• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Tonton live All star Gegar Vaganza Minggu 1 2023

Tonton live All star Gegar Vaganza Minggu 1 2023

Zik · Sep 24, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ALL STAR GEGAR VAGANZA 2023

All Star Gegar Vaganze menghimpunkan juara gegar vaganza dari no1 sampai terakhir NO 9 .  Juara juara Gegar Vaganza berkampung untuk tahun ini bersaing untuk membuktikan siapa yang terhebat. Layan All Stars GV Live+ untuk merasai pengalaman yang korang tak nampak di kaca TV. Pentas nyanyian program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim ke-10 bagi meraikan ulang tahunnya yang telah sedekad.

Bagi tahun istimewa ini, GV bakal mengegar malam Ahad bermula 24 September 2023 bersama dengan barisan 10 bekas juara yang berentap semula untuk merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza.

Konsep Macam mana?

Gegar Vaganza 2023 kali ini akan kita tahu siapa yang akan dinobatkan sebagai juara di kalangan juara, dengan mengumpulkan para pemenang dari sembilan musim sebelumnya dan lima peserta yang dipilih oleh peminat. Peserta-peserta dari musim-musim terdahulu yang belum mencapai status ‘juara’ juga akan berusaha untuk menebus semula kegagalan mereka. Dalam usaha untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik, setiap episod akan disajikan dengan elemen kejutan yang menarik.

Senarai Peserta Juara Gegar Vangaza.

Kesemua 10 juara Gegar Vaganza musim lalu secara automatik tersenarai di kalangan 15 peserta musim ini. Selain itu, lima peserta ‘hot seat’ yang terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat dari musim-musim terdahulu juga akan bersaing. Undian untuk calon ‘hot seat’ oleh peminat bermula pada 29 Ogos 2023 melalui laman web Astro Gempak telah tamat pada 10 September 2023 pada jam 11.59 malam.

Peserta GV10:

1. Ayai Illusi

2. Siti Nordiana

3. Azharina Azhar

4. Datuk Aishah

5. Noryn Aziz

6. Naqiu Boboy

7. Hady Mirza

8. Cliff Umar

9. Aliff Aziz

10. Jaclyn Victor

 

*Senarai lima peserta yang terpilih dari calon hot seat akan dikemaskini selepas diumumkan.

Senarai Calon Hotseat:

Musim 1: Haleeda, Rahmat Mega, Mamat Exists

Musim 2: Faradhiya. Ezad Lazim

Musim 3: Zarul Umbrella, Ameng Spring

Musim 4: Liza Hanim, Lan Solo, Hazami

Musim 5: Dia Fadila, Zamani Slam, Amelina

Musim 6: Jatt Ali, Nurfatima

Musim 7: Muss. Ayu Damit, Noraniza Idris

Musim 8: Nikki Palikat, Suki Low

Musim 9: Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok

 

Juri / Pengkritik

Dato’ Ramli MS masih mengetuai barisan juri tetap, sementara penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan pengajar vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat tetap bersamanya dalam edisi ini.

Format Penjurian

‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format penjurian asal dengan sistem penilaian sepenuhnya dipegang oleh juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan tersingkir pada akhir konsert.

Hadiah

Juara akan membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM200,000 berserta dengan hadiah-hadiah sampingan yang akan diumumkan pada masa akan datang.

Penaja

Farm Fresh kembali sebagai penaja utama untuk GV musim ke-10 dengan sokongan jenama Digi (Telco Rasmi), Adabi dan CUCKOO selaku penaja bersama.

Pengacara

Gegar Vaganza musim baharu ini akan menggegarkan industri muzik tempatan dengan pembaharuan wajah yang akan mengemudi program terkenal ini. Oleh itu, penganjur akan mengumumkan hos-hosnya pada minggu pertama pertandingan.

Waktu Siaran

Konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza akan dipentaskan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu setiap hari Ahad pada jam 9 malam, bermula 24 September 2023 melalui saluran Astro Ria (104).

Saksikan klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta menerusi liputan ‘Kapsul Gegar Vaganza’ setiap hari dari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 18 September 2023.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, rancangan ini juga boleh diakses online melalui platform On Demand dengan menggunakan Astro Box dan aplikasi Astro Go. Selain itu, ‘All Stars Gegar Vaganza’ turut disiarkan secara live di aplikasi Sooka.

 

LIVE STREAMING GEGAR VAGANZA ALL-STAR MINGGU 1 2023

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment LIVE STREAMING GEGAR VAGANZA ALL-STAR MINGGU 1 2023, Senarai Juara Gegar Vaganza

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: