• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Tips elakkan mengantuk didalam kelas!!

Tips elakkan mengantuk didalam kelas!!

Zik · Oct 17, 2011 · 25 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

tertidur dalam kelas, mari tidur dalam kelas, akibat tertidur dalam kelas, tips elak mengantuk dalam kelas, mari tidur dalam kelas, jangan tidor dalam kelas,

Haha, sapa suruh tidor dalam kelas!!

Bila mengenangkan zaman belajar diwaktu sekolah, kolej dan universiti. Ada macam-macam ragam nak kasi dari mengantuk mengusai diri nih. Aku rasa paling gila-gila di zaman kolej lah kot. Haha!!

Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin  (yang betul semangat nak belajar lah!!!) kebanyakan mereka langsung tidak berniat pun untuk tidur, cuma ada beberapa keadaan yang memang senang terlelap dalam bilik kuliah. Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan tahap dewa.

Nak-nak lagi, kalau lecturer/cikgu yang ajar kita tuh memang anti. Grrr!!

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku?

Mengakui (pengakuan wei!) sebenarnya pun tertidur juga masa dekat kuliah masa menjadi pelajar. Tapi tak selalu lah kan, ikut kelas apa. Kadang-kadang bukan sebab tak cukup tidur. Kelas yang agak boring dan dia punya graf pensyarah mengajar atau cikgu terlalu mendatar menyebabkan aku tertidor. Minta maaf lah yer.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.

2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips ini, sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak. Kalau malas sangat beli air mineral seringgit tuh dekat kedai/kiosk.

3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Bukan untuk balik asrama/rumah atau tidor, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.

4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! (tidak digalakkan).

6. Main conteng-conteng. Ini aku biasanya aku lakukan ketika zaman univeristi. Kiranya ia macam main mesej-mesej pun ada. Tulis, nak tanya apa-apa pastu passing. Pernah juga kantoi. Tapitu dalam cerita televisyen. Yang real, kitaorang pro maa. Kalau boleh tuh, main bluetooth guna hanphone, canggih sikit. Alah, bbm blackberry pun ok jer. Main tic toe pun ok jer.

7. Kalau mengantuk gak lagi, Azan jelah dalam kelas. Nanti syaitan kan lari. Kalau kawan kelas cakap kau gila, kau cakaplah, syaitan lagi gila kacau aku nak belajar. (aku tak pernah buat, gila apa!!).

8. Pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat bagaikan sekampit beras yang bertempek kat mata korang tu. Boelh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap. Memang nahas lah. Favorite untuk tidor.

9. Letakkan wangian aromaterapi.

Nampak on costlah pulak! Ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja kerja korang sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. Cadangan wangian ; mint, lemon. Tapi kalau nak gempak, letak kapur barus. Haha!!

10. Dengar muzik

Tapi pastikan muzik yang agak sentimental. Jangan slow, lagi cepat tertidor kang. Rock-rock pun ok gak. Biasanya budak perempuan yang buat, sebab pakai tudung boleh cover headphone. So, dalam kelas tuh duk angguk-angguk. Padahal tak paham apapun.

11. Buat senaman

Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan  kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. cuba korang buat senaman poco-poco pun BOLEH!!

12. Pandang sekeliling

Jangan la korang asyik fokus satu tempat , Papan hitan, papan putih depan tuh! Memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap jek muke lecturer yang bengis tuh memang penyebab korang ngantuk. Jadi disarankan agar korang pandang la jugak sekeliling, lagi untung kalau time mengantuk ada awek lalu tepi kelas. CONFIRM celik mata korang. Kelas degree aku semua lelaki, hampeh!!

13. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham (jangan terlebih paham sudah) dalam kelas tuh. Tetapi jangan tanya benda yang sama jer. Kantoi sangat tuh.

14. Tidur jer. Habis cerita. Kadang-kadang ada ectuer yang jenis tak kisah, kalau student tidor depan dia. Yang penting assignment siap dan kelas datang. Lambat masuk dan tak bagi respons dalam kelas, lain ceritanya.

p/s : sesetengah orang suka minum nescape nak Hilangkan mengantuk..sejauh mana keberkesannya?? Ada lagi idea??? Cer kongsi-cer kongsi.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Tips dan trick bagaimana untuk segar dalam kelas, cara untuk hilangkan mengantuk dalam kelas, cara untuk hilangkan mengantuk dalam kuliah, kenapa mengantuk dalam kelas, kenapa ngantuk, mari hilangkan mengantuk dalam kelas, streategi elak mengantuk dalam kelas, tip elak mengantuk dalam kuliah, tips atasi mengantuk dalam kelas, tips elak mengantuk dalam kelas, tips elak ngantuk dalam kelas

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anif says

    October 17, 2011 at 10:44 am

    Tidur awal malam sebelumnya rasanya lebih membantu 😀

    Reply
  2. chii says

    October 17, 2011 at 11:03 am

    perkara sama yg selalu chii lakukan..
    ada pernah skali..mmg da ngantup sngat..chii mnta tlg kawan sebelah picit2 tgn..pastu tumbuk badan..mmg akan terjaga ar pastu..

    owh.sila pastikan kwn sebelah tu sama jantina la ye. senang nak mnta tlg picit2. semua. dan satu lagi, time lecture, duduk depan skali..confirm x ngntuk. berani nak tdo time klas kan..ahahah…

    Reply
    • Zik says

      October 17, 2011 at 5:48 pm

      kalau dah mengantuk sangat.. dibalunya jugak (adoi)…

      Reply
  3. akubiomed says

    October 17, 2011 at 12:23 pm

    Kawan sekuliah dahulu tidur didalam keadaan mata terbuka. Hebatkan

    Reply
  4. naimulfirdaus says

    October 17, 2011 at 2:08 pm

    bagus cadangan-cadangan ni..

    Reply
  5. auc dot com says

    October 17, 2011 at 6:42 pm

    tapi kalau semua dah buat tetap mengantuk
    sbb ade member ni kalau dtg mengantuk cakaplah buat apapun tetap dia tidur punya
    sampai dia x beli motor atau kereta sbb penyakit mengantuknya tu, dia rela naik taksi

    Reply
  6. nuriz says

    October 17, 2011 at 6:57 pm

    kalau time belaja tu mesti ngantuk kan..setan duk bergantung kat mata, cuma tgk filem ke main game ke mesti tak ngantuk kan..hehe.. buat cam mr bean je la gigit tangan sendiri hehe

    Reply
  7. tehr says

    October 17, 2011 at 11:27 pm

    yang terakhir tu la yang sebenarnya cara nak hilangkan mengantuk
    cuma, pesan la sikit kat kawan sebelah
    kejutkan kita bila kelas dah habis
    hehe

    Reply
  8. kopisoda says

    October 17, 2011 at 11:28 pm

    ingat dulu masa belajar ada sorang cikgu ni asal masuk kelas aku jer mesti semua orang ngantuk. sampai budak2 kelas panggil “cikgu ngantuk” kui3 😆

    Reply
  9. titan says

    October 18, 2011 at 12:25 am

    yang paling penting, dapatkan tidur yang secukupnya. 🙂

    Reply
  10. Fahmi Raazali says

    October 18, 2011 at 1:56 am

    banyak tups yg aku boleh cuba pakai ni… aku tak tidur dalam kelas tapi selalu mengantuk… lepas kelas, niat dalam hati nak pergi perpustakaan untuk baca surat khabar… tapi akhirnya landing atas tangan sendiri… dan tidur… 😀

    Reply
  11. Juan says

    October 18, 2011 at 3:48 am

    kekadang walaupon lecturer garang aku tetap rasa nk tido, hehe

    Reply
  12. faizul says

    October 18, 2011 at 7:10 am

    lagi satu idea yang boleh dipakai ialah dengan membayangkan lecturer tu sebagai girlfriend kita. Itupun kalau lecturer tu pompuan lah!

    Kalau lelaki tak dapat nak tolong ni ha. 🙂

    Reply
  13. muhammad fakhruddin says

    October 18, 2011 at 7:37 am

    Tips inilah yang saya sedang cari. Malangnya no. 7 tak boleh buat di sini?

    Reply
  14. nur lavender says

    October 18, 2011 at 8:58 am

    nk try mkn chewing gum dlm kls..huhu..salu ngntok dlm klas tmbh2 time ptg..hehe

    Reply
  15. Pacifista says

    October 19, 2011 at 1:18 am

    cuba tengok pelajar cina.diorang akan bawak bekalan air masak bila masuk dalam kelas.bila mengantuk je diorang akan minum air masak.punca lain mengantuk ni sebab kurangnya air dalam badan.jadi minum je air masak banyak2.Insya Allah hilang la ngantuk tu 😀

    Reply
  16. yas says

    October 19, 2011 at 4:00 am

    Lama dah tak masuk kelas nih….abih2 kuat kene kelas kursus je laa….:)

    Reply
  17. bEe says

    October 19, 2011 at 12:23 pm

    bEe suka mkn gula2 huhuhu

    Reply
  18. Pejuang Kesenian Extreme says

    October 19, 2011 at 1:48 pm

    Aroma terapi???
    gila…Tak ada org pernah buat pun..hahaha

    Reply
  19. Denaihati says

    October 19, 2011 at 9:31 pm

    aku suka no.7, same la, x pernah buatpun.
    tapi dpt kalau buat, 1 kelas + kelas sebelah pun hilang ngantuk.

    Reply
  20. ain says

    January 28, 2012 at 11:35 am

    memang best

    Reply
  21. tie says

    March 13, 2012 at 8:04 am

    mmm..aku pulak dalam kelas xngantuk..mata cerah semacam..plik btul.tp bila balik je bilik nak studi mata ak terus buat masalah..tp bgus jgak idea2 kau ni,,ada yg blh dipraktikkn.

    Reply
  22. wardat.syauqah says

    March 3, 2013 at 4:02 pm

    sy tetap gak ngantuk walaupun uat sume mende kat atas….camne ye???sbb sy dok ostel……mase tido tu x leh awl…prep abis kul 12…. 🙁

    Reply
    • Zik says

      March 3, 2013 at 7:28 pm

      susah juga tue.. pagi2 sarapan tak??

      Reply
  23. soleh says

    August 30, 2017 at 2:20 pm

    Cara lain ialah kita boleh tidur sekejap dlm 10 min sblum masuk waktu zohor.. ??
    Tips utk pelajar hostel yg mngantuk sbb prep mlm pnjg..??
    Mmg mujarab???

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021
  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Tips dan trick

Forever alone, LOL

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Trick kamera yang awesome. Kesian dia,takda s…

Tips dan trick Tutorial Blog/Nuffnang

Buat duit dengan facebook

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Facebook diantara social networking yang terb…

Kesihatan Tips dan trick

7 Rahsia Tips memilih minyak wangi bagi lelaki maskulin, HAHA!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Bertemu lagi dalam ZH edisi lelaki maskulin!!…

%d bloggers like this: