Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerjaya / Tips e-filling elak penalti

Tips e-filling elak penalti

Zik · Mar 30, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

TIPS E-FILING NEWBIE & ELAK PENALTI DIBAWAH S.113(2).

 

1. Pekerja bergaji RM3,000-00 ke atas dan sudah berkerja setahun dan keatas yang belum mendaftar E-filing, bolehlah hadir ke Pejabat LHDN untuk mendaftar dan dapatkan No. Cukai Pendapatan, dan password E-Filing.

Baca juga : Dapatkan no pin LHDN secara online. 

2. Untuk yang pertama kali buat E-Filing, anda boleh lah membuat demikian di Pejabat LHDN sendiri untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kerana di Pejabat LHDN akan ada pegawai yang akan bantu untuk proses pengisian E-Filing.

3. Semasa hadir untuk mengisi E-Filing, boleh la membawa salinan Asal dan Fotokopi dokumen-dokumen seperti berikut:

a) EA Form (Borang penyata tahunan)  tahun sebelum dari majikan,( pastikan dalam ini tertulis jumlah KWSP, PERKESO dan Zakat atau lain lain bayaran yang dibuat melalui potongan gaji)

b) Resit perubatan berkaitan Ayah,ibu,diri sendiri, isteri, dan anak-anak.

C) Resit pembelian buku,surat khabar dan alatan sukan.

d) Bill pembayaran langganan internet atas nama sendiri ( yang ni kira harga internet sahaja, tidak termasuk GST (atau SST) dan bill telefon, boleh tengok dalam bill)

e) Statement pembayaran premium insurans bagi tahun sbelum (boleh minta dari agent insurans memasing)

F) Statement pembayaran zakat pendapatan (sekiranya bayar sendiri).

G) statement pembayaran yuran pembelajaran diri sendiri.

H) dan lain lain dokumen yang berkaitan yang boleh menjadi Tolakan Cukai.

4. Setelah selesai mengisi E-Filing dengan bantuan Pegawai LHDN, boleh terus mengambil nombor untuk berjumpa pegawai untuk AUDIT E-filing yang dibuat sebentar tadi.

5. Kenapa perlu Terus AUDIT selepas E-filing? Secara praktikalnya pihak LHDN akan memberikan suatu Notis untuk mengemukakan dokumen (Audit) kepada kita berkenaan tentang apa yang kita filingkan. Walaupun BAKI CUKAI TAKSIRAN BAGI TAHUN TERSEBUT ADALAH RM0.00. Dan kebiasaannya terjadi masalah apabila perkerja TIDAK MENERIMA NOTIS TERSEBUT dan terus dikenakan PENALTI DI BAWAH S.113(2) kerana gagal mengemukakan dokumen. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang penalti dikenakan, wajarlah untuk terus MEMBUAT AUDIT DENGAN PEGAWAI LHDN SEJURUS MEMBUAT E-FILING, yang mana pegawai tersebut akan memerikan semua dan segala dokumen yang kita bawa tadi dan diserahkan sesalinan Fotokopi semua dokumen tersebut kepada pegawai tersebut.

Dan pegawai tersebut akan mengesahkan bahawa penerimaan salinan dokumen untuk pengesahan audit cukai taksiran tahun tersebut.

Maka selesailah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat cukai yang perlu dibayar, maka buat lah pembayaran sama ada sekaligus atau berkala melalui potongan gaji.

Sekian terima kasih. Semoga bermanfaat.

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi pegawai LHDN di kawasan masing sama ada ke pejabat LHDN atau melalui panggilan telefon.

Terima kasih.

Kredit : Facebook Nur Syaedah

Share this on WhatsApp

Kerjaya cara nak elak penalti cukai yang tinggi dari lhdn, Tips e-filling elak penalti, tips elak penalti cukai lhdn e filling, tips elak penalti Lhdn

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.