Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Cara Bayar Saman PDRM secara online (Diskaun Saman 50% Hingga 11 April 2021)

Cara Bayar Saman PDRM secara online (Diskaun Saman 50% Hingga 11 April 2021)

Zik · Mar 26, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

semak saman, cara nak semak saman , panduan semak saman secara sms,

Kecanggihan zaman sekarang memudahkan buat pengguna untuk membuat bayaran bil-bil utitlities dan sebagainya secara online (maya) memudahkan kita semua. Selain dari jimat masa, tenaga dan wang ringgit nak bayar parking ke apa, lebih baik kita buat bayaran secara online.

Baru-baru ini sambil kita menyambut hari polis yang ke 214, Ketua Polis Negara ada umumkan untuk pengurangan (diskaun) bayar saman polis secara online sebanyak 50 peratus bermula 25 mac 2021 hingga 11 april 2021. Ada masa dalam dua minggulah lebih kurang tuh. Manfaatkan masa yang diberi oleh pihak polis.

Jom kita tengok macam mana nak bayar saman secara online nih, dapat diskaun lagi tuh.

Saman yang tidak layak dapat Diskaun. 

Secara umumnya, sebenarnya tak semua saman trafik boleh dapat mendapat diskaun sebanyak 50% tersebut kecuali saman yang dibawah ini tak boleh nak mintak diskaunlah, harap maaflah.

  • Saman Kemalangan mulai Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018/2019/2020 dan 2021
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan M/Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya/Potong Q Tahun 2020/2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman berkait ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

Pembayaran Melalui Portal

Untuk pembayaran saman melalui portal, Jom tengok macam mana nak daftar dan bayar saman secara online buat dibawah ini.

  • Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.

bayar saman online part1

 

  • Sekiranya korang belum pernah daftar, silalah tekan butang sign up macam diatas tuh. Isi maklumat peribadi dengan betul. Semua nama, no kad pengenalan, alamat, dan juga no telepon. Kalau dah ada , terus tekan butang sign in, masukkan no IC dan password yang telah korang daftar tuh.

bayar saman online part2

Masukkan semua details seperti diatas ini, no telepon pastikan yang masih hidup dan aktif dan ada disini sebab nak daftar OTP terus nanti. Dah ok semua, tekan butang next.

 

  • Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.

otp bayar saman

Masukkan no password anda dan pengesahan no password anda itu.

 

masukkan no password

  • Tick right, term and conditon dan tekan butang Register.Baca term dan condition jika anda belum faham terma dan syarat. Terms and condition
  • Anda sudah didaftarkan!!

sudah daftar

  • Nanti dia akan hantar email sekali mengenai pendaftaran anda itu.

 

  • Log Balik semua macam biasa. No IC , dan kata laluan (password).

bayar saman online part1

  • Butiran saman akan dipaparkan. Kalau ada 8 saman, semua saman akan keluar. Haha, jangan terkejut!!

jumlah saman

Terkejut kau tengok ada saman. Aku pun terkejut ada saman rupanya aku nih. Dapatlah diskaun 50%, sepatutnya bayar 150.00 tapi dia bagi diskaun Rm70, so kena bayar RM 80.00.

  • Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman. Dekat atas, ketika entri ini dibuat, diaorang masih dalam proses pembaik pulih, upgrading so masa ini tak boleh nak bayar secara online. Tapi nanti dah ok, dia akan papar bayar dekat butang atas tuh.
  • Semak saman yang ingin dibayar. Tengok mana kau mampu, bayarlah semua kalau ada duit tick semua saman tuh.
  • Pilih mod pembayaran, debit card ke kredit card, dan klik butang ‘Bayar.’ Login macam biasa, online banking yang korang pilih kalau bayar debit card tuh.
  • Pembayaran selesai. Ok settle sudah!!

Pembayaran Melalui Aplikasi. 

Bagi pembayaran saman melalui aplikasi, tengok dibawah ini macam mana nak bayar saman secara by apps lagi mudah juga sebenarnya.

  • Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
  • Tekan butang ‘Daftar. Sama macam diatas di laman web. Bagi yang belum daftar. Kalau sudah, terus proceed login macam biasa masukkan no ic dan passwordnya dibawah ok.

my bayar saman,

  • Isi maklumat peribadi dengan betul. Sama semua, masukkan nama, apa semua , kad pengenalan, alamat terkini, dan no telepon paling penting.
  • Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit. Ok dah daftar!!
  • Login macam biasa, dan password, dan dia akan terpapar macam dibawah ini. Ada berapa jumlah saman dikeluarkan dan jumlah kompaun yang korang kena bayar tuh ha..

jumlah saman

 

  • Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.

jumlah saman nak bayar

 

  • Pilih saman yang hendak dibayar. Tick saman tuh. Macam dekat atas nih ha.
  • Pilih jenis  bayaran. Online banking, atau credit carad, Kalau aku biasa pakai online bankiing, pilihlah, maybank2u contohnya.

bayaran jenis saman online

  • Butiran transaksi bayaran akan dipaparkan. Terus Login macam biasa, online banking , tup tap. TAC apa semua bagai dan bayar. SETTLE!!
  • Korang juga boleh tengok balik, semak sejarah transaksi di paparan aktiviti. Tengok saman-saman lepas yang dah bayar tuh.

Maklumat Lanjut. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, boleh terus  hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.

Share this on WhatsApp

Tips dan trick bayar saman secara online, cara bayar diskaun saman 50 peratus mulai 26 mac hingga 14 april2021, cara bayar saman secara online, panduan bayar diskaun saman, saman secara online

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.