Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Lebih 200 jemaah maut di tempat melontar, Alfatihah

Lebih 200 jemaah maut di tempat melontar, Alfatihah

Zik · Sep 24, 2015 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

Takziah diucapkan kepada mangsa yang sedang mengerjakan haji disana. Berita ini aku terbaca di laman sosial facebook. Ya Allah..

Rempuhan berlaku di pintu masuk jambatan jamrah

Kejadian rempuhan di Mina yang mengorbankan sekurang-kurangnya 220 jemaah dan 450 orang cedera, berlaku di pintu masuk jambatan ke jamrah berhampiran Jalan 204, bukannya di dalam kawasan melontar.

Jemaah yang cedera telah dibawa ke empat buah hospital di sekitar Mina untuk rawatan dan ada yang dibawa ke hospital di sini menggunakan helikopter.

Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi membantu jemaah lain menuju ke kawasan yang selamat daripada lokasi kejadian, menerusi laluan alternatif.

Jurucakap Kementerin Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, “Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menanganinya.”

Menurut wartawan Al Jazeera di Mina, Basma Atassi, kejadian berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

“Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar,” katanya.

Operasi menyelamat mangsa yang cedera masih diteruskan sehingga sekarang. Kemungkinan besar, jumlah yang terkorban akan meningkat dari semasa ke semasa. Macam-macam ujian dari Allah kepada hambanya.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat para jemaah hari disana agar tenang dan sabar dengan ujian yang menimpa. Kita punya turn tak tahu bila dapat…

 Boleh pergi ke laman lain untuk tengok gambar keadaan disana. Aku tak sampai hati, dan menghormati si mati yang telah pergi ke rahmatullah.

Credit to Utusan Malaysia/Agensi

 

Share this on WhatsApp

Isu semasa 200 jemaah haji maut di pijak di mina, gambar sekitar mina kejadian dipijak orang, Gambar suasana di Mina selepas insiden rempuhan., jemaah haji di mina di pijak 200 orang maut

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Tehr says

    September 26, 2015 at 10:35 am

    maklumat malam tadi
    lebih 700 yang meninggal
    takziah kepada ahli keluarga mereka

    Reply
  2. Uncle Zuan says

    September 26, 2015 at 8:38 pm

    semoga jemaah yang lain dalam keadaan selamat hendaknya

    Reply
    • Zik says

      September 26, 2015 at 10:15 pm

      Amin

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.