Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, Alfatihah

Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, Alfatihah

Zik · Aug 9, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), menjelang subuh hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan suaminya Shuib Sepahtu melalui Instagram sebentar tadi. Berat ujian buat beliau. Terpaksa membesarkan anaknya tanpa isteri Yang dicintainya.

 

Katanya Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.

“Pada 5.13 minit pagi, bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedahkan al-Fatihah,” katanya.

 

Terdahulu, pelantun penyanyi Sandarkan Pada Kenangan itu terpaksa ditidurkan pada 6 Ogos lalu selepas keadaan kesihatannya menurun akibat jangkitan Covid-19.

Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan ke atas Siti Sarah bagi menyelamatkan kandungannya. Anak pasangan terbabit, Ayash Affan, selamat dilahirkan tidak lama kemudian.

Sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang diadakan malam tadi, Shuib memaklumkan Siti Sarah, 36, tidak berada dalam keadaan baik.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu, paras bacaan oksigen Siti Sarah menurun 40 peratus, malah isterinya itu juga sudah ditiarapkan.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dia dan keluarganya positif Covid-19 selepas seorang pembantunya terkena jangkitan Covid-19.

Kata Allahyarham ketika itu, dia risaukan kandungan dalam perut yang itu sudah berusia tujuh bulan.

Sementara itu, pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan Allayharham.

 

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

 

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

 

Siti Sarah berkahwin dengan Shuib pada 27 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Sama-samalah Kita sedekahkan Alfatihah buat beliau.

surah alfatihah

Share this on WhatsApp

Pengumuman punca siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, Sarah Raissuddin meninggal dunia, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.