Salam semua. Setelah malaysia di baham oleh tembok besar China, dek kerana pengadil yang mengalami masalah mental barangkali, menghadapi laluan yang sukar untuk meneruskan perjuangan pada petang, hari ini.
Skuad kebangsaan bola sepak kebangsaan kita hanya punyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini.
Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama, sejak 8 November lalu.
Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli digantung perlawanan setelah mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika skuad negara tewas 0-3 kepada China baru-baru ini. Yang tinggal hanyalah kesebelasan utama dengan empat pemain simpanan termasuk penjaga gol kedua, Zamir Selamat.
Tugas sukar atau tugas MISSION IMPOSSIBLE??
Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, pertemuan dengan Iran bakal menjadi satu lagi tugas sukar berdasarkan masalah yang tidak henti-henti melanda skuad bimbingannya itu.
“Kita bukan saja mempunyai dua pemain yang cedera tetapi tiga lagi pemain digantung gara-gara kad merah. Saya sudah tiada pilihan.“Jika penganjur membenarkan jurulatih untuk berada dalam senarai pemain, saya sendiri rela turun beraksi,” kata Rajagobal semalam.
Percaturan Raja Gopal petang ini!!
Rajagobal mengatur strategi dengan meletakkan Faizal Muhammad mengisi kekosongan Mahali di bek kanan, K. Gurusamy menggantikan Safiq untuk posisi tengah manakala Khyril Muhymeen Zambri menggantikan Kunanlan di bahagian sayap kiri.Selain Zamir, pemain simpanan yang tinggal hanyalah tiga pemain Harimau Muda A iaitu Izzaq Faris Ramlan, Fandi Othman dan Gary Steven Robbat.
“Kita akan turun macam biasa saja, nikmati saingan Sukan Asia dan mencari pengalaman berdepan pasukan hebat di Asia ini. Saya tidak mahu menambah tekanan kepada pemain.
Kemarau sudah berakhir.
Apa pun, Malaysia sudah berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal melepasi saingan peringkat kumpulan setelah kali terakhir melakukannya pada Sukan Asia 1978. Petang ini, walaupun tanpa tunggak utama dan juga kapten, Malaysia yang turun selaku gruop nyawa-nyawa ikan (underdog) mungkin mampu mencipta kejutan melangkah pula ke suku akhir andai tuah kalau ada rezeki, insyallah.
Diinggatkan bahawa Iran yang merupakan pasukan keempat terbaik Asia berbanding Malaysia di kedudukan ke-27 cukup cemerlang pada saingan Kumpulan B dengan menewaskan Turkmenistan 4-1, Bahrain 1-0 dan Vietnam 1-0.
Marilah kita sama-sama menyaksikan perlawanan petang ini, dan berdoa semoga skuad kebangsaan kita berjaya meneruskan perjuangan, kerana sukan bola sepak kita tidak mahu lagi kemarau yang berpanjangan!! Hapuskan mindset itu….
**UPDATE : – MALAYSIA TEWAS 3-1 ….. Sekian dari Meja Sukan..
Aku memilih untuk bersikap optimis & yakin dengan skuad Malaysia. Mereka adalah yang terbaik setakat ini.
Macam2 boleh terjadi di dalam bola sepak. Semoga mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik. Chia you Malaysia! 😎 :cheerful:
susah dah..takda player2 yang kuat… dah kalah 3-1… huhu…
Bilakah lagi, pasukan Malaysia akan meningkat maju. :face:
aku harap dorang berikan persembahan yang terbaik untuk melawan Iran 🙂
takda rezeki… takpelah..
insyaAllah boleh… sama2 kta doakan…
kalah sudah… takda rezeki kot… huhu
harap Malaysia akan maju ke hadapan..ye 😎 ah!!!
Harap2lah dengan izin Allah pasukan bola Malaysia Monang.Amin…
Sukan Asia adalah utk bawah 23-tahun kan? So, peluang tetap ada sebab bagi age-level group, M’sia tak jauh sangat dgn team lain. Cuma bila depa stepped-up pergi senior level, abis leee…. 😀
Ohh, ya ka. Menarik tu. Malaysia pasti boleh. 😎
Pada aku … semangat melawan diorang tue kena maintain….
iran tuh tak boleh main-main….
Malaysia boleh….terusssssss kann…..maraaaaaa kedepannnnn…:)
Malaysia kalah lagi
takda rezeki bro…huhu
ramai player malaysia kene kad merah.. sedih betol..
macam sh** pengadil tuh…
Dapat melangkah ke pusingan kedua dah cukup baik pada aku,
dari segi permainan aku rasa sudah tidak ketinggalan berbanding mereka cuma saiz fizikal yang banyak menghalang
Ps: saiz pemaik kita purata paras telinga pemain CINA
walau ape2 pon…Malaysia dah kalah
nak buat cmne kan??
isk3..coba lagi 4 tahun akan datang…
pergh..lama tuh
Apa nak buat.Kena tunggulah nak taknak kan.
harap2 kita boleh menang
iran pun pasukan kuat juga ni
terpaksa akur jugak bahawa pasukan lawan lebih kuat
Chelsea, manchester united, liverpool, england dan lain-lain. Sebut tentang corak permainan bola sepak mereka sahaja, orang-orang Malaysia, sudah tahu mengenainya. Selain itu, ada di antara mereka jua, adalah peminat pasukan mereka. Tetapi, bila ditanya tentang bola sepak Malaysia, ahhh, mereka terus senyap dan malas berikan pendapat. Sebab apa ya? Kenapa perlu sokong negara dan club lain kalau negara kita ada pasukan bola sepaknya tersendiri. Huhuhuhu
kita terpaksa akur dengan kehebatan depa tu.
iran semua badan tinggi2.
sekali kena langgar.
terus pengsan.