Salam, kejadian puting beliung yang menimpa di Bazar Ramadhan Jasin melaka tempoh hari (3 ramadhan), telah meragut 3 orang nyawa memberi peringatan kepada diriku sendiri. Mungkin ada hikmah disebalik dari kejadian itu, kepada semua umat islam diseluruh dunia.
Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telah terkorban.
Ikuti, Video youtube ketika kejadian puting beliung, secara langsung (live). Kelihatan 2,3 bumbung kanopi yang terbang keudara.
Mengikut sumber, Ketua menteri Melaka, Datuk Ali Rustam , sumbangan kilat diberi kepada peniaga bazar sebanyak rm500, dan juga diberi rm3000.00 (betulkan kalau salah) kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.
Tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, Ayer Keroh.
Untuk lihat video lain sila ke link dibawah ini.
http://www.youtube.com/watch?v=eej8lXta0c0 part 2
http://www.youtube.com/watch?v=6S0OdvChcUs part 3
sedih sangat bila melihat tragedi nie..
amat menyedihkan..
ucapkan takziah kpd keluarga mereka yg ahlinya telah meninggal dunia..al-Fatihah..
Alfatihah… :cwy:
Salam~
Lagi, maut tu bila-bila masa je datang menjemput kita. Dengan cara baik atau sebaliknya. Sedih. Muhasabah diri.
Moga kesudahan kita semua dalam kebaikan. =.=
W;salam .. betul tuh… π
Takziah kepada ahli keluarga mangsa. Aku dapat memahami ape yang dirasakan. Sangat sedih…
erm betul tuh boy…
al-fatihah kepada yg meninggal. sedih bce
tak tahu macam ne perasaan keluarga mangsa tuh..
satu je yang aku yakin,Allah tak kan turunkan bala kalau manusia tak buat kemungkaran..yang penting,bulan puasa ni tambahlah amalan sebanyak yang mungkin..
setuju… bulan nie kena tambah amal yang sebaik mungkin , insyallah..
mmg amat mengerikan kejadian ini w/pun terjadi dlm beberapa saat shj..simpati pada nasib para peniaga & mereka yg terkorban..
takziah diucapkan kepada mangsa yang terkena bencana ini..
Dah ajal dorang kot.
Kasian… Al-fatihah untuk yang meninggal dunia.
erm betul tuh…
al fatihah untuk keluarga mangsa…
rumah aku pun pernah kena puting beliung nie..memang menakutkan..bumbung rumah berterbangan…kayu, dahan poko..semua tercabut!
cuaca di dunia, juga di malaysia sekarang nie memang semakin buruk..boleh dikaitkan dengan sebab manusia yang tidak menjaga alam sekitar…ataupun bala dari ALLAH S.W.T kerana perbuatan mungkar berlaku secara berleluasa..
Sekadar pandangan
Wallahuallam… π
takziah kepada keluarga mangsa terlibat..hadapi ujian Allah penuh kesabaran
“Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”
erm betul tuh bro…
mungkin ada hikmah disebalik kejadian..takziah pada keluarga mangsa
mungkin memang ada … peringatan kepada semua hambanya agar beringat…
sedihnya…
nak raya tak lama lagi, ada pula kemalangan begini. namun Allah lebih sayangkan mereka…
ada tengok lagi satu video, sampai ada orang cedera darah2, kemudian ada orang datang tolong ajarkan syahadah..
mintak dijauhkan…
owh yeker… :dizzy:
Al-Fatihah utk 3 mangsa yang meninggal dunia.
Ada yang belum sempat merasa Ramadan,dijemput Ilahi.Ada yang sedang menghadapi Ramadan dijemput Ilahi.
Tiap yang bernyawa akan merasai maut…
p/s:tak jauh dari kampung saya(Teluk Intan),ada kes suami tetak isteri dan anak ketika sahur.
owh yang pasal sahur berdarah tuh… tak sangka ya…
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Semoga kita mengambil pengajaran drpd nya. π
ya … yang tak terkena dugaan nie kena ingat sebenarnya… π
betul tu. tepat sekali. :pouty:
takziah kepada keluarga mangsa
Innalillah… :face:
ya… hikmah yang Allah rahsiakan… kepada hambanya :cheerful:
innalillahiwainna ilaihirojiun…moga kite semua diberkahi allah…amin….:-) sedih dengar berite ni….
hurm agak terkejut jugakla mendengar perkhabaran ini..
Al-Fatihah. Memang sedih meninggal dunia dalam usaha memeras keringat mencari rezeki dalam bulan Ramadhan. Namun ketentuan Illahi tak dapat kita hindari. Semoga roh arwah2 ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.
Amin …
Peristiwa yang banyak memberikan pengajaran…
apapun, takziah kepada semua yang terlibat dan kepada mangsa yang terkorban
ya pengajaran kepada semua hambanya yang sering lupa…
Kesian.Kita tak dapat nak jangka semua nie boleh berlaku.Ia boleh berlaku dalam sekelip mata aje.Al-fatihah
ya sekelip mata je Allah turunkan apa yang dia mahukan..
tak ada siapa pun yang dapat meneka apa akan terjadi…
hanya Allah sahaja Yang aha Mengetahui
…takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat
Allah maha mengetahui…
Takziah ..tak sangka yer boleh jadi..takut rasa..
samala kita bro..takut yang amat..
den org melaka den sush hati huhu… alhamdulilah smua dah dapt bantun
puting beliung ??? Mlang tak berbau … takziah utk keluarga mangsa !!!
Siapa sangka benda ni boleh jadi kat tempat kita kan? Sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban.
Takziah buat keluarga mangsa. banyakkan bersabar dan terima qada dan qadar dengan tenang.