

Alfatihah, kita kehilangan figura artis legend. Saleem.
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Pelantun Penyanyi terkenal A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem yang popular dengan lagi suci dalam debu telah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pukul 6.15 pagi tadi.
Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.
Anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.
“Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya.
“Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.
“Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat.
“Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar,” katanya.
Amirul berkata, doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan bapanya semakin kritikal.
“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.
“Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal,” katanya.
Jenazah penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.
Jenazaah Saleem yang ketika ini masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.
Saleem telah dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada bulan 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk. Namun pada masa itu juga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan salem telah meninggal dunia telah tular di media sosial.
credit to utusan.com.my
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply