Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Teknologi dan IT / Cara untuk bermain congkak.

Cara untuk bermain congkak.

Zik · Apr 28, 2011 · 44 Comments

Share this on WhatsApp

[congkak_4.jpg], permainan congkak, mari main congkak, peraturan congkak, cara untuk bemain congkak,

Seperti yang dijanjikan setelah kita mengenali asal-usul permainan ini berasal dari mana,  tibalah masa untuk memberi tahu cara untuk bermain congkak. Sangat mudah.

Cara untuk bermain.

Permainan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Pemain akan duduk secara bertentangan dan ‘kampung’ akan diisi dengan buah congkak yang mempunyai bilangan buah yang sama. Jika dalam pertandingan, pengadil akan dipanggil untuk mengadili pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan cara bermain serentak.

Pemain boleh mengambil buah dari mana-mana lubang dan akan memasukkannya satu demi satu ke dalam ‘kampung’ dan ‘rumah’. Jika buah yang terakhir dimasukkan ke dalam lubang yang berisi atau dimasukkan dalam ‘rumah’, pemain boleh meneruskan permainan untuk pusingan yang kedua tetapi jika sebaliknya, pemain akan berhenti dan menunggu pihak lawan menghabiskan buahnya.

Tetapi dulu, ada juga boleh main 4 orang (suka-suka) kiranya satu line tuh doa orang lah yang main, kiranya ada seorang menjadi mastermind untuk rancang strategi ataupun bergilir-gilir.

Tidak perlu sebarang undian untuk mendapatkan hak memulakan permainan. Permainan dijalankan serentak. Siapa lebih cekap, dia boleh bergerak mendahului lawannya. Pemain boleh memulakan permainan dari mana-mana lubang yang dia suka. Jika ada 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 lubang misalnya, maka ada tujuh buah dalam setiap lubang.

Jadi, jumlah buah yang diperlukan adalah 7×7=49. Maka ambil semua buah dalam lubang yang disukai dan lakukan pergerakkan ikut arah pusingan jam. Semasa bergerak, mesti masukkan satu buah ke dalam setiap lubang yang dilalui dan “lubang ibu” (lubang besar dihujung). Hanya satu lubang ibu sahaja bagi setiap pemain iaitu lubang ibu dihujung, di sebelah kiri pemain sahaja.

Strategi bermain.

Permain congkak perlu berfikir, menyusun strategi dan membuat congakkan. Siapa pandai math nie kira advantage lah. Ia memerlukan kecekapan. Biasanya orang  yang selalu main congkak akan lebih tahu taktik dan mahir. Jadinya, tidak hairanlah jika ada yang sanggup menghabiskan berjam-jam untuk berlatih seorang diri (haha, akulah tuh) untuk mengkaji pergerakan “buah” sehingga formula rahsia untuk menjadi juara tersimpul dalam mindanya. Strategi ini bakal digunakan untuk mengalahkan lawan dalam perlawanan  yang seterusnya. Jika 1st games kalah.

Di akhir permainan hanya tinggal beberapa biji buah di dalam lubang masing-masing. Pemain-pemain dikehendaki menjalankan buah itu mengikut susunan lubang iaitu bermula dari lubang yang berisi buah yang di kanan sekali hingga di hujung dekat lubang ibu secara serentak menuju ke lubang ibu masing-masing. Sesiapa yang habis dahulu buah di dalam lubangnya, dia dikira kalah namun:

Terdapat dua kaedah untuk menentukan pemenang iaitu:

  • Pemain yang mempunyai jumlah buah congkak yang banyak.
  • ‘Menapak’ iaitu Pemain yang paling lambat memasukkan buah congkak ke dalam ‘rumah’ dan biasanya, pemain yang lambat memasukkan buah, mempunyai buah congkak yang banyak.

Dalam permainanini, semua buah yang berada dalam lubang tersebut akan diambil dan dimasukkan ke dalam ‘rumah’ atau “kampung”

Pergerakkan permainan “mati” apabila buah yang digerakkannya habis dilubang yang kosong. Maknanya buah di dalam lubang itu sudah dijalankan sebelumnya. Jika lubang kosong, tempat pemain “mati” itu pada baris di hadapan si pemain, maka buah dalam lubang yang bertentang dengan lubang kosong itu boleh dirampas oleh si pemain dan dimasukkan ke dalam lubang ibu miliknya.

Ia dipanggil strategi tembak . Iaitu, pemain berjaya menembak jika buah congkak yang terakhir, dimasukkan ke dalam lubang yang tidak berisi dan terdapat buah di lubang bertentangan yang berada di barisan pihak lawan.

Takda limit masa.

Permainan congkak dimainkan pada bila-bila masa sahaja. Tak macam main bola sepak, ada masanya dalam 90 minit siap ada masa tambahan.  Begitu juga dengan jangka masa untuk menghabiskan permainan ini. Permainan akan tamat jika buah congkak dalam lubang salah satu pihak telah habis tetapi jangka masa permainan akan menjadi singkat sekiranya pemain tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi.

Perbezaan Peraturan.

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Permainan congkak sebenarnya merupakan satu permainan yang menarik dan menguji daya pemikiran seseorang khususnya dalam pengiraan. Permainan ini seharusnya tidak boleh ditinggalkan dan generasi pelapis perlu mengambil alih peranan agar permainan ini tidak terkubur begitu sahaja.

Siapa nak lawan congkak??

Sumber blog kerepek, sukan sri aman, dan gambar dari bb2008myra

Share this on WhatsApp

Teknologi dan IT cara untuk bermain congkak, peraturan bermain congkak, strategi bermain congkak

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Pejuang Kesenian Extreme says

    April 28, 2011 at 6:41 am

    Tak sangka pulak ada buat tutorial cara-cara bermain congkak..hehe

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:02 pm

      mana tahu ada orang nak belajar…

      Reply
  2. Miss Tira says

    April 28, 2011 at 7:12 am

    Tira pun dah lama tak main congkak tapi masih ingat lagi cara nak main.

    Reply
    • suri says

      April 28, 2011 at 12:32 pm

      mainan yg tak lapuk di ujan tak bosan di hadap kini makin pupus telan arus zaman

      Reply
      • bEe says

        April 28, 2011 at 1:22 pm

        Betul… tak lapuk dek hujan permainan yg penuh berseni-seni ini πŸ™‚

        Reply
  3. tengkorak emas says

    April 28, 2011 at 7:35 am

    kalau tak silap..aku jarang menang main congkak, bro..huhu

    hati2 berlatih seorang diri, nanti ada yg ingat bermain dgn ‘seseorang’ πŸ˜€ (pengaruh filem seram)

    Reply
    • bEe says

      April 28, 2011 at 1:22 pm

      hehehe… TE tak abis2 dgn imaginasi πŸ˜‰

      Reply
    • akubiomed says

      April 29, 2011 at 10:45 am

      Arwah nenek selalu berpesan melarang main congkak seorang diri.

      Reply
  4. adele says

    April 28, 2011 at 8:29 am

    wah,congkak pun dah ada tutorial skrg..hehe

    Reply
    • bEe says

      April 28, 2011 at 1:23 pm

      Senang org nak search nnt adele…. bagus juga idea zikri ni πŸ˜‰

      Reply
      • Hisyam says

        April 29, 2011 at 11:27 am

        Memang perlu ada tutorial. Sebab dah ramai orang muda yang tak tahu main congkak.

        Reply
  5. ejoncb says

    April 28, 2011 at 10:45 am

    hahahaha…kecik2 selalu main congkak ni..tapi congkak buatan sendiri la, korek tanah, guna biji getah..haha..abes kuku itam..

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:09 pm

      same lah… biasalah budak2.. dulu mana tau aper… huhu

      Reply
  6. zulkbo says

    April 28, 2011 at 11:21 am

    salam Zikr..
    lama dah tak main congkak
    entah dah lupa..nasib baik
    ada panduan di sini..
    he he..

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:11 pm

      biasa budak2 kecil suka main… yang dah besar2 nie tak tahulah…

      Reply
  7. paihujey says

    April 28, 2011 at 1:10 pm

    tiap kali kalau pegi rumah atok selalu main congkak..atok ada cite jugak malam2 dia ada dengar org main congkak..walhal tiada org pun yg main..magic kan??

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:16 pm

      hehe..ada unsur mistik disitu..

      Reply
  8. bEe says

    April 28, 2011 at 1:27 pm

    Hehehehe…………
    Bagus sungguh entry ni. Tak terpikir dek akal utk mmbuat entry ni. Sbb nak fikir balik cara permainan tu mcm lembap mentega sket πŸ˜‰ hehehe…

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:27 pm

      erm betul tuh kak… kalau nak buat tutorial memang agak susah sebenarnya…

      Reply
  9. Hisyam says

    April 28, 2011 at 2:11 pm

    Main congkak best kalau main petang2. Lagipun masa kat sekolah dulu pernah masuk pertandingan peringkat daerah ape main congkak ni, berprestij tu.

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:28 pm

      hebatnya sampai peringkat daerah tuh…

      Reply
  10. hafidz says

    April 28, 2011 at 4:09 pm

    jom bro kita bercongkak~ πŸ˜‰

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:29 pm

      mari… one by one..

      Reply
  11. iza says

    April 28, 2011 at 4:55 pm

    Assalam..
    Jom lawan congkak…

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:34 pm

      mari.. sila sediakan buahnya.. heh

      Reply
  12. tehr says

    April 29, 2011 at 12:59 am

    perempuan biasanya menang main congkak ni
    mereka sabar dan cool je

    aku memang takleh main
    geram semacam je
    haha

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:37 pm

      biasalah lelaki… hardcore sikit main apa2 games..

      Reply
  13. mancai says

    April 29, 2011 at 9:51 am

    lama tul tak main congkak ni…

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:41 pm

      last bila agaknya tuh bro?? hehe

      Reply
  14. Ladfe Amir says

    April 29, 2011 at 10:25 am

    dah lama tak main congkak.
    aku dulu pun suka main sorang2 utk mencari taktik utk menang.
    biasanya kalu dah menang satu round..round yg berikutnya mmg lawan aku akan ko. tak berbuah lagi

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 10:48 pm

      biasalah tuh… dah tahu taktik kot??

      Reply
  15. akubiomed says

    April 29, 2011 at 10:47 am

    Seronok main congkak terutama bom phak lawan yang tengah mengumpul guli yang banyak

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2011 at 11:13 pm

      bila kena tembak.. nasib lah..

      Reply
  16. nasslimdiet2 says

    April 29, 2011 at 11:36 am

    masaaku kecik-kecik dulu tak sah main congkak kalau tak gaduh coz ada yang main tipu. ada yang penah kena tipu atau menipu masa main congkak? mesti ada kan? hehehe

    Reply
    • Hisyam says

      May 3, 2011 at 1:52 pm

      Yang ni memang banyak kali buat. Alih perhatian lepas tu tipu buah guli tu.

      Reply
      • nasslimdiet2 says

        July 18, 2011 at 9:20 am

        bila kantoi, bergaduh la jawabnya

        Reply
    • QuRa qUrA 98 says

      July 16, 2011 at 12:55 pm

      HEHEHE
      Wajib benta 2 terjdi
      x sah klu x terjdi

      Reply
  17. Bob Miller says

    August 27, 2011 at 5:46 pm

    TE tak abis2 dgn imaginasi
    -Bob from BMW for Sale

    Reply
  18. ekin sulaiman says

    December 26, 2011 at 11:39 am

    ble bg tips cmne nk menang buah n tapak x???

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2011 at 11:46 am

      kena pandai budget.. dan pastikan jangan simpan lama2(banyak) buah dalam tapak dekat kita punya line…..ada rasa nampak banyak, guna.. jangan simpan.. takut kena tembak.. habis

      Reply
  19. Amirah Rasyidah says

    March 12, 2012 at 4:14 pm

    tq sesangat!berguna untuk wat folio!:D

    Reply
  20. fara says

    July 10, 2014 at 4:04 pm

    ade lagi tips lain tak..biasa awak start tapak no berapa

    Reply
    • Zik says

      July 10, 2014 at 10:01 pm

      Start tengah..

      Reply
  21. Liza says

    August 15, 2023 at 6:55 pm

    Hi zik..boleh share strategi mcm mana nk menang menapak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.