Mak cun kembali lagi dalam slot zehra. Menarik juga cerita mak cun ini mendapat sambutan yang hangat dari penonton. Disebalik business dia yang dia usahakan, ada jatuh bangun dalam business. Pak Akob yang sentiasa support. Itu yang menjadikan dia begitu tabah. Buat pinjaman mara. Dia tak pernah giveup.
JUDUL : MAK CUN 3
Jumlah esisod : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 April 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
TARIKH TAYANGAN : 20 April 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Senarai pelakon mak cun 3.
- Erma Fatima sebagai Mok Cun
- Umie Aida sebagai Zennat Manisah
- Balkisyh Samundur Khan sebagai Atul
- Betty Rahmad sebagai Maya
- Ezzaty Abdullah sebagai Ayuni
- Nadia Brian sebagai Puteri
- Azwan Kombos sebagai Kamarul
- Dafi sebagai Pian
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Normah
- Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
SINOPSIS MAK CUN 3.
Mengisahkan perjuangan Mak Cun memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia ada masalah sedikit untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya. Nak tembus pasaran yang lain, bukan sesuatu yang mudah.
Kamarul dengan atul dah berpisah.
Ada sedikit konflik kekeluargaan disini. Tapi sebagai ketua keluarga, kamarul kena jaga anak kembar diaorang tuh. Nanti anak nih dah besaq. Adalah sedikit kemelut yang melanda. Tapi biasalah tuh. Nenek mok cun kasi pening sikit. hihi .
Nak berjaya kena ada fokus. Fokus kepada satu produk sahaja dulu. Mok cun fokus kepada Bedak Sejuk tuh dulu. Lepas tuh kepada marketing. Aiyaya cerita pasal marketing pulak. Dalam pada itu, musuh dalam business masih sama. Tapi apa masalah marlisa nih. Mak cun kena siap sedia present produk untuk buat loan dengan mara. So dia kena prepare dengan sebaiknya.
Apa yang paling dalam cerita ini, hubungan kekeluargaan yang dilihat akrab walaupun kadang-kala ada tunggang langang. Biarpun dah berjaya, mok cun tetap dalam keadaan yang sederhana. Dah berjaya , tapi masih dalam hidup sederhana, kembangkan business dengan cara marketing yang tersendiri dan update trend terkini.
Pak akob yang sentiasa support demi menawan hati mok cun. hihi.
terbaiklah citer ni, dah musim ke 3 tu