Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara melaungkan amaran pada temasya Sukan SEA kali ini selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Thien Truong, sebentar tadi. Masih banyak perlu diperbaiki , sebab pasukan Laos yang baru sahaja tewaskan pasukan kita dua kali dalam pertarungan yang lepas, mereka mampu seri 2-2 dengan Singapura sebentar tadi.
Namun keputusan perlawanan malam semalam membolehkan skuad bimbingan Brad Maloney mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata sementara Thailand yang juga juara 16 kali mungkin meratapi kekalahan itu susulan ‘kesilapan’ pemainnya yang dilayangkan kad merah pada hujung babak pertama.