Cara nak lebatkan rambut.

Sekadar gambar hiasan.

Peringatan. (Tips ini hanya berdasarkan petua-petua orang lama). Anda disarankan mendapatkan rawatan dari mereka yang pakar dalam bidang ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ingin berkongsi sekali lagi bagaimana nak melebatkan rambut yang gugur.

Pengenalan.

Semua orang inginkan rambut yang sihat lagi menawan. Tak salah bagi yang sudah berusia untuk mengekalkan keremajaan, namun ia bergantung kepada niat dan matlamat asal mungkin untuk menyatukan keluarga ataupun (tambah cawangan, bagi lelaki) hehe, bagi perempuan pula mungkin untuk kekal cantiklah kan! (macam biasa) . Rambut yang sihat, lebat dan bersinar pastinya akan menambah keyakinan diri dan penampilan dalam meneruskan perjuangan sehari-harian kita.

Punca Rambut gugur.

Ada banyak punca-punca yang menyebabkan rambut mudah gugur, selain dari faktor usia yang semakin bertambah.

  1. Genetik.
  2. Tekanan kerj.a yang teruk.
  3. Diet yang teruk.
  4. Faktor hormon
  5. Masalah tempurung rambut.
  6. Putus haid
  7. Selepas bersalin (bagi wanita).
  8. Penyakit tiroid. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  9. Demam, jangkitan dan selesema yang serius. Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  10. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan. Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  11. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  12. Rawatan kanser. Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Kos-kos rawatan yang sangat mahal dan tidak memuaskan.

Pernah juga,mendengar aduan dari rakan-rakan sendiri yang pernah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar, bahkan sehingga beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.

Cara-cara lebatkan rambut.

Sudah tiba masanya untuk menerangkan cara-cara/tips yang insyallah mujarab orang tua-tua kata.

Petua 1 :

Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

Petua 2:

Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.

Petua 3.

Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.

Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.

Petua 4.

Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

Petua 5.

Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2biji telur
  • 2 sudu besar santan asli
  • 2 sudu besar minyak kelapa

Caranya:

  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.

Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

Penutup.

Selmat mencuba ya. Kalau ada petua/tip-tip yang lain ingin dikongsikan bersama. Kongsikan bersama ya!

Sumber :

http://petuasejagat.blogspot.com/2008/12/petua-lebatkan-rambut.html

http://www.petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/

http://gediq.com/tips/petua-melebatkan-rambut

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
Cara nak lebatkan rambut., 9.0 out of 10 based on 5 ratings

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. says

    satu perkongsian tips yang menarik, petua2 tradisional yang ringkas :)

    ada juga yang telah mencuba mcm2 cara nak lebatkan rambut atau nak elakkan rambut gugur.

    kalau ada yang nak mendapatkan set shaklee untuk bantu atasi masalah ni, boleh hubungi saya atau jemput ke blog saya untuk lebih info ye :)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. burung merpati says

    betul ker daun bunga raya n pokok lidah buaya nie menjadi kn rambut semakin lebat ..cz sy dh cuma tapi tetap sama jer xda perubahan langsung …..rambut sy tetap jer sedikit dan hampir2 nk nampak kulit kepala .. umur sy baru jer 22 thn tapi rambut mcm org umur 40 …keluar rumah skrg pun bertudung ….malu kalau org lain tahu keadaan rambut sy yg hampir2 nk nmpk kulit kepala …

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. says

    pakai bond sudah.. rmbut ak tk smapi 2 mggu dri botak dh pnjg..
    Insyallah.. bnde tue asebab je.. doa dgn ALLAH jugak..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. Yana says

    Saya dulu pon runsing dgn mslah rmbut yg skit. Mmg malu. Klu mandi air tjun kawan2 smpai gelak tnye rambyt mcm hilang je. Smpai nmpak kulit kpala.tp skrg lega rase sejak guna shmpo bawang jackie chan rnbt skit2 tumbuh. X smpai 1 blan pon

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: -2 (from 2 votes)
  5. says

    sye mxcm2 ubt da pkai tp ttp gak gugur… klau poko lidah buaye mne nk cri poko 2…

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      sini kat rumah saya ada… kalau bahasa orang putihnya dipanggil aloe vera…

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  6. says

    ade org ckp poko lidah buaye untk melbtkn rmbot btol ke… mne nk cri pokok 2

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      ada banyak tempat.. pergi kat kedai nursery ada rasanya…

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  7. wan says

    saya ada tobek.ada ubat x?

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 2.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. zakiah anas says

    rmbut sy lebat tp mslhnya sllu ggur dh mcm2 sympoo yg sy guna tp kdaan ttp sma.malah suami sy trtekan dgn kdaan kpalanya smakin botak krn byk sgt rmbut yg ggur.mcm2 produk yg dia guna tp msh sma..bla guna ssetengah prudak tu blh myebabkan kulit kpala tmbah brminyak dan dia trus brhnti dr pggunaan..jd ap yg ptut sy buat.???

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. amy_93 says

    sye pernah cuba pakai daun buah rambutan,sampai sekarang sye pakai,nampak berkesan walaupun mengambil masa yang agk lama. . .

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +2 (from 2 votes)
  10. joey says

    salam….
    sebelum nie saya penah juga menggunakan daun lidah buaya untuk melebatkan rambat.tetapi sebaliknye berlaku…apabila saya bilas rambut selepas menggunakan daun lidah buaya,rambut saya kelihatan banyak yang gugur….

    menggunakan pati santan berkesan ke untuk melebatkan rambut?

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      pati santan tak pernah dengar.. boleh cuba.. dan kongsikan..

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
    • Yana says

      Ini btul2 mujarab hnya 1 bulan. Syampoo bawang .saya sndri gnaknye

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      • tashz says

        Hye yana,syampoo bawang jackie chan yg mana satu ye?sebab kalau x silap syampu bawang ada 3 jenis kan.. ?

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)
  11. says

    betul ke daun lidah buaye dn daun bunge raya dpat mempercepatkn penumbuhan rambu??

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: -1 (from 1 vote)
    • nori says

      ya… lidah buaya mnggalak penumbuhan rambut. bunga raya mnguatkan akar rambut.

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: +1 (from 1 vote)
  12. isimuda braski. says

    Say ada skim merlurut sama dengan bio tecknotrim ubatan. Ia berapa cari German. Barat yg banyak dengan elmu science buat ubatan rambut. Say konsi bersama semua.
    1; Dapatkan Dan urang aring. Kalau Boleh yg Tua. tanamkan Ia dengan copi sembuh untuk mensegaran pada daun itu.
    2; garam, dengan banyakan minyak zaiton.
    3; tepong beras Di sapukan dengan garam dan sedikit air bersama number 2.
    4; minyak. Zaiton. It disemadikan ke arah rambut it seaman sepuluh. Min. Dan berdandankan dengan Tua keping.slamat memcubari. Salam

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  13. zul-jr says

    salam…thanks kongsi petua,..rase2nye mane satu ek yg berkesan..?

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  14. zwan says

    mcm2 product tuk sy nk bg rambut tumbuh…mahal baik pun yg murah…tetapi hasil ttp sama je…runsing d buatnye,,,,,ade sape2 leh bg tau ubat yg mujarab le,,,

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • syam says

      salam ..
      rambut tuan tahap kritikal ker?ada p buat mana2 rawatan kat mana2 x?
      tq

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • Yana says

      Paling mujarab hnya 1 bulan dan murah.shampoo bawang sya sndri gunaknya

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      • AIN says

        macam nme nk dapt n shampo bawang?

        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.22_1171]
        Rating: 0 (from 0 votes)
  15. din says

    jadi sungguh ke??

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  16. atiesya says

    gn daun rmbutan mda mmg mnjdi… tq bb kgsi ptua

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  17. zanita says

    guna zamzam hair oil berjaya k???saya mengalami keguguran rambut yang teruk..sehingga kan ternampak kulit kepala..busuk tk pe asl menjadi da la… :biggrin: :heart:

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  18. says

    guna minyak ZamZam Hair Oil yg selalu org India pakai,yg bau busuk2 tu mmg bleh lebatkan rambut..tp busuk yg amat lah..huhu

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  19. says

    boleh…… :blush:

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  20. says

    zik kau ni hensem gak kan?? :heart: :wub: :blush: :kissing:

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 2.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  21. says

    salam zikr..
    alamak!!
    rambutku pun semakin
    kurang..he he..good tip
    thanks sharing :silly:

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 1.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge