Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara melaungkan amaran pada temasya Sukan SEA kali ini selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Thien Truong, sebentar tadi. Masih banyak perlu diperbaiki , sebab pasukan Laos yang baru sahaja tewaskan pasukan kita dua kali dalam pertarungan yang lepas, mereka mampu seri 2-2 dengan Singapura sebentar tadi.
Namun keputusan perlawanan malam semalam membolehkan skuad bimbingan Brad Maloney mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata sementara Thailand yang juga juara 16 kali mungkin meratapi kekalahan itu susulan ‘kesilapan’ pemainnya yang dilayangkan kad merah pada hujung babak pertama.
KEDUDUKAN KUMPULAN B :
MALAYSIA 3 MATA
SINGAPURA 1 MATA
LAOS 1 MATA
CAMBODIA 0 MATA
THAILAND 0 MATA
Pada aksi terbabit, Thailand hanya memerlukan sembilan minit untuk mencemaskan benteng Malaysia menerusi percubaan Ekanit Panya yang diselamatkan Azri Ghani sebelum terus mengancam menerusi tandukan Jonathan Khemdee hasil sepakan sudut selepas itu.
Pemain Malaysia, Nur Azfar Fikri meraikan gol jaringanya ketika menentang pasukan Thailand pada saingan Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Truong malam ini.
Tanpa sebarang percubaan dalam 20 minit pertama, peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-23 namun Luqman Hakim Shamsudin gagal mengarahkan percubaannya dengan tepat ke gawang gol dan tersasar tinggi.
GAWANG MALAYSIA BOCOR MINIT KE 33.
Kesilapan zonal marking yang lemah, akhirnya membawa padah pada minit ke-33 selepas Patrick Gustavsson bijak mengatasi kawalan dua pertahanan Malaysia dan percubaannya yang perlahan cukup untuk menewaskan penjaga gol malaysia, Azri.
Gustavsson sekali lagi menguji Azri pada minit ke-37 namun kali ini gagal mengatasi penjaga gol negara itu dan giliran Nik Akif menguji Kawin Thamsatchanan seminit berselang.
Penjaga gawang pasukan Thailand, Kawin Thamsatchanan menumbuk bola keluar dari kawasan gol ketika bertemu pasukan Malaysia pada saingan Sukan Sea 2021 di Stadium Thien Truong.
Malaysia punya kelebihan seorang pemain apabila Khemdee dilayangkan kad merah pada minit ke-41 selepas menjatuhkan Syahir Bashah yang dilihat memiliki peluang untuk mendapatkan bola, kemungkinan besar boleh gol kalau dia tak jatuhkan syahir. Tapi kalau betul mungkin susah nak gol. Tapi itu kesilapan yang kita tengok rasa tak boleh diterima oleh pengadil, terus keluar red card.
PENYAMAAN GOL MALAYSIA SEPARUH MASA KEDUA.
Separuh masa kita gagal mencari gol penyamaan, agak sukar untuk tembus pertahanan Thailand. Namun ianya terhasil juga pada separuh masa kedua apabila pada minit ke-61 selepas gerakan Mukhairi Ajmal gagal dikekang pertahanan Thailand dan hantaran lintangnya disudahkan Danial Asri dari jarak dekat untuk kedudukan 1-1.
Macam-macam peluang dijelmakan dari skuad harimau muda ini sebelum, semuanya tersasar, dan ada yang tepat ,tetapi Khawin penjaga gol thailand yang lebih berpengalaman, cepat membaca serangan lawan. Semangat juang mencari gol buat skuad harimau muda wajar dipuji. Tetapi finishing kurang tajam. Kena manfaatkan peluang yang ada dengan hasilkan gol, bukan peluang semata-mata.
JARINGAN TERAKHIR MALAYSIA, GAMATKAN SUASANA STADIUM!!.
Di minit-minit terakhir, setelah penat bertahan pasukan thailand untuk elakkan malaysia jaringkan gol akhirnya tidak berjaya apabila pada minit akhir waktu sangat kritikal, Azfar Fikri Azhar menyumbat gol kedua yang jelas menjadi gol kemenangan buat Malaysia. Memang dah kelam kabut masa tuh, khawin pun dah tak boleh buat apa. Defend dua orang thailand pun dah terbuat kesilapan.
Selepas pertembungan dengan Thailand, Malaysia akan berdepan Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di venue sama. Dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir. Kalau pasukan malaysia kekal konsisten mencatat kemenangan ada peluang untuk mara.
Singapura hampir berputih mata dengan Laos seri 2-2.
Sementara itu, dua jaringan lewat permainan menyelamatkan maruah Singapura daripada dimalukan Laos apabila mereka terikat 2-2 dalam aksi Kumpulan B yang berlangsung pada sebelah petang.
Laos mendahului 2-0 hasil jaringan Ekkamai Ratxachak (m14) dan Chony Wenpaserth (m50) namun Singapura bangkit di hujung permainan dengan jaringan Glenn Kweh (m89) dan Jordan Emaviwe (m90+6).
Video highlights THAILAND 1-2 MALAYSIA SUKAN SEA 7.5.2022
VIDEO FULL PERLAWANAN THAILAND VS MALAYSIA U23 SUKAN SEA 7.5.2022
Leave a Reply