• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ulasan penuh malaysia 1-1 Hong Kong kelayakkan piala asia 5.9.2017

Ulasan penuh malaysia 1-1 Hong Kong kelayakkan piala asia 5.9.2017

Zik · Sep 5, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia, malaysia vs hong kong,

Keputusan penuh :

Malaysia 1-1 Hong Kong.

Jaringan oleh :

  • Sandro 53″
  • Syazwan Zainon 56′

Bolehlah menarik nafas lega untuk penalti last tuh. Mujur tidak gol. Tetapi apa keputusan pengadil adalah muktamad. Dua kad merah yang pemain malaysia adalah WAJAR sama sekali.

Gagal manfaat ditempat sendiri.

Bermain ditempat sendiri, stadium Hang Jebat, Melaka. Kalau  Malaysia gagal memanfaatkan peluang di tempat sendiri, Hong Kong juga gagal memanfaatkan penalti pada masa kecederaan yang dihadiahkan pengadil kepada mereka.

Kalau ikutkan kedua-dua pasukan ini adalah hambar, terus terang aku cakap. Kalau malaysia vs Lebanon, aku rasa kena kitai lagi teruk tuh. Memang dari kedua-dua pasukan ada percubaan yang merbahaya, tetapi dibahagian serangan memang tumpul beb.

Separuh masa pertama.  

Secara kasarnya perlawanan separuh masa pertama lebih dikuasai oleh pasukan Hong Kong. Namun kedua-dua pasukan bergelut di hadapan gol. Hong Kong sangat tumpul sepanjang perlawanan walaupun mendapat banyak peluang gol dijanakan.

Separuh masa kedua, malaysia cuba bangkit!! 

Pada separuh masa kedua, Malaysia memperbaiki corak permainan mereka. Melihatkan asakan demi asakan yang dilancarkan Malaysia, Hong Kong juga meningkatkan intensiti mereka.

Hong kong didepan. 

Selepas beberapa kali Hong Kong melepasi garisan akhir pertahanan, akhirnya mereka mendahului pada minit ke-53 menerusi Alessandro Leonardo. Hasil dari gerakan sebelah kanan, dan cutback kepada Alessandro yang tiada yang follow up dia terus dengan mudah menendang masuk gawang gol.

Malaysia menyamakan kedudukan. 

Malaysia memberikan respon yang positif apabila 3 minit berselang, Syazwan Zainon menjaringkan gol dengan ‘taping’ daripada sebelah kanan gol Hong Kong. Hasil gerakan zainon pada awalnya di sebelah sayap kiri melepasi dua pemain hong kong, kemudian pass kepada Shafiq Rahim dan membuat sepakan deras tetapi terkena pertahanan pemain hong kong, kemudian bola itu ke sebelah kanan, zainol yang tidak dijaga terus meluru menyepak bola masuk ke gawang hong kong. Tersentak seketika pada ketika itu.

malaysia, syazwan,

 

Malaysia cuba mencari gol kemenangan dan Hong Kong mulai lebih aktif untuk menyerap serangan Malaysia dan melancarkan serangan balas.

Hong Kong ternyata menggunakan kelebihan fizikal mereka dan kepantasan pemain sayap kiri mereka. Pemain mereka memang lah tinggi, lagi guna pemain yang semua macam negro dah semuanya majoriti. Biasalah dah dapat natrulisasi kan.

Vingada cuba menambahkan pemain di serangan dengan memasukkan Hazawan Bakri. Namun tidak membawa impak yang positif menghasilkan gol. Rizal Ghazali dilayangkan kad merah pada minit ke-89 selepas masuk ke dalam padang tanpa kebenaran pegawai perlawanan. Main masuk jer, tunggulah ref cakap dah boleh masuk. Memang bikin panas jer..

Penalti di minit kecederaan. 

Ini memang saat dah kritikal masa nih. Pada masa kecederaan, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Hong Kong. Aidil pula dilayangkan kad merah kerana dilihat membantah keputusan pengadil.

Hafizul Hakim jelas pemain terbaik perlawanan apabila menyelamatkan penalti tersebut. Beliau juga banyak menyelamatkan beberapa cubaan daripada pemain lawan

Selepas 2 perlawanan, Malaysia di tangga ke-4. Ini adalah mata sulung dan mata tunggal Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia kali ini selepas 2 perlawanan.

Kedudukan terkini Kumpulan B:

  1. LEBANON 7 MATA
  2. KOREA SELATAN 2 MATA
  3. HONG KONG 2 MATA
  4. MALAYSIA 1 MATA

Komen dari pejuang keyboard. Nitizen.

X de ape nk di banggakn klu game play mcm ni..badrul x de fungsi,sharom kalam ball watching,insa x de kaki asyik tanduk bola je,yol jd lumba lari dlm padang,vingada lmbt msuk kn fresh leg..nasib ade keeper yg btol2 cm mignolet je..hmm jauh lg la world cup..
komen saya ialah…Prlawanan mnentang Hong Kong mrupakan satu match yg penting dimna para pemain Malaysia mnunjukkan skill Harimau Malaya yg sbenar..walaupn kurang mmberangsangkan, dsbbkan trlalu bnyk mkan daging korban..ttapi smngat Harimau Malaya tu pnting..Justeru itu, pada prlawanan akan dtang kami rakyat akan brdoa smoga brjaya dlam prlawanan strusnya..Insyallah Malaysia Boleh..#TakkanTumpulPnyaGigiHarimauMalaya…Salam Aidiladha…
Masih ada peluang utk merebut num 2 dlm group. Overall not bad. Tp bad kelaut mlm ni. Defend vingada kena cari lagi sebb pairing aidil + shahrol tak padu. Midfield syafiq kena pairing dgn naxto insa baru padu utk control tgh. Striker akan dpt lebih byk bola. Kiko boleh jd dmf. 
semua orang sibuk dengan referee,
sehingga kita terlepas pandang kad merah yang dilayangkan kepada Rizal Ghazali dek kerana kesilapan yang ‘tidak patut’ dilakukan..
apapun referee malam ni memang macam referee barcelona vs other team..
opssss
Kalau serangan Hong Kong lebih tajam, padah kita. Pertahanan kita mesti naikkan prestasi kalau hendak bertemu dengan Korea Utara.

Bab pengadil pula, bagi saya, prestasinya ok. Usahlah hendak ungkit kisah silamnya. Kalau kita buat analisis untuk permainan malam ini, beliau ok.

Dua kad merah yang dilayankan sepatutnya kad merah. Saya tahu orang mempertikaikan kad merah kedua Zafuan yang terima. Zafuan cuba mengasak pengadil secara fizikal dalam keadaan kecoh, yakni, pengadil terpaksa diberikan kad merah. Nampaknya para pemain kita tidak dapat mengawal perasaan dengan baik. Kita mesti belajar dari kesilapan in…insiden lalu melibatkan penjaga gol kita, ya? 

Minta maaf la. Gameplay masih lagi sama. Masih lagi nak longpass tak tentu hala. Ye, pengadil palat, tapi kalau letak Colina, Howard Webb jadi pengadil pun, result tetap sama kalau gameplay macam ni. Tak ada improvement. Cuma nak puji, semangat tu ada, nampak player2 kecewa bila tak dpt jaringkan gol apa semua. Kena ubah dari skrg
Pemain yang diturunkan tak berfungsi langsung kecuali penjaga gol. Gol Malaysia pun mujur ada pemain yang berada di tempat yang betul akibat bolo yang terbias susulan cubaan daripada luar kotak penalti.

Adakah panas baran ini merupakan sesebuah pakej yang disekalikan apabila seseorang menjadi pemain bolo di Malaysia?

Pertahanan tengah tu dah bolehlah dinaik taraf kepada gandingan Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria. Harapnya Natxo Insa sudah bersedia untuk beraksi dengan NT Malaysia dan Brendan Gan kembali cergas berjaya mendapatkan pasukan untuk beraksi. Jika Malaysia mahu menggunakan 3 pemain tengah, saya tidak nampak calon lain yang sesuai selain trio Syamim Yahya, Natxo Insa dan Brendan Gan. Striker dan penyerang sayap? Entahlah. Saya dah buntu bila sampai ke posisi ini.

kebanyakan.player yg main td…player yg dh gagal selama 2 ke 3 tahun utk pasukan negara…tp masih diberi pluang….coach je baru tp game tetap sama sbb kemahiran player sampai tahap tu je…ramai pemain.muda berbakat tp x diberi pluang sbb layak utk wakil bawah 19 n 23 je..atas alasan x matang lagi…hahahhaa bodo blake
Kalau reff baik pun, peformance skuad kebangsaan mmg tak ok. Hong kong pun lebih kurang malaysia je. Individual ball control, passing, receive semua kelaut. Tak mantap. Tak padan dgn gaji.
Vigada patut juga tengok keletihan pemain untuk membuat pertukaran. Badrol kurang ketajaman. Pivot tak wujuk smpaikan syafiq rahim perlu turun untuk ambik bola. Aidil dan sharom perlu lebih tenang. Credit pada keeper yg pada awalnya kurang keyakinan tapi berjaya mengatasinya. Dan pada pendapat saya pemain seperti syafiq ahmad perlu ada sebagai penghubung antara tangah dan attacking. 
Itu sahaja komen dari nitizen. sekian terima kasih.. huhu..

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan malaysia vs hong kong, keputusan penuh malaysia vs hong kong 5.9.2017, ulasan malaysia vs hong kong 5.9.2017, ulasan penuh bola sepak malaysia vs hong kong kelayakkan piala asia 2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Zakry-Fairuzizuan mara pusingan ketiga( Kejohanan Dunia 2013 Guangzhao, China)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Masih dalam mood raya nih, dapat pulak keputu…

PIALA MALAYSIA Sukan

Keputusan terkini piala malaysia 17.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan piala malaysia hari ini dalam sain…

LIGA EPL Sukan

Keputusan terkini liga epl 2 nov& 3.11.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berikut adalah keputusan terkini liga epl yan…

%d bloggers like this: