Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Piala FA / Skuad tok gajah dikunyitkan di stadium Ipoh perak 0-3 piala fa 2019

Skuad tok gajah dikunyitkan di stadium Ipoh perak 0-3 piala fa 2019

Zik · Jun 30, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala fa, piala , piala fa super best power,

Perak bangkit tewaskan pasukan tok gajah di gelanggang keramat sendiri 3-0 malam tadi mengesahkan slot ke final piala fa 2019.

Itulah hakikatnya pasukan pahang kena akui kehebatan pasukan perak yang berada di kelas yang tersendiri malam semalam dengan kehadiran penonton yang boleh dikatakan full house.

IPOH: Perak berjaya memadam kelebihan gol dimiliki Pahang apabila menundukkan skuad Tok Gajah 3-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Bos Gaurus melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3 walaupun tewas 1-3 di Stadium Darul Makmur, Pahang, pada separuh akhir pertama, 22 Jun minggu lepas.

gajah kunyit, gajah dikunyitkan,

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, anak didik Mehmet Durakovic mula mengasak ke kubu pelawat sebaik perlawanan bermula namun beberapa serangan dilancarkan gagal membuahkan hasil.

Detik kebangkitan Perak bermula menerusi jaringan pertama dilakukan pemain tengah, Brendan Gan menerusi tandukan pada minit ke-35 menewaskan Helmi Eliza Elias hasil sepakan sudut Mohd Firdaus Saiyadi.

Perak terus garang dengan mengasak ke kubu lawan dan hasilnya K Partiban berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-41 menerusi rembatan selepas menerima lorongan Raianderson Da Costa Morais (Careca) sekali gus merapatkan agregat 3-3.

Belum sempat anak didik Dollah Salleh memperkemaskan permainan, The Bos Gaurus berjaya memperoleh gol ketiga tiga minit selepas itu hasil gol sendiri pertahanan Tok Gajah, Fauzi Rosli yang tertolak bola ke gawang sendiri.

Babak pertama berakhir dengan kedudukan 3-0.

Bermula babak kedua, Pahang mula memperkemaskan permainan dengan mengasak ke gawang tuan rumah melalui Dickson Nwakame, Lazarus Kaimbi dan Mohamadou Sumareh.

Namun asakan bertali arus gagal menembusi pertahanan diketuai ketua pasukan, Shahrul Saad dan gawang dikawal Hafizul Hakim.

Bagaimanapun, Perak hampir menambah derita Pahang pada minit ke-83 menerusi Careca namun gol jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan tiket Perak ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 4-3.

Perak bakal menunggu pemenang antara FELDA United FC atau Kedah yang akan bertarung di Jengka, hari ini 30 jun 2019.

Share this on WhatsApp

Piala FA, Sukan keputusan penuh perak vs pahang piala fa separuh akhir kedua 2019, keputusan perak vs pahang piala fa 29 jun 2019, pahang dikunyitkan pasukan perak 29 jun 2019, perak tewaskan pahang 3-0 stadium ipoh perak 29.6.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.