
Perlawanan yang terakhir dalam saingan kelayakan piala dunia semalam dah habis untuk kumpulan group Asia. Malaysia perlu menang untuk kempen kelayakan piala asia 2023 yang akan memulakan kempen kelayakan ini bulan 11 atau 12 tahun ini 2021.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G KELAYAKAN PIALA DUNIA 16.6.2021
- UAE 18 MATA
- VIETNAM 17 MATA
- MALAYSIA 12 MATA
- THAILAND 9 MATA
- INDONESIA 1 MATA
- KEPUTUSAN PENUH :
- MALAYSIA 1-0 THAILAND
UAE juara kumpulan G.
Jaringan oleh :
Safawi Rashid 53″
Secara keseluruhannya pasukan malaysia bermain agak baik, tan cheng ho membuat beberapa pertukaran pemain dan mencuba pemain yang muda lebih aggressif seperti akyar rashid bermain lebih tangkas cuma dia tak dapat menjaringkan gol untuk malaysia. Namun tekanan ini membuatkan thailand bermain agak tertekan juga.
Banyak juga percubaan merbahaya dari thailand, tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya. Adisak krasorn yang dimasukkan pada separuh masa kedua untuk menguatkan jentera serangan ternyata bahaya juga.
Cheng Hoe dilihat melakukan tindakan berani dengan melakukan beberapa perubahan berbanding perlawanan menentang tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam sebelum ini terutama dengan meletakkan Akhyar Rashid dan pemain muda, Arif Aiman Hanapi di bahagian sayap kiri dan kanan.
Malah, aksi meyakinkan daripada Syahmi Safari di posisi pertahanan kiri juga menyaksikan ketiadaan La’vere Corbin-Ong yang berdepan penggantungan satu perlawanan tidak begitu dirasai.
Harimau Malaya mendapat beberapa peluang untuk meledak gol terutama menerusi Akhyar Rashid dan Guilherme De Paula, namun gagal disudahkan dengan jaringan.
Nasib baik offiside.
Thailand mendapat gol pada mint ke-35, namun jaringan itu dibatalkan selepas Suphanat Mueanta dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.
Tindakan Cheng Hoe memasukkan Safawi Rasid sebaik bersambung babak kedua membuahkan hasil apabila dia meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-52.
Thailand hampir berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87, namun percubaan jarak dekat Suphanat melepasi palang gol dan kedudukan 1-0 memihak Harimau Malaya kekal hingga wisel penamat.

Leave a Reply