutu tinggi yang begitu istimewa di kalangan penggemarnya.

Di samping itu juga, ia sangat terkenal dengan nama jolokannya seperti Dragon Fish dan Dragon Bonytongues terutama sekali bagi para pengekspot dan pengimpot ikan yang sedang diancam kepupusan ini. Walau apapun jua nama yang diberikan kepadanya, Arowana tetap berenang megah sebagai raja ikan hiasan eksotik air tawar yang unik dan eksklusif.

Jenis-jenis ikan kelisa.

Ada banyak, tetapi aku tak pasti ada berapa bilangan jenis-jenis ikan kelisa.

  • Banjar Red Arowana
  • Green Arowana Malaysia
  • Golden Arowana
  • Platinum Arowana
  • Red Tail Golden Arowana
  • Super Red Arowana
  • Silver Arowana

Kepercayaan orang china.

Orang china percaya ikan perhiasan seperti Ikan ini, mempunyai feng shui yang sangat bagus untuk tuah dalam kejayaan dan juga untuk memastikan untung terus bertambah-tambah. Kita sedia maklum, majoriti mereka adalah golongan peniaga yang sentiasa memerlukan satu pendorong untuk terus maju kehadapan. Salah satu yang perlu kita contohi ialah mereka tidak berkira untuk mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit demi survive perniagaannya akan datang.

Mereka percaya, lagi mahal ikan ini, lagi banyak tuahnya,tertutamanya badan/warna ikan kelisa yang berwarna keemasan. Tuah ini bukan sahaja dalam bidang yang mereka meminati ,tetapi aspek lain juga contohonya dalam hubungan cinta, tuah dalam perjudian, tuah dalam kerjaya, tuah dalam sesuatu projek dan sebagainya.

Kalau nak beli, beli ketika masih kecil. Nanti dah besar boleh jual, dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda.

Akan datang, gambar-gambar ikan kelisa dan penjagaannya.

Sumber website

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Alam sekitar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

83 Responses to Jenis-jenis ikan kelisa dan kepercayaan orang china

  1. zal says:

    ak pn minat jgk bela ikn ni,tp tk mmpu nk beli sbb hrganye,,ya allaaahh, mahal nk mamp0s huhu

  2. Pingback: Burung cenderawasih, burung kayangan?? | Zikri Husaini

  3. Jasti says:

    Saya peniaga ikan arowana, saya ada lebih dari tiga Puluh kolam.jenis arowana yang kami titik berat kan ialah jenis Malaysian Gold Arowana.lokasi kolam kami di Bukit Merah semanggol,Perak. Ingin tahu lebih lanjut sila layari website kami@ email kepada saya di jasti@gafarowana.com.

  4. hadye says:

    tp ak pliara ikan kap yg besar 7 ekor dgn yg kecil sebesar ibu jari sbnyk 20 ekor…ak smpn kat akuarium yg pnjng 10 kaki,lebar 2 kaki, tinggi 6 kaki…rasanya blh cmpur ka tu ah dgn aruwana..?

  5. yuzri says:

    ikan kelisa ni…bila kita tgk cara dia berenang……pandang kiri pandang kanan..(mcm eksyen ja lebih)……dok kibaih2 ekor…
    kaler dia tu…yang bermcm jenis….yang kutulenan pnya…
    boleh bg kita inspirasi tuh!!!!

  6. Ali ridha says:

    ikan kelisa boleh membawa tuah
    dalam perjudian.kenapa kawan
    kalah judi je. :ermm:

  7. rashid says:

    wahaha..kawan rumah aku de bela..kecik tapi harga cecah RM80..huhu..memang mahal, tapi dia kata seronok..

  8. Norizwan says:

    Aku tak pernah tgk pula ikan kelisa emas ni…dah tentu mahal giler….sapa la pembelinya erk….untung rr dia…

  9. Ladfe Amir says:

    Aku rajin bawak anak2 aku pegi ke kedai ikan bersebelahan Wet World Water Park Shah Alam.

    Kat sini memang ada dijual arowana pelbagai spesis termasuk
    silver arowana – spesis paling cikai dari sg Amazon Brazil
    pearl arowana – spesis dari Australia / indonesia
    green arowana – spesis dari Vietnam
    golden red tail arowana – spesis dari Indonesia (borneo kalau tak silap)
    super red & red Chili – arowana dari Indonesia. spesis ni juga antara yg paling mahal
    golden high back – spesis kacukan golden red tail dengan golden arowana
    golden arowana – spesis dari negara kita. panjang 6 inci harganya mencecah hampir rm8K dan ke atas.

    golden blue base- murah sedikit dari golden arowana..sisiknya berwarna biru keemasan.

    paling mahal sekitar rm20K. pure golden arowana.

    ada juga yg tidak dijual sekadar display. mungkin saiznya yg sudah besar.

    antara yg display termasuklah

    pure golden arowana (daripada kepala hingga ke ekor..memang mcm emas).
    golden blue base saiz dewasa
    golden head arowana – kepalanya nampak macam emas tulin.
    golden twin arowana ..kembar siam.
    dan
    king arowana.. arowana raja yg ada bonggol mcm bonggol unta.

  10. Ezany-Kun says:

    kalo beli mahal2 tetiba bisnes rugi.. mau kena goreng ikan ni.. ekeke..

  11. Ladfe Amir says:

    ikan laga mmg senang nak dibela.letak dlm cawan pun bole hidup lg.

  12. dnobiz says:

    dan disebabkan ikan ni juga ramai pelabur yang kerugian berpuloh ribu ringgit :D ..
    skim pelaburan dalam kolam ternak kelisa

    • Ladfe Amir says:

      tu semua skim spam je. sama tipu macam bela kambing..ternak lintah dan burung walit

    • Jasti says:

      Salam sedare,

      Industri penternakan ikan arowana itew sudah melebihi 30 thn.
      Pada peniaga@pelabur harus teliti apabila berurusan dgn pihak syarikat mouth brooders ini.
      Banyak kompeni ikan arowana yang sudah stabil dgn perniagaannya.jadi harus berhati-hati membuat pilihan. :)

  13. yoy says:

    mahal kowt..mentenens lagi..kalah jg awek..hehe

  14. mancai says:

    pernah bela dulu.. tapi mentenen memang tak tahan… jual semula je.. sekarang ni bela ikan puyu je… huhuhuhu…

  15. treatmen says:

    penah tengok satu ikan kelisa arowana ni..memang besaarrr..takut nak pegang. :blink:

  16. suri says:

    nak naik kereta kelisa plk heeee..

  17. iza says:

    Salam…

    Suka jgk bela ikan, tapi ikan puyu je…3 kali bela 3 kali mati sbb tak bagi makan. ingatkan dia nak makan lumut je….
    kejam betul…

    • akubiomed says:

      Ikan Puyu dan ikan Betuk senang bela. Emak saya bela tidak pernah basuh balang kalau basuh mesti mati :-)

      • iza says:

        A’a…ikan puyu payah nak mati.
        apasal la ikan yg saya bela selalu mati?
        bekas kecik sangat kot.
        tak pun dia boring dok sekor-sekor dalam balang tu….
        Dah pernah masukkan kawan tapi salah sekor mesti terluka…

        • Ladfe Amir says:

          agaknya tu ikan puyu sama jantina..tu yg bergaduh tu.

          ikan puyu kalu bela kat balang, alamatnya besar mcmtu ajelah..tak membesar dah.
          puyu yg saya bela..adalah antara kumpulan ikan pertama yg dibela (ambil dari sawah)..juga merupakan kumpulan ikan terakhir yg mati.

          pernah juga..saya bela puyu , letak dalam balang tanpa penapis..sampai bertelur dan menetas ribuan anak puyu yg baru, tetapi semuanya dibunuh oleh puyu2 yg besar.

  18. arrizz says:

    waa, aku minat pelihara ikan nie..cumenye ikan kelisa g aku tak jumpe..ingat nak cari yang kecik punya..

  19. Fendidahada says:

    kat rumah aku ade 2 ekor..satu kelisa silver lagi satu kelisa merah..dua2 dah besar…

  20. RedBoys says:

    siapa yang bela ikan ni memang masyuk. mahal.

  21. paihujey says:

    tengok jela mulut ikan tu..menjuih jew ke dpan..cam smbong plak ikan ni mentang2 la kuit dia tu lawa..huhu

  22. zool says:

    memang best kalau dapat ternak ikan kelisa ni..masyuk tu.

  23. Busu says:

    Tempat tinggal aku lebih kurang 1/2 jam dari Bukit Merah,tempat pembiakan ikan kelisa….sekarang dah jadi macam kilang dah kawasan Bukit Merah,bezanya bukan bangunan yg didirikan sebaliknya kolam yang beratus-ratus…..

  24. adamfaiz says:

    Setelah lebih 6 kali membela arowana sehingga 8 cm pastu mati…dah fobia nak bela..sedih gak kalau sebelum mati tu goreng pun sodap…hehehee

  25. rockinsudu says:

    ikan ni mahal kot. yg kecik2 pun dlm 1k cam tu. klaw yg besar n warne mas ke mau dlm 20k

  26. Pelihara utk seronok, oklah! Tapi leceh dan rumit jaga ikan ni…hari2 nak kena teliti. Tapi jgn lak org kita pelihara kelisa utk fung shei…!

  27. zulkbo says:

    salam Zikr..
    nasib baik di lahirkan
    sebagai melayu islam..
    ermm..tidak ikan pun
    membawa tuah ye..? :tongue:

  28. wandisini says:

    memang best tengok kelisa ni berenang. nampak cool je. minat nak bela, tapi bab makanan tu yang kurang minat sikit. mahal gak belanja. kena beli makanan hidup. kalau nak sisik cantik ada serangga tertntu yang kena bagi makan. memang banyak hal lah

    kawan aku punya kelisa, tiap hari tak kurang rm20 kena keluar duit..kena isi minyak.hehe… :)

  29. tehr says:

    mahal ni
    aku suka bela ikan murah je, macam ikan guppy
    kalau mati pun tak la nyesal / sedih sangat :D

  30. kami says:

    kami mmg minat giler ngan kelisa ni,
    kat umah ada bela sekor,dulu beli 8 cm jer skang da nak cecah 20 cm, bru 8 bulan bela..:)
    mmg syok tgk dia brenang mau plak da besar,
    ikan ni jenis pandai..:)

  31. Pingback: Jenis-jenis ikan kelisa dan kepercayaan orang china « news@yoys

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge