Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / TANGGUNGJAWAB GURU

TANGGUNGJAWAB GURU

Zik · Nov 21, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TUGAS GURU

Tanggungjawab Guru.

Peranan seorang guru jelas amat penting di sekolah sebagai seorang pendidik yang memastikan murid-muridnya mendapat ilmu yang cukup untuk masa hadapan.  Guru juga dituntut untuk menjadi role model kepada murid-murid dan masyarakat setempat bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bertamadun dan berilmu seperti yang terdapat dalam kod etika keguruan. Guru juga bertanggungjawab kepada rakan sejawat, kepada negara dan masyarakat dan kepada ibu bapa.

Tanggungjawab guru kepada rakan sejawat adalah sentiasa membantu rakan sejawat yang memerlukan bantuan, tidak melibatkan diri dengan hal yang boleh menjejaskan profesion keguruan dan sentiasa menjaga hubungan baik sesama guru melalui pelbagai nilai seperti rajin, toleransi dan kerjasama. Dengan mengamalkan perilaku seperti ini, seseorang guru akan memperoleh manfaat yaitu mereka tidak mempunyai sebarang konflik dengan rakan sejawat yang lain dan ini dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah.

Selain itu, guru bertanggungjawab kepada negara dan masyarakat. Dalam hal ini seorang guru perlu mendidik murid-murid untuk mengamalkan nilai-nilai seperti cinta akan negara bagi memupuk semangat nasionalisme yang tinggi. Guru juga harus mendidik muridnya dengan nilai dan  ajaran yang betul mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta nilai kemasyarakatan dan bukannya mendidik dengan nilai sesat seperti komunis dan ekstrimis. Dalam hidup bermasyarakat pula, seorang guru harus menghormati budaya setempat masyarakat dan melibatkan diri dengan mereka bagi membentuk hubungan yang baik serta menaikkan lagi nama profesion seorang guru.

Selanjutnya, guru juga bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hubungan antara ibu bapa dan guru harus sentiasa dijaga kerana hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa sangatlah penting dalam sistem pendidikan. Masalah-masalah keluarga yang dikongsikan kepada guru pula tidak boleh disebarkan kepada sesiapa kerana ini dapat memudarkan kepercayaan mereka kepada sistem pendidikan. Pendidikan yang diberikan guru kepada murid-murid pula harus sama rata dan tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial ibu bapa murid tersebut.

Kesimpulannya, seorang guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk bangsa yang bukan sahaja berpendidikan tetapi juga bermoral dan mengamalkan budaya kemasyarakatan yang harmoni. Oleh itu jelas bahawa kod etika sangat penting untuk dipatuhi, diamalkan dan dirujuk oleh semua guru.

Share this on WhatsApp

Akademik guru bertanggungjawab kepada negara dan masyarakat, peranan guru dalam pembentukkan pelajar, TANGGUNGJAWAB GURU, tugas guru

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.