Kecoh nitizen yang mengatakan apabila pihak kerajaan akan mengharamkan straw plastik untuk negeri kl, putrajaya dan labuan tahun hadapan , katanya ianya satu langkah yang merepek dan tidak penting pun. Katanya lebih baik haramkan arak, pusat hiburan dinegara kita ini. Lah kesitu pulak.
Ini berkaitan dengan Alam Sekitar kita.
Kerajaan Malaysia cuma nak mengharamkan Straw Plastik yang bersifat Konvensional je. Tapi ada pula yang kata nak minum macam mana kalau straw takde. Kerajaan akan memperkenalkan straw jenis Biodegradable yang diasaskan daripada alam semulajadi. Rakyat Malaysia yang prihatin pasti tahu kesan penggunaan plastik. Jika tidak prihatin kepada diri sendiri, prihatinlah kepada alam sekitar terutama sekali kepada penyu dilaut. Sokongan terhadap usaha-usaha melestarikan alam.
PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan 2019.
Penguatkuasaan larangan penggunaan straw minuman plastik berkuat kuasa 1 Jan 2020 ditujukan kepada peniaga dan pengusaha kedai makan yang merupakan pemegang lesen dan bukan orang ramai.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.
“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistirena iaitu peniaga yang didapati melanggar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000..
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata larangan itu akan tertera dalam syarat-syarat lesen perniagaan mulai 1 Jan 2019.
“Pada masa yang sama, straw yang bukan daripada jenis plastik konvensional akan turut disediakan sebagai alternatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kempen-kempen kesedaran berhubung kesan negatif penggunaan straw plastik konvensional ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sehingga larangan itu berkuat kuasa, katanya.
Adnan berkata pihaknya juga akan mengecualikan sebarang tindakan kepada golongan kurang upaya dan pesakit yang memerlukan straw dan bahan-bahan plastik dalam kehidupan harian mereka.
Sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional, katanya, straw daripada bahan-bahan biodegradasi ataupun kertas boleh digunakan.
Video pengumuman straw plastik diharamkan.
Sumebr lain video :
Apakah alternatifnya??
Boleh guna straw buluh,
Straw besi tahan karat,
Straw kertas.
Straw silikon
Straw Biodegradable
Kesan penggunaan straw plastik ini.
Pemilihan straw plastik sebagai salah satu kempen menghentikan penggunaan plastic adalah juga bertitik tolak daripada satu video yang telah ditularkan pada tahun 2015 menunjukkan seorang pakar biologi mengeluarkan straw daripada hidung penyu (. Video ini ditonton oleh lebih daripada 30 juta orang. Di antara negara-negara yang melaksanakan pengharaman straw plastik adalah UK, Taiwan, Hawaii, Scotland, Costa Rica, Kanada, India dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Beberapa syarikat minuman dan makanan segera juga mengikut langkah yang sama. Bilangannya semakin bertambah.
Ini video nih aku dah nampak beberapa tahun yang lepas. Kesian penyu nih macam mana tak tahu straw masuk dalam lubang hidung dia nih. Nasib baik boleh keluarkan, tapi seksa, kesian dekat penyu nih hampir 8 minit juga nak keluarkan. Berdarah hidung dia tuh.
HARAM STRAW PLASTIK ISU REMEH TEMEH ??
Manusia mencemarkan bumi dan lautan setiap masa dan dikatakan 80% daripada bahan buangan adalah barangan yang diperbuat daripada plastik.Pertubuhan bangsa2 bersatu menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke dalam lautan setiap tahun membunuh banyak hidupan laut dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada rantaian makanan manusia. Ia juga menjejaskan pendapatan nelayan, industri perlancungan dan setiap tahun dunia kerugian sejumlah 8 billion dolar Amerika akibat daripada kerosakan ekosistem hidupan laut.
Daripada jumlah yang disebutkan di atas, 2000 tan adalah straw plastik dan straw adalah 10 barangan plastik yang paling banyak ditemui.Walaupun mengharamkan penggunaan straw plastik tidak akan menyelesaikan semua masalah tetapi pakar alam sekitar percaya ini adalah satu langkah permulaan yang baik kepada perubahan tingkahlaku yang berskala lebih besar.
Walaupun isu straw plastik itu nampak macam remeh, pada mata ramai orang awam tetapi hakikatnya besar di mata golongan pencinta alam dan pakar alam sekitar. Saya terbaca banyak tulisan di dalam fb yang memperlekehkan langkah mengharamkan straw plastik dan diselitkan pula dengan sindiran mengapa tidak mengharamkan arak terlebih dahulu. Kebanyakkannya yang komen nih berunsurkan politik semata-mata. Jangan lah macam tuh, kita boleh bincang sebenarnya hal ini.
Agaknya mereka terlepas pandang bahawa memelihara alam sekitar itu juga adalah ajaran Islam dan perjuangan ini termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Banyak ayat-ayat yang menyentuh kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan (contoh ; Surah Ar-Rum : Ayat 41, Al-Baqarah;11, 222, Al-A’raf, 7:56 dll) dan begitu banyak hadith2 mengenainya.
Menjaga alam sekitar dan kebersihan termasuk di dalam maqasid syariah ke arah memelihara jiwa/nyawa dan agama. Ajaran agama kita ini rupa2nya sangat luas dan meliputi semua aspek kehidupan manusia. Semoga Allah meluaskan minda yang sempit.
Leave a Reply