• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021

Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021

Zik · Jan 22, 2021 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

bantuan prihatin rakyat

Seperti yang telah dibentangkan dalam dewan parlimen oleh menteri kewangan, kerajaan pada sidang pembentangan Belanjawan 2021, kini rakyat Malaysia boleh mulai memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021).

Dibuka bermula 15 Januari 2021. 

Permohonan ini telah dibuka sejak 15 Januari 2021 dan akan berakhir pada 15 Februari 2021. Seperti yang diberitahulah, kalau tak sempat mungkin akan dilanjutkan.

Untuk makluman BPR 2021 yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kini telah ditambahbaik berbanding bantuan sebelum ini.

Antara penambahbaikan, kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diperolehi adalah:

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (tiada anak atau 1 anak) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 (memiliki 2 atau lebih anak) – RM1,800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM800
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM1,200
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (tiada anak atau 1 anak) – RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 – RM5,000 (memiliki 2 anak atau lebih) – RM750
  • Bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah – RM350 

Kriteria asas lain yang turut layak memohon adalah:

syarat kelayakkan bpr 2021,

i. KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin; atau
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

Kriteria Kelayakan

a) Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

b) Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

c) Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:
    • 17 tahun dan ke bawah; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

ii. KATEGORI BUJANG

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun hingga 59 tahun bagi kateri OKU

Kriteria Kelayakan

Pemohon.

Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja

  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
    • 21 tahun hingga 59 tahun; atau
    • 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Penerima lebih kurang 8.1 Juta orang yang layak. 

Kerajaan juga pada sidang pembentangan Belanjawan 2021 lalu telah menetapkan peruntukan BPR 2021 sekitar RM6.5 bilion. Peruntukan itu bakal memanfaatkan kira-kira 8.1 juta rakyat Malaysia.

Dana BPR 2021 ini akan dibayar secara 2 ansuran, bermakna transaksi bantuan ansuran pertama dijangka akan dilakukan pada April-Mei 2021. Iaitu sebelum menjelang perayaan Aidilfitri 2021. Manakala ansuran kedua akan dibayar pada kitaran September-Oktober 2021.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mendaftar boleh layari pautan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021. 

Sementara bagi mengetahui maklumat lanjut dan perincian lain, para pemohon boleh melayari pautan Soalan Lazim BPR 2021 – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah :

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang LULUS. 

Tak perlu kemaskini sekiranya tiada apa yang perlu

Jom kita tengok macam mana nak isi borang dia tuh.

Cara kemaskini BPR 2021 secara online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR 2020 dengan maklumat yang terdahulu dari sistem BPN 2.0.

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my

 

bpr login,

Masukkan no kad pengenalan anda, dan tekan butang semak.

  1. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  2. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  3. Masukkan Kata Laluan anda
  4. Tekan butang Log Masuk

bpr login dashboard

  1. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  2. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
  • Profil
  • Semakan Status
  • Kemaskini Permohonan
  • Cetakan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas

 

Sekiranya lupa password/ kata laluan, korang boleh pilih tekan lupa password/ kat butang bawah masa sebelum login tuh. Dia akan keluar soalan keselamatan. seperti dibawah ini.

bpr login

Tekan butang semak.

Nanti dia akan keluar tiga soalan yang korang kena jawab. Ini berdasarkan data tahun lepas iaitu BSH 2020 yang ada 5 soalan yang kita boleh pilih soalannya.

 

bpr login,

 

Masukkan password / kata laluan baru dan juga bawah nya password yang baru juga kena sama dengan yang atas tuh. Kemudian tekan butang tukar kata laluan.  Ok settle bahagian ini.

KEMASKINI BPR 2021. 

KEMASKINI BPR

  1. Untuk update, tekan butang Kemaskini Permohonan
  2.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini, dari segi gaji, hubungan status semasa, dari bujang atau berkahwin, cerai dan sebagainya. Perubahan gaji , bawah rm2500 atau lebih.
  3. Maklumat yang biasanya akan ada pertukaran ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak, kurang atau tambah.

kemaskini bpr

No kad pengenalan pastikan betul, nama diisi dengan betul CAPSLOCK, UMUR, JANTINA, NOMBOR TELEPON BIMBIT (yang aktif). Pekerjaan swasta atau kakitangan kerajaan. Pendapatan kasar, bulanan, isi rumah campur satu sekali. Atau tiada pendaptan, status kahwin juga, dan tarikh status kahwin kena juga kemaskini. Alamat terkini pemohon juga perlu kemaskini sekiranya ada berpindah.

kemaskini bpr

Yang ada butang * semua itu wajib diisi dengan betul dan tepat. Pastikanya betul , poskod negeri dan bandar. Nama bank dan no akaun bank kena kemaskini kalau ada tukar. Kalau takda tukar ikut yang lama sahaja.

Untuk kali ini ada update yang baru kena masukkan alamat e-mel. Sebab email ini adalah untuk sekiranya kita ada lupa password, bpr login ini akan reset password masuk ke alamat emel kita. So ada penambahan baik dari segi sistem. Selain itu juga, mungkin ada update terkini dari bpr, info terkini dan info scam alert kita boleh peka dengan email itu. Kalau takda email korang kena buat email baru yang valid emailnya.

Apa yang boleh dikemaskini BPR 2021?

Secara teknikalnya, cara kemaskini BPR ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh kemaskini:

1 Nombor akaun bank terkini

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BPR 2021
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat diproses masuk macam biasa. Nanti dia kena daftar akaun baru buat akaun pasangan, akan bsn.

2 Status perkahwinan terkini

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BPN 2.0 masih bujang.
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, anda perlu kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BPN 2.0 masih berkahwin. Ingat ini adalah BPR.
  • Bagi BPR Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang. Kecuali ada pertambahan gaji atau kurang gaji.

3 Nombor telefon terkini

  • Jika anda tukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BPR 2021
  • Jika gagal untuk kemaskini BPR dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting. Masalah yang lain akan juga menyusul. So baiknya kemaskini no yang terkini dan yang aktif.

4 Maklumat anak terkini

  • Jika ada pertambahan anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BPR juga

bpr isi borang

Dokumen sokongan sangat penting untuk kemaskini sekiranya ada pertambahan ahli dalam keluarga, so kena upload dokumen sokongan. Bagi yang pertama kali kemaskini kena upload dokumen sokongan dari segi sijil kahwin, pengesahan pasangan, sijil cerai, kematian pasangan, pengesahan status pelajar anak dan pengesahan status muflis kena juga upload (sekiranya perlu/ada).

Pastikan dokumen yang di upload (muat naik) adalah dari format PDF FILE, JPG , JPEG, PNG. Pastikan dokumen yang dimuat naik itu gambarnya jelas boleh nampak. Jangan lebih 3mb untuk satu file tuh.

bpr kemaskini

Untuk wakil ini, kalau ada bolehlah isi. Kalau takda tak perlu isi pun. Ini untuk yang ada kesukaran , so jadinya perlula wakil masukkan details. Hubungan dengan pemohon sama ada pasangan , ayah/ibu sedara mara dan sebagainya. Masukkan no kad pengenalan, nama wakil dan no telepon wakil.

disclaimer

Ini part yang seterusnya , apabila semua isi details kita dah isi dari mula, nama, ic, alamat , kerja , gaji attachment dan sebagainya. Kita kena semak terlebih dahulu sebelum tekan butang teruskan tuh. Baca terma dan syarat. Lepas tuh tekan butang tick dia akan terus ke proses seterusnya.

bpr kemaskini, Ini adalah proses pengesahan, sila tekan CAPTCHA dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian simpan atau hantar. Yang atas ini contoh jer, captcha dia akan berubah sekiranya salah. Kalau dah pasti betul apa yang kita tulis CAPTCHA tuh terus tekan butang SAHKAN CAPTCHA.

BPR submit

Kemudian, tekan butang hantar. untuk menghantar permohonan BPR 2021. Settle!!

 bpr

Akan keluar pengesahan penerimaan permohonan.

Apa yang kita telah kemaskini dari awal sampai akhir.

 

Selepas mengikuti panduan dan cara kemaskini BPR ini; dan hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BPR 2021 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

TALIAN BEBAS TOL BPR 

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?

Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?

Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?

Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?

Lebih kurang sebelum hari raya, dalam bulan april atau awal bulai mei 2021. Kita akan kemaskini kelak nanti.

Harapan. 

Pastikan ikut langkah-langkah, panduan dan cara kemaskini BPR seperti yang disarankan seperti di atas. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran itu nanti sebelum raya untuk bayaran pertama.

Seperti yang dimaklumkan, selepas selesai semua proses mohon BPR dengan login BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman cara nak isi borang bantuan prihatin rakyat 2021, cara nak mohon bpr 2021, isi borang bpr 2021, kelayakkan bpr 2021, panduan isi borang bantuan prihatin rakyat 2021, panduan pendaftaran bpr 2021

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Cara nak daftar, kemaskini bantuan prihatin rakyat 2021 – zik.my says:
    January 24, 2021 at 12:20 am

    […] Baca juga kemaskini bpr (bantuan prihatin rakyat 2021. )  […]

    Reply
  2. Cara kemaskini BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) secara online 2021 – Myzons says:
    January 26, 2021 at 3:58 pm

    […] Kemaskini permohonan BPR 2021.  […]

    Reply
  3. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021 – Zikri Husaini says:
    January 27, 2021 at 6:24 pm

    […] Baca juga : Cara kemaskini BPR secara online 2021. […]

    Reply
  4. Permohonan GKP Tambahan RM1000 Kepada PKS Tahun 2021 – Zikri Husaini says:
    January 28, 2021 at 4:24 pm

    […] pengumuman GKP, PM turut mengumumkan berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat BPR dan pembayaran BPN 2.0 yang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara daftar vaksinasi covid19, selain dari Apps Sejahtera, melalui laman sesawang berikut!
  • Live streaming kelantan vs fc vs perak2 liga perdana 6.3.2021
  • Live streaming melaka united vs sabah liga super 6.3.2021
  • Live streaming selangor fc vs sri pahang liga super 6.3.2021
  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

PKP dilanjutkan 2 minggu sehingga 12 mei 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanj…

Pengumuman

Pitt Hanif ditemui lemas, Anak kepada Fauziah Nawi- Alfatihah.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Sama-samalah kita sedekahkan alfatihah, buat …

Pengumuman

Bonus rm 500 kakitangan awam dan rm250 pesara 9jun 2017 !!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Demikianlah pengumuman yang dibuat oleh Perda…

%d bloggers like this: