
Pasukan pahang mara ke pusingan suku akhir apabila menewaskan pasukan dari UKM FC 1-0 di stadium KL-FA Stadium sebentar sahaja tadi. Permainan tampak seimbang sebenarnya. Kalau tengok macam pasukan pahang tak mempamerkan aksi yang sebenar dalam kejohanan kali ini.
Pahang ‘berpeluh’ sebelum atasi UKM FC
KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Pahang dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.
Jaringan tunggal pertahanan Tok Gajah, Matthew Davies hanya terhasil selepas berlaku salah faham antara penjaga gol tuan rumah, Khatul Anuar Md Jalil bersama pertahanannya, Alexandru Tudose.
Bagaimanapun, kecekalan UKM FC wajar dipuji ketika berjaya mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi lebih banyak gol ketika Tok Gajah menurunkan kesebelasan utama.
Terdahulu, tuan rumah seakan lebih bernafsu memburu jaringan dan minit ke-19, kesilapan penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Eliza Elias yang gagal mengeluarkan bola dengan baik hampir mengundang padah sebaliknya Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman lambat bertindak melakukan penyudah.
Memasuki minit ke-25, Pahang akhirnya mula mendapat rentak namun setiap percubaan diatur berjaya dipatahkan pertahanan lawan.
Lapan minit babak kedua bersambung, sepakan gunting dilakukan bintang import Pahang, Jose Eduardo Almeida sekadar menggegar palang.
Seterusnya, UKM lebih banyak berkampung di kawasan sendiri tetapi deretan peluang dicipta Pahang terus menemui jalan buntu.
Gol tunggal Tok gajah mengesahkan tempat!!
Pada minit ke-84 pemburuan Tok Gajah berakhir apabila berlaku salah faham antara penjaga gol dan pertahanan UKM sehingga menyaksikan hantaran lintang dilakukan Matthew Davies terus menuju ke gawang tuan rumah.
Video gol perlawanan UKM 0-1 Pahang piala fa 17.4.2019

Leave a Reply